SOALAN:
Salam ke atas kamu. Tuan berkata di dalam salah satu syarahan Islam yang diberkati tentang ‘Nasibi’ adalah orang yang meletakkan Abu Bakr dan Omar (Laknat Allah ke atas mereka berdua) melebihi Imam, Amirul Mukminin (Selawat Allah ke atasnya). Saya bersetuju dengan pendapat tuan kerena saya melihat merampas khekhalifahan adalah satu daripada cara-cara “Nusb’ yang paling besar terhadap Ahlul-Bayt (Selawat ke atasnya). Walaubagaimana pun, apakah pendapat ulama-ulama Syiah Imamiyah yang muktabar dalam memberikan takrif ini? Maksud saya, bolehkah yang dihormati memberitahukan kami kata-kata ulama yang bersetuju dengan pendapat tuan? Dan bolehkan tuan menyatakan sumber-sumbernya?
Bo Abdullah
JAWAPAN:
Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.
Allah limpahkanlah Solawat ke atas Muhammad dan Keluarganya, dan Semoga laknat-Nya ke atas musuh-musuh mereka.
Pendapat yang paling meluas dikalangan ulama-ulama silam kita adalah mereka yang tidak menerima Wilayah merupakan seorang Nasib dan juga kafir, dan dengan itu tepakai ke atasnya hukum-hukum sebagai seorang kafir. Walaubagaimana pun, mereka memberikan pengecualian daripada hukum yang terpakai ini pada orang-orang yang ‘lemah’ dikalangan ‘Sunni’ iaitu mereka yang awam, berfikiran mudah, dan orang-orang jahil yang tidak mampu untuk meningkatkan ilmu tentang agama.
Oleh itu, pandangan jumhur yang diterima oleh ulama-ulama kontemporari merumuskan, seseorang yang menolak al-Wilayah adalah seorang Muslim – walaupun memiliki penampakan ‘luaran’ seperti mempercayai Islam – dan setiap hukum Islam yang terpakai menyantuninya sebagai seorang Islam. Walaubagaimana pun, mereka membezakan antara orang sebegitu dengan seorang yang mengimani kewilayahan Ahlul-Bayt. Dengan asas itu, mereka mengatakan orang-orang Sunni biasa bukanlah seorang Nasib atau kafir dan hanya seseorang yang dengan terbuka menunjukkan permusuhan terhadap Ahlul-Bayt, dengan kata-kata dan perbuatan barulah seorang Nasib dan kafir.
Antara ulama yang mengatakan Sunni sebagai Nawasib (jamak kepada Nasib) dan kafir; adalah ulama-ulama berikut:
• Sheikh al-Tousi. Dia berkata di dalam kitabnya, Al-Tahdheeb;
Seseorang yang menentang ahli kebenaran adalah seorang kafir, dan terpakai hukum bagi seorang kafir padanya.
• Ibn Idrees al-Hilli, pengarang kitab Al-Sara’ir, berkata:
Seseorang yang menentang ahli kebenaran adalah seorang kafir, tidak ada sebarang pertikaian mengenainya dikalangan kami berkenaan isu ini.
• Mohammad Saleh al-Mazendarani, yang berkata di dalam kitabnya, Sharh’ Usul al-Kafi:
Sesiapa yang menolaknya (iaitu Al-Wilayah) adalah seorang kafir, kerana dia menolak perkara paling penting yang telah dibawakan oleh Nabi dan asal kepada segala usul dalam agama.
• The martyr Nourullah al-Tusturi, dia yang berkata di dalam kitabnya, Ihqaq-ul-Haqq:
Sememangnya diketahui kedua shahadah sahaja tidak memadai (untuk dikira sebagai Muslim). Seharusnya seseorang perlu patuh kepada segala apa yang telah dibawakan oleh Nabi berkenaan Raja’ah (secara lahiriah badan) dan Imamah, seperti yang disahkan oleh kata-katanya yang mahsyur – Semoga Allah melimpahkan solawat ke atasnya dan keluarganya: ‘Barang siapa yang mati tanpa mengetahui Imam pada zamannya, dia mati dalam keadaan jahiliyah.’ Tidak ada sebarang keraguan sesipa yang tidak menerima ini adalah seorang kafir dan bukan juga seorang Muslim kerana Ghulat dan Khawarij – walaupun mereka Muslim dengan mengambil kira hanya berpegang kepada dua shahadah mereka – mereka tetap kafir dengan mengambil kira atas penolakan perkara-perkara yang diketahui dalam agama, Tidak, meskipun ia salah satu daripada perkara paling utama dalam perkara usul iaitu Imamah Amirul Mukminin.
• Sheikh Abul-Hassan al-Sharif al-Futuni al-‘Amili, yang berkata tentang kekufuran dan Nusb orang-orang Sunni di dalam kitabnya, Sharh’ al-kifaya, daripada Murtadha Ilm-al-Huda:
Aku berharap aku dapat mengetahui apakah perbezaan yang ada di antara kufur kepada Allah (Maha Tinggi kedudukannya) dan Rasulnya dengan kufur kepada para Imam, sedangkan semua ini merupakan prinsip usul dalam agama. Ia kerana kesalahfahaman yang mereka alami mengatakan bahawa penentang (Sunni) sebagai seorang Muslim serupa kita, yang merupakan satu khayalan palsu yang bertentangan dengan hadis-hadis yang mutawatir. Hakikatnya apa yang Ilm-al-Huda katakan adalah mereka itu kafir dan selamanya kekal di dalam api neraka. Hadis-hadis berkenaan perkara ini terlalu banyak untuk dihitung, dan di sini bukan untuk menerangkan semuanya kerana ia hinggakan telah melepasi tahap mutawatir. Menurut saya, kekufuran orang-orang ini merupakan antara perkara yang paling jelas di dalam mazhab Ahlul-Bayt.
• The great scholar Al-Bahrani, the author of Al-Hada’iq, pula berkata
Ulama hebat Al-Bahrani, pengarang Al-Hada’iq pula berkata: “Bukti-bukti apa yang kami bawakan adalah daripada petikan-petikan hadis yang mengesahkan perkara yang memberi makna kepada Nusb dan membolehkan kita memakai hukum terhadap mereka yang berada dalam kategori ini; adalah kecenderungan mereka kepada Berhala dan Penzalim (Abu Bakr dan Omar), atau kebencian mereka kepada Syiah, dan tiada keraguan bahawa perkara-perkara ini hadir pada penentang-penentang ini
Dia juga berkata di dalam bab ‘Taharah’ di dalam kitabnya, Al-Hadai’q al-Nadhira:
Tentang apa yang mengesahkan kenajisan seseorang Nasib – seperti yang telah saya pelajari, ini adalah istilah yang digunakan untuk menyifatkan setiap penentang, kecuali mereka yang ‘lemah’
Di dalam bahagian yang lain pula, dia berkata:
seperti yang telah kami terangkan di dalam kitab Al-Shihab-ul-Thaqib fi bayan ma’na al-Nasib’ berkaitan dengan kekafiran penentang-penentang kami, begitu juga dengan Nusb dan kesyirikan, dan seekor anjing dan seorang Yahudi itu lebih baik berbanding mereka.
Ulama Al-Bahrani menuiskan di dalam sepucuk surat yang dia utuskan bagi merujuk perkara ini bertajuk ‘Al-Shihab-ul-Thaqib fi bayan ma’na al-Nasib’ (maksud: Penampakan se-terang bintang dalam penjelasan Maksud Nasib), silakan untuk merujuknya.
Sayed Ni’matullah al-Jaza’iri mengatakan di dalam kitabnya, al-Anwar al-Nu’maniya dimana dia menyebutkan pendapat Al-Shaheed Al-Thani, Zaynul-Deen al-‘Amili:
Kesimpulan kebanyakan ulama dapat disimpulkan sebagai maksud ini adalah seseorang yang melakukan usaha dalam menganiayai Keluarga Mohammad dan secara terang-terangan menunjukkan permusuhan kepada mereka – seperti yang telah dilakukan oleh Khawarij dan beberapa orang di seberang sungai (barat Eupharates dan Tigris). Mereka telah menyempurnakan hukum-hukum tentangnya terhadap mereka yang bergelar Nasibi di dalam bab-bab di dalam kitab-kitab mereka berkaitan Taharah, Kenajisan, Kekufuran, Kepercayaan, Kebolehan – dan juga keharaman untuk berkahwin. Sheikh kita, Al-Shaheed Al-Thani, sangat bijak di dalam pemahamannya dalam hadis-hadis yang sangat luarbiasa, yang melaluinya dia merumuskan bahawa seseorang Nasibi adalah dia yang melakukan usaha dalam menganiayai Syiah ahlul-Bayt dan terang-terangan menunjukkan perlecehan kepada mereka, yang sememangnya telah dilakukan oleh kebanyakan daripada penentang-penentang kita.
Pernyataan ini yang digunakan oleh Al-Shaheed Al-Thani boleh dijumpai di dalam kitabnya Rawdh-ul-Jinan, di dalam bab yang membincangkan tentang kenajisan saki-baki air yang diminum oleh orang kafir dan Nasib, sepertimana berikut:
Maksud melakukan usaha dalam menganiayai Ahlul-Bayt atau memperlecehkan salah seorang daripada mereka atau menunjukkan kebencian terhadap mereka, secara langsung atau tidak langsung – seperti perasaan meluat dalam menyebutkan mereka dan menyebarkan kelebihan-kelebihan mereka, dan menutup merit mereka bagi mereka itu sekadar hanyalah merit mereka dan kebencian terhadap pencinta-pencinta mereka hanya kerana cinta mereka. Al-Sadouq Ibn Babawayh, telah meriwayatkan bagi pihak Abdullah Bin Sinan, daripada al-Sadiq yang berkata: Seorang Nasib bukanlah orang yang menyakiti kami, Ahlul-Bayt, kerana kamu tidak mungkin menemui seseorang yang berkata: Aku membenci Mohammad dan Keluarga Muhammad. Tetapi, Nasib adalah orang yang menyakiti kamu, sedangkan dia tahu kamu berwilayah kepada kami dan kamu dilkalangan syiah-syiah kami. Dan didalam sebahagian riwayat: ‘Sesungguhnya setiap orang yang menjadikan Berhala dan Penzalim (Abu Bakr dan Omar) (melebihi Ali), dia adalah seorang Nasib.’ Inilah pandangan sebahagian ulama kerana tidak ada kebencian yang lebih besar berbanding meletakkan orang yang tidak berperibadi mulia di bawah tahap kesempurnaan, menjadi lebih tinggi dan cenderung kepada seorang bodoh yang berjalan di atas jalan kebodohan dan kejahilan melebihi orang yang mencapai tahap keunggulan sehingga sebahagian orang sampai-sampai meragui samada dia Allah yang Maha segala tiada tandingannya.
Bagi mereka yang berijtihad bahawa Sunni adalah Muslim antaranya adalah Al-Sadouq, yang berkata didalam bab Nikah dalam kitabnya, Man La Yahdhuruhul-Faqih:
Ramai yang jahil percaya setiap penentang adalah Nasib, ia bukanlah sedemikian.
Ulama agung, Murtadha al-Ansari, memberikan balasan kepada pengarang kitab Al-Hada’iq di dalam bab Tahara (kemurnian), dan dia cenderung dengan pendapat yang mengatakan bahawa Sunni adalah Muslim dan bukan Nawasib. Begitu juga dengan kebanyakan ulama-ulama kita yang mutaakhir kerana secara realitinya, mereka berpegang dengan asas dan kaedah Sheikh al-Ansari apabila sampai kepada prinsip perundangan dan perundangan sekaligus.
Tentang bukti-bukti yang ada dan digunakan oleh kumpulan ulama-ulama yang pertama, terlalu banyak dan lengkap didapati daripada hadis-hadis dan laporan-laporan para Maksumeen. Antaranya adalah apa yang terdapat di dalam Al-Kafi daripada Abi-Ja’far al-Baqir:
“Allah (Maha Agung dan Tinggi kedudukannya) melantik Ali sebagai Tanda diantara-Nya dengan makhluk; orang yang mengetahuinya adalah mukmin dan orang yang menolaknya adalah kafir, dan orang yang jahil tentangnya adalah orang yang menyeleweng
Sebagai tambahan, berikut juga diriwayatkan di dalam Al-Kafi bagi pihak Al-Sahhaf yang berkata:
Aku bertanyakan Aba-Abdillah (Imam al-Sadiq – Selawat ke atasnya) tentang ayat Allah (Maha Tinggi kedudukannya): ‘…maka dikalangan kamu ada yang beriman dan ada juga yang kafir…’ Qur’an 64:3
Dia berkata: Allah (Maha Tinggi kedudukannya) memberikan makna keimanan mereka dengan berwilayah kepada kami dan kekufuran tentangnya pada hari ketika Dia mengambil perjanjian daripada mereka sementara mereka masih lagi partikel-partikel kecil di dalam tulang sulbi Adam.
Selain itu, riwayat berikut dibawakan oleh Al-Sadouq di dalam Ma’ani al-Akbar dengan periwayatn yang boleh diterima daripada perawi-perawi Mu’la Ibn Khunays, yang berkata:
Aku mendengar Aba-Abdillah berkata: ‘Seorang Nasib bukanlah orang yang menyakiti kami, Ahlul Bayt kerana kamu tidak akan mendapati seseorang yang berkata: Aku membenci Mohammad dan Keluarga Mohammad. Tetapi, Nasib adalah seseorang yang menyakiti kamu sementara dia tahu kamu berwilayah kepada kami dan berlepas diri daripada musuh-musuh kami.
Ia sangat mungkin bukti utama yang menaungi semua ini yang digunakan untuk merumuskan bahawa setiap ‘Sunni’ adalah Nasib, adalah apa yang telah kami sebutkan di dalam syarahan-syarahan kami; iaitu riwayat Ibn Idrees yang telah diriwayatkan di dalam Mustatrafat al-Sara’ir daripada Mohammad Ibn Ali, Ibn Isa yang menulis surat kepada Imam Abil-hassan al-Hadi dimana dia bertanyakan kepadanya sekiranya kita perlu menguji seseorang tidak sekadar kecenderungan mereka kepada Abu Bakr dan Omar dan menerima kekhalifahan mereka untuk mengetahui bahawa dia adalah Nasib. Berikut adalah jawapan yang diberikan oleh Imam:
Sesiapa yang demikian, maka dia adalah Nasib.
Beberapa ulama terkemuka pada zaman kita mengumumkan bahawa riwayat ini lemah kerana Mohammad Bin Ali, orang yang tidak dapat dipastikan. Walaubagaimana pun, kesimpulan itu tidak cukup kukuh jika dibandingkan apabila hadis ini dicantumkan dan digandingkan bersama bukti-bukti yang seringkali berulang di dalam sumber-sumber kita. Walaupun demikian, tidak ada masalah untuk menggunakan istilah ‘Nasib’ kepada setiap orang ‘Sunni’, tetapi yang menjadi masalah adalah untuk memakai hukum yang terpakai kepada Nusb dan kafir pada mereka, dimana tidak membolehkan seseorang sampai kepadanya – bukan kerana tidak ada cukup bukti-bukti yang melarang ini dilakukan tetapi kerana tidak ada bukti yang spesifik yang menyuruh kita untuk menghindarkan mereka atau berhati-hati dengan mereka dalam keadaan ini. Nawasib dalam erti kata – bilangan yang sangat banyak dan bertebaran dimana-mana sahaja negara. Jika hukum Nusb dan kafir dipakai ke atas mereka, tentulah keperluan untuk menghindari daripada mereka dan mengambil langkah berjaga-jaga daripada sebarang sentuhan dengan mereka kerana kenajisan mereka – sebagai contoh – telah dijelaskan oleh para Imam yang maksum. Tidak ada riwayat berkenaan isu ini yang sampai kepada kita, tidak pula kita boleh mengatakan para Imam terhalang daripada menjelaskan isu ini kerana keadaan-keadaan Taqiyya kerana ada banyak juga hukum-hukum yang spesifik yang dijelaskan ketika mereka berkumpul secara rahsia seperti hukum-hukm berkenaan Nasib yang berperang dengan Ahlul-Bayt. Jika ada sesetengah yang membolehkan bersentuhan dengan mereka, itu hanyalah sebagai rukhsah, kami berpegang dengan pandangan kontemporari, dengan itu, kami tidak mengenakan hukum-hukum Nusb dan kafir ke atas mereka adalah dikeranakan kombinasi antara realiti (sebagai Nawasib) dan hukum yang terpakai bagi Nusb.
Selain itu, antara lain daripada sekalian banyak bukti yang ada yang digunakan untuk membuktikan setiap ‘Sunni’ adalah Nasib adalah riwayat berikut yang dibawakan oleh Al-Kashi dalam Rijalnya dengan sanad perawi daripada Abi-Umayr, bagi pihak orang-orang yang mengatakan kepadanya:
Aku bertanya Mohammad Ibn Ali al-Riza tentang ayat ini: ‘Melakukan kerja berat lagi berpenat Lelah di campakkan ke dalam api yang amat panas bakarannya Qur’an 88:3-4
Dia berkata: ‘Ia diturunkan khusus kepada Nussab (Nawasib), dan Zaidiyah dan Waqifi adalah antara golongan Nussab.
Di sini kita dapat melihat bagaimana Imam mengatakan kedua-dua golongan ini sebagai Nawasib, meskipun mereka kelihatan dekat dengan ahli kebenaran berbanding yang lain kerana mereka berkongsi beberapa prinsip usul di dalam agama kita dan menerima sebahagian daripada Imam-Imam kita. Jadi bagaimana mungkin seorang Sunni’ yang tidak mempercayai prinsip usul dalam agama kita malah tidak juga percaya kepada ‘Wilayah’ semua Imam-Imam kita boleh jadi bukan Nasibi sedangkan mereka lebih jauh daripada kebenaran?
Ingin kami ingatkan sekali lagi, dengan menganggap ‘Sunni’ sebagai Nawasib tidak memerlukan kita mengenakan hukum yang terpakai pada Nusb kepada mereka semua, sebaliknya kami lebih cenderung kepada kesimpulan daripada sebahagian ulam terkemuka, kedua-duanya silam dan kontemporari, yang menggabungkan hadis-hadis mulia dan mengeluarkan Sunni yang ‘lemah’ daripada hukum ini. Kebanyakan mereka pada zaman ini termasuk dalam kategori ‘lemah’ dan ‘Sunni’ yang tidak-membahayakan. Antara riwayat yang membantu ulama-ulama kita dalam menyelidiki perkara ini adalah riwayat yang mengatakan setiap orang yang menyatakan dua kalimah adalah Muslim di mana nyawa, harta dan kehormatannya terjaga dan hukum-hukum sebagai seorang yang beragama Islam terpakai ke atasnya.
Walaubagaimana pun, sesetengah ulama pula mengkritik bahawa kesimpulan ini yang menerima syarat pengakuan keesaan Allah iaitu pengakuan Wilayah tertinggi dalam apa cara sekalipun ia adalah sangat terikat dan terhad.
The term that was used by the Reviver, the deceased Imam al-Shirazi in his encyclopedia entitled Min Fiqh-ul-Zahra, volume 3, is that they (the ‘Sunnis’) are disbelievers in reality, but not in judgment; which was a new term used to combine the two meanings as well as resolves the juridical puzzle concerning this issue. I was also told by someone that Al-Kho’ei used another term to describe them; that they were theoretically disbelievers, but practically Muslims. However, I have not found the citation of this term in any of his works yet, and it might be that the man who told me this heard Al-Kho’ei utter this word orally during one of his lessons.
Kita mendapati keputusan ini dengan dengan meguji hadis-hadis dan pandangan-pandangan ulama bahawa ciri-ciri Nusb adalah berikut: tidak menerima Wilayah para Imam, mempercayai Imamah Berhala dan Penzalim, Abu Bakr dan Omar, kebencian terhadap Syiah Ahlul-Bayt juga kebencian terhadap Ahlul-Bayt itu sendiri. Sesiapa yang ada salah satu daripada ciri-ciri ini merupakan seorang Nasib dan kafir secara realiti dan secara mutlak pada pandangan Allah, dan nasib nya adalah api neraka. Walaubagaimana pun, hukum yang terpakai pada Nusb dan kafir tidak dilaksanakan terhadapnya tetapi hukum-hukum yang terpakai bagi seorang muslim terpakai kepadanya kecuali mereka yang melakukan usaha-usaha dalam menyakiti Ahlul-Bayt itu sendiri; kepada merekalah hukum-hukum ini terpakai. Bagi seorang Sunni yang ‘lemah’ yang tidak menafikan kebenaran dengan sengaja, dia akan dikembalikan kepada Allah (Maha Tinggi kedudukannya) pada hari pembalasan. Terdapat beberapa riwayat yang membicarakan isu ini, antaranya apa yang dibawakan oleh Al-Kulayni di dalam Al-Kafi dengan sanad perawi daripada Imam al-Sadiq:
“Mereka yang mengetahui kami adalah Mukmin, dan mereka yang menolak kami adalah Kafir dan sesiapa yang tidak mengetahui kami dan tidak pula menolak kami adalah Jahil, sehinggalah dia kembali kepada jalan yang benar yang Allah telah wajibkan ke atas mereka untuk diikuti dengan berwilayah kepada kami. Sekiranya dia mati dalam kesesatan yang dipilihnya sendiri, Allah berhak melakukan ke atasnya apa sahaja yang Dia kehendaki.
Saudara-saudara kami yang beriman perlu diingatkan, tidak adapa apa yang dimalukan untuk menggelarkan Sunni sebagai Nawasib dan kafir kerana mereka sendiri yang meriwayatkan bahawa Rasulullah berkata berikut:
Sesiapa yang mati dalam keadaaan tidak mengenal Imam pada zamannya; dia mati dalam sepertimana seorang Jahiliyah.
Maksud hadis ini adalah sesiapa yang mati dan tidak beriman kepada wilayah Imam yang benar yang telah dilantik oleh Allah; dia mati dalam agama orang-orang kafir semasa zaman Jahiliyah. Jadi kenapa mereka marah kepada kami kerana menggelarkan mereka sebagai Kafir sedangkan mereka sendiri yang menjatuhkan hukum sebegitu kepada diri mereka seperti mana tercatat di dalam hadis-hadis sahih mereka?! Walaupun begitu mereka ada membincangkan tentang siapakah Imam pada zaman mereka, jadi biarkan mereka berdebat dengan kami dan mari kita lihat adakah orang-orang yang mereka meletakkan taraf Imamah kepada mereka; adakah Imam yang benar atau pun Imam yang batil dan sesat! Dan, kepada mereka yang melecehkan kami, dalam masa yang sama pengikut-pengikut agama mereka mempercayai bahawa kami sesat dan orang-orang yang kafir, malah meletakkan hukum sebagai kafir ke atas kami, dengan itu mereka mengizinkan bagi menumpahkan darah kami seperti yang kita lihat berlaku di Iraq pada hari ini?! Terdapat jurang yang besar antara kami dengan mereka apabila sampai kepada menjatuhkan hukum kafir.
Mereka, iaitu orang-orang Sunni dan mereka yang menentang kami harus faham, meski pun kami membawakan kepercayaan sedemikian, masih juga kami mengharapkan yang terbaik untuk mereka, dan kami tidak ingin menyakiti mereka, dan kami berdoa kepada Allah (Maha Tinggi kedudukannya) agar menuntun mereka, dan tidak pula kepercayaan kami menjadi tembok yang memisahkan kami daripada mereka dan menghalang kami untuk hidup bersama dengan mereka dalam keadaan damai. Malah, kami menyeru kehidupan bersama dan bekerjasama, dan persahabatan dan menjaga hak masing-masing dalam mengekspresikan akidah, dan juga menjaga hak masing-masing untuk membincangkannya secara bebas.
Pejabat Syeikh al-Habib