Adakah Makhluk Asing wujud?

Adakah Makhluk Asing wujud?

Adakah Makhluk Asing wujud? 1920 1080 The Office Of His Eminence Sheikh al-Habib

SOALAN:

Soalan: Adakah makhluk asing wujud dan apakah tafsiran ayat-ayat ini:

Bukankah Dia yang menciptakan langit-langit dan bumi mampu untuk menciptakan yang serupa? Ya! Dan Dialah pencipta (segala sesuatu), Maha mengetahui.
Shakir 36:82

Perintah-Nya, apabila berkehendak kepada sesuatu, hanyalah dengan berkata: Jadi, maka jadilah ia.
Shakir 36:82

Maka Maha agung Dia yang berada ditangan-Nya kekuasaan ke atas segala sesuatu, dan kepada Nya lah kamu akan dikembalikan.?
Shakir 36:83

Samar


JAWAPAN:

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.
Allah limpahkanlah Solawat ke atas Muhammad dan Keluarganya, dan Semoga laknat-Nya ke atas musuh-musuh mereka.

Jika maksud kamu adalah makhluk-makhluk berakal yang menduduki tempat-tempat selain bumi, maka ya, sememangnya mereka wujud. BUkan saja dibuktikan dengan ayat-ayat yang dipetik tetapi didalam riwayat-riwayat yang lain juga. Telah diriwayatkan bahawa Allah (Yang Maha Tinggi) telah menciptakan banyak dunia selain yang kita diami ini dimana pelbagai makhluk juga wujud. Mereka semua mempunyai Adam (makhluk pertama dalam jenis mereka) dan semuanya akan dibangkitkan semula. Semua makhluk ini di dunia -dunia yang lain wajib mengetahui tentang Muhammed dan Ahlul Baytnya yang suci (Selawat ke atas mereka), mematuhi perintah mereka dan cenderung kepada mereka.

Imam Sadiq (Selawat ke atasnya) telah berkata:

Sememangnya Allah telah mencipta dua belas ribu dunia, setiap satunya lebih besar berbanding tujuh langit dan tujuh bumi. Tidak ada satu pun dunia-dunia itu terfikir Allah memiliki dunia yang lain selain mereka, dan Aku adalah hujah Allah ke atas mereka.
al-Bihar, Bab 15, #1

Imam Muhammed al-Baqir (Selawat ke atasnya) telah berkata:

Sememangnya, Allah telah menciptakan di bumi – sejak mula Dia menciptanya – tujuh dunia; mereka (makhluk yang hidup di atasnya) bukan daripada keturunan Adam; Dia menciptakan mereka daripada apa yang terdapat di permukaan bumi, kemudian Dia meletakkan mereka mereka di atasnya satu demi satu dunia yang lain. Dan Allah, Maha Besar Maha Perkasa.
al-Bihar, bab 28, #1

Jaber bin Yazid pernah berkata yang berbunyi: “Aku bertanyakan Abu Jafar (Selawat ke atasnya) tentang ayat ini: ‘ Adakah Kami telah letih dengan ciptaan yang pertama itu? Sehingga kan mereka ragu-ragu tentang ciptaan yang baharu.’ (50:16)

Dia berkata: Wahai Jabir, tafsir kepada ayat ini adalah apabila Allah, yang maha Tinggi telah selesai ciptaan ini dan dunia ini terwujud, dan meletakkan ahli syurga di syurga dan ahli neraka di neraka, Allah akan mencipta dunia yang baru selain dunia ini, dan ciptaan yang baru (tanpa reproduksi) untuk menyembah dan mengagungkan-Nya. Adakah kamu berfikir Allah hanya menciptakan satu-satunya dunia ini dan Dia tidak menciptakan hidupan yang lain selain kamu? Benar, demi Allah, Dia telah menciptakan ribuan dunia yang lain dan jutaan lagi Adam, dan kamu adalah yang terakhir daripada dunia-dunia tersebut.
al-Bihar, Bab 28, #2

Untuk lebih banyak lagi riwayat yang lain, sila rujuk

  • l-Bihar, Bab 15, Hadis #2, #5 dan #6;
  • dan al-Bihar, Jilid 54, #9

Pejabat Syeikh al-Habib

The Office Of His Eminence Sheikh al-Habib