Adakah melakukan seni bela diri atau sukan yang melibatkan perlawanan dibolehkan?

Adakah melakukan seni bela diri atau sukan yang melibatkan perlawanan dibolehkan?

Adakah melakukan seni bela diri atau sukan yang melibatkan perlawanan dibolehkan? 1920 1080 The Office Of His Eminence Sheikh al-Habib

SOALAN:

Adakah melakukan seni bela diri atau sukan yang melibatkan perlawanan dibolehkan?


JAWAPAN:

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.
Allah limpahkanlah Solawat ke atas Muhammad dan Keluarganya, dan Semoga laknat-Nya ke atas musuh-musuh mereka.

Ia dibolehkan selagi mana ia tidak membawa kemudharatan kepada diri kamu dan juga orang lain. Kesakitan biasa yang terhasil daripada latihan tidak dikira sebagai kemudharatan.

Selain itu, seseorang harus mengelakkan diri daripada terlibat dalam aktiviti-aktiviti tersebut sekiranya ia dilakukan didalam persekitaran yang tidak senonoh seperti dimana kedua-dua jantina bersama dan terlibat secara aktif dan dimana musik dimainkan dan secara umumnya dosa-dosa dilakukan.

Juga, sesetengah bentuk seni bela diri melibatkan aktiviti ritual tertentu dengan berasal daripada agama Buddha, Taoism, Hinduism dan unsur-unsur agama yang dilakukan atau mempercayai penyembahan berhala, kesyirikan, agama pagan, pantheism, atheism dan bentuk-bentuk lain yang melambangkan kekufuran – yang mana seseorang harunslah menghindarkan diri daripada menyertainya.

Namun tiada masalah untuk mempelajari kemahiran-kemahiran daripada orang-orang bukan Muslim selagi mana seseorang tidak terlibat dalam apa-apa yang menyalahi Islam.

Pejabat Syeikh al-Habib

The Office Of His Eminence Sheikh al-Habib