SOALAN:
Apabila saya mencari khutbah al Fadakkiya oleh Sayyidah Al-Zahra (Selawat ke atasnya) di internet dan semua laman web dan forum, saya tidak dapat menjumpai bahagian ini:
Perangilah Imam-imam yang kufur, tidak ada kewajipan (yang termeterai) antara kamu dengan mereka, supaya mereka berhenti daripada kekufuran.
Apakah rujukan khutbah Fadakiyya yang terkandung petikan ini?
JAWAPAN:
Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.
Allah limpahkanlah Solawat ke atas Muhammad dan Keluarganya, dan Semoga laknat-Nya ke atas musuh-musuh mereka.
Sila rujuk kitab
- As-Saqifa wa Fadak ms 102 oleh Abu Bakr al-Jawhariiaitu salah seorang ulama ‘Sunni’ terkemuka yang mereka iktiraf sebagai tsiqat dari kurun ke 3 dan 4 Hijrah.
Anda juga boleh rujuk - Sharh Najh-il-Balagha oleh Ibn Abi’l-Hadeed al Mu’tazili, jilid 6 ms 213.
Sayyida Fatima (Semoga Allah memperbanyakkan solawat dan salam ke atasnya) telah menuturkan ayat ini dengan konteks berikut:
Adakah anda berpaling setelah maju ke hadapan, dan tersungkur setelah berlalunya kesusahan, dan menjadi pengecut setelah keberanian, daripada menghadapi orang-orang yang telah memungkiri perjanjian dan berpaling dari agama? Perangilah Imam-imam yang kufur, tidak ada kewajipan (yang termeterai) antara kamu dengan mereka kerana mereka sendiri telah memungkirinya, supaya mereka berhenti dari kekufuran.
(Qur’an 9:13)
Pejabat Syeikh al-Habib