SOALAN:
Sheikh, saya ada satu soalan. Saya telah berdiskusi dengan rakan-rakan saya tentang steroids. Saya ingin tahu sekiranya ia adalah haram, harus atau makruh, dan kenapa. Saya sangat menghargai laman ini.
Mohamad
JAWAPAN:
Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.
Allah limpahkanlah Solawat ke atas Muhammad dan Keluarganya, dan Semoga laknat-Nya ke atas musuh-musuh mereka.
Dalam konsultasi dengan yang berbahagia, Sheikh al-Habib;
Sekiranya ia tidak diperbuat daripada bahan-bahan yang dilarang dan mengambilnya tidak menyebabkan kemudharatan yang serius atau menyebabkan kepada sebarang perbuatan yang dilarang, maka ia dibolehkan. Walaubagaimana pun, telah dilaporkan bahawa produk-produk ini mempunyai kesan sampingan yang serius kepada kesihatan seseorang, walaupun ia hanya muncul dalam jangka masa yang panjang, ini mengesyorkan dan menguatkan hukum bahawa ia haram. Ini kerana Islam tidak membenarkan seseorang Muslim menyebabkan kemudharatan kepada diri mereka sendiri seperti yang disebutkan oleh Nabi (SAWA) didalam riwayat yang mahsyur:
Tidak ada yang memudharatkan atau sesuatu yang membawa kepada mudharat dalam Islam
Pejabat Syeikh al-Habib