Apakah Ruhul Kudus? Bagaimana ia mengukuhkan Maksumeen sementara mereka memiliki status yang lebih tinggi?

Apakah Ruhul Kudus? Bagaimana ia mengukuhkan Maksumeen sementara mereka memiliki status yang lebih tinggi?

Apakah Ruhul Kudus? Bagaimana ia mengukuhkan Maksumeen sementara mereka memiliki status yang lebih tinggi? 1920 1080 The Office Of His Eminence Sheikh al-Habib

SOALAN:

Apakah Ruhul Kudus? Sekiranya ia tidak dapat diketahui, adakah logik jika ia lebih tinggi kedudukannya daripada para Maksumeen (Selawat ke atas mereka) supaya ia dapat mecapaikan matlamat Maksumeen dan memberikan mereka kemenangan?


JAWAPAN:

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.
Allah limpahkanlah Solawat ke atas Muhammad dan Keluarganya, dan Semoga laknat-Nya ke atas musuh-musuh mereka.

Bagi membetulkan salah tanggapan mengenai konsep ini: Ruhul Kudus bukanlah makhluk yang terpisah, tetapi adalah sebahagian daripada wujud seorang Maksum. Walaubagaimana pun, kita tidak dapat mengetahui realiti berkenaan dengannya sebagaimana kita tidak dapat mengetahui perkara-perkara lain yang berkaitan dengan para Maksumeen (Selawat ke atas mereka). Salah faham berkenaan perkara ini berpunca daripada hadis-hadis yang mengatakan bahawa Ruhul Kudus bergerak bersama-sama dengan para Imam (Selawat ke atas mereka), yang menyebabkan sebahagian orang beranggapan ianya adalah makhluk yang terpisah. Realitinya, ia bukanlah terpisah sebaliknya sama seperti mana aqal yang bergerak seiring dengan kewujudan seorang manusia. Beberapa riwayat menunjukkan bahawa Ruhul Kudus adalah bahagian daripada wujud seorang Maksum. Antaranya adalah berikut yang diriwayatkan oleh Al-Mufaddhal Bin Omar, daripada Abi-Abdillah al-Sadiq (Selawat ke atasnya), yang berkata

Allah (Azza wa Jal) meletakkan lima ruh ke dalam Nabi (SAWA): ruh al-Wujud yang mana ia dapat bergerak dan berjalan, dan ruh al-Quwwah dimana dengannya dia dapat bangun dan berusaha, dan juga ruh al-Nafs dimana dengannya dia dapat menikmati makanan, minuman dan berhubungan dengan wanita secara halal dan juga ruh al-Amin dimana dia dapat beriman dan berlaku adil, dan Ruh al-Kudus dimana dia membawakan Kenabian. Setelah Nabi (SAWA) kembali ke hadirat Allah, Ruhul Kudus berpindah kepada Imam (selepasnya).
Al-Kafi, oleh Al-Kulayni, Jilid 1, ms. 272

Hadis ini dengan sendirinya menyelesaikan salah faham ini. Ia membuktikan bahawa Ruhul Kudus adalah bahagian daripada wujud seorang Maksum dan ianya bukanlah makhluk yang terpisah sehingga kita merasa hairan bagaimana boleh para maksumeen mendapatkan pertolongan daripadanya. Selain itu, kritikan sedemikian samalah seperti mengatakan: Bagaimana Rasulullah menolong dan membantu dirinya sendiri?! Atau: Bagaimana Imam al-Sadiq menolong dan membantu dirinya sendiri?!

Pejabat Syeikh al-Habib

The Office Of His Eminence Sheikh al-Habib