Sumber Ilmu yang Tulen

Sumber Ilmu yang Tulen

Sumber Ilmu yang Tulen 834 469 The Office Of His Eminence Sheikh al-Habib

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.
Allah limpahkanlah Solawat ke atas Muhammad dan Keluarganya, dan Semoga laknat-Nya ke atas musuh-musuh mereka.

Hari ini, kita hidup di dunia yang penuh dengan pelbagai sekolah pemikiran yang mempengaruhi dan mengkonstruksi andaian-andaian setiap manusia yang terpanggil kepada idea-idea tersebut. Idea-idea ini mempengaruhi pemahaman kita mengenai politik, moral, etika dan aspek-aspek lain seperti bagaimana kita mendekati Pencipta (jika kita percaya kepada Tuhan) dan juga bagaimana kita sudut pandang kita kepada orang lain.

Itulah sebabnya hari ini, seseorang mendapati bahawa dengan banyaknya pendekatan-pendekatan yang berbeda yang diadvokasi di mimbar-mimbar dan saluran-saluran yang mendakwa berpegang kepada Syiah, sepertinya terdapat sejumlah besar prinsip dan pendekatan yang saling bertentangan yang disebarluaskan seolah-olah pendekatan yang sah untuk sampai kepada Allah dan kefahaman tentang sudut pandang Islam.

Namun, tahukah anda bahawa kebanyakan pendekatan ini berakar kepada mistisisme yang berpaksikan kepada tokoh-tokoh sufi? Model teladan yang sama ini tidak pernah pun meneguk daripada sumber ajaran daripada keturunan nabi dan wasinya yang sah, iaitu Keluarga Muhammad (SAWA). Oleh itu, ajaran mereka dapat dianggap sebagai sesuatu yang tidak dapat dipercayai, dan wilayah ideologi ini di dalam dunia Islam terbukti tidak lain adalah sesuatu yang tidak realistik dan sangat palsu.

Ya, anda akan diberitahu bahawa Ulama X atau Penguasa Y menyokongnya. Anda akan diminta untuk memilih pihak, bahkan mungkin diugut secara emosional untuk mempercayai bahawa anda terlalu bodoh untuk mengenali sesuatu yang secara terang-terangan bertentangan dengan ajaran para imam (Selawat ke atas mereka). Dan anda akan diberitahu bahawa anda tidak sepatutnya mempersoalkan apa-apa yang dikatakan oleh seorang yang kononnya ulama sekian-sekian. Ini adalah taktik yang secara efektif menghalangi orang ramai daripada mencari apakah yang benar – iaitu jalan yang benar-sesungguhnya.

Saudara dan saudari, ini tidak rasional. Ini adalah pemerasan emosi dan taqlid buta. Pada setiap tempat di luar sana, anda akan menjumpai sekurang-kurangnya segelintir ‘ulama’ yang mengadvokasikannya, tanpa mengira sejauh mana pun tahap penyimpangannya.

Mari kita bersetuju bahawa ada satu prinsip yang harus kita pakai, yang dapat membuat kita keluar daripada dilema ini jika ia diterapkan.

1. Imam al-Baqir (Selawat ke atasnya) berkata:

Anda boleh pergi ke Timur dan Barat, anda tidak akan dapat mencari pengetahuan yang benar kecuali perkara yang terpancar daripada kami; Ahlul-Bayt.
Bihar al-Anwar

2. Imam al-Baqir (Selawat ke atasnya) mengatakan:

Segala sesuatu yang terpancar daripada selain Rumah ini, adalah tidak sah.
Wasa’il al-Shi’a

Anda mesti mencari ajaran yang menemukan kesahihan dan keaslian mereka terus mereka riwayat-riwayat Keluarga Muhammad (Selawat ke atas mereka). Dari situlah semua kebenaran doktrinal boleh diambil. Dari sini, anda akan memperoleh kebenaran-kebenaran agama yang indah ini. Anda tidak akan mencapai kebenaran melalui Rumi, Ibn ‘Arabi atau’ mana-mana ‘ikutan’ ‘mistik yang lain yang bahkan tidak mengaitkan diri mereka dengan Keluarga Muhammad (Selawat ke atas mereka) dan ajaran-ajaran mereka.

Pejabat Syeikh al-Habib

The Office Of His Eminence Sheikh al-Habib