Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.
Allah limpahkanlah Solawat ke atas Muhammad dan Keluarganya, dan Semoga laknat-Nya ke atas musuh-musuh mereka.
Ilusi dan tipu muslihat dalam kehidupan ini dapat disimpulkan dalam dua perkataan. Keseronokan sementara. Kehidupan duniawi ini tidak diciptakan untuk memberi anda kebahagiaan dan kepuasan jangka panjang.
Seorang lelaki bijak pernah berkata:
Jika kamu mengejar kehidupan ini, ia akan melarikan diri dari kamu, dan jika kamu melarikan diri darinya, ia akan mengejarmu.
Segala kesenangan dalam hidup ini bersifat sementara dan dalam skema yang lebih luas, tidak ada artinya. Bukanlah kita harus meninggalkan semua kesenangan, tetapi kita mesti mendekati sesuatu dengan keadaan fikiran yang betul. Orang bijaksana itu melanjutkan:
Mengasingkan diri dari kehidupan ini bukanlah bahawa kamu tidak boleh memiliki apa-apa, tetapi tidak ada satu apa pun yang seharusnya menguasaimu.
Anda hanya mengalami kebebasan sejati hanya apabila khayalan kesenangan sementara tidak mempunyai pengaruh atau menguasai anda. Kebahagiaan anda tidak lagi bergantung pada perkara-perkara yang datang dan pergi, kepuasan anda sentiasa konsisten, dan anda melepaskan diri dari roda rentas-pusing yang telah anda terbiasa dengannya.
Ia sememangnya jelas bahawa kita telah ditempatkan di sini untuk dihadapkan dengan rintangan-rintangan yang harus diatasi dan godaan-godaan untuk dikendalikan, agar tindakan kita dapat disaksikan dan pilihan kita dicatat. Akal yang telah diberikan kepada kita adalah bukti tujuan kita. Kurniaan jiwa sedar (consciousness) adalah terlalu besar bagi kita untuk dikeluhkan, kerana ini bererti satu bentuk kesombongan yang melampau. Ia hanya dapat dihargai apabila seseorang mempertimbangkan dengan teliti dan mendalam perbezaan antara tidak wujud dan wujud.
Orang bijak ini tidak lain adalah Imam Ali, ibn Abi Talib (Selawat ke atasnya). Sesiapa yang ingin berlaku ikhlas dengan situasi yang mereka depani pasti akan berjaya, dan sesiapa yang ingin mengikuti nasihatnya tentunya tidak akan gagal.
Pejabat Syeikh al-Habib