Adakah Fatima satu-satunya anak perempuan Nabi?

Adakah Fatima satu-satunya anak perempuan Nabi?

Adakah Fatima satu-satunya anak perempuan Nabi? 1920 1080 The Office Of His Eminence Sheikh al-Habib

SOALAN:

Saya telah banyak kali membaca bahawa Nabi Mohammad mempunyai empat orang anak perempuan. Tetapi Syiah mengatakan bahawa hanya Fatima sajalah anak perempuan Nabi. Bagaimana kamu dapat membuktikan ia? Tolong berikan kepada saya jawapan yang bernas.

Sani Al Hussaini


JAWAPAN:

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.
Allah limpahkanlah Solawat ke atas Muhammad dan Keluarganya, dan Semoga laknat-Nya ke atas musuh-musuh mereka.

Sayyidah Fatima al-Zahra (Selawat ke atasnya) bukanlah satu-satunya anak perempuan Nabi Muhammad (SAWA) seperti yang disalah anggap kebanyakan orang-orang beriman hari ini. Dia adalah salah seorang daripada empat anak perempuan Nabi yang suci (SAWA); tiga yang lainnya adalah Zainab, Ruqayyah dan Umm Kulthum (Selawat ke atas mereka semua)

Dalam satu syarahan berbahasa Arab yang bertajuk “Bal Hunna Banatu Rasoulillah” yang disampaikan oleh yang berbahagia, Sheikh al-Habib, dalam topik ini; dimana dia mengatakan bahawa kita tidak mempunyai sebarang hatta satu pun bukti daripada Al-Quran atau Sunnah yang menidakkan kewujudan anak-anak perempuan biologi daripada Nabi yang suci (SAWA).

Sebaliknya, terdapat banyak riwayat dan bukti daripada petikan-petikan Al-Quran yang menyokong fakta bahawa Zainab, Ruqayyah dan Umm Kulthum (Selawat ke atas mereka) sememangnya merupakan anak-anak perempuan biologi daripada Nabi yang suci (SAWA). Berikut antara bukti-buktinya:

Wahai Nabi, sampaikan kepada isteri-isteri dan anak-anak perempuan kamu dan perempuan-perempuan yang beriman untuk menutupi bahagian luar pakaian-pakaian yang mereka pakai
Qur’an 33:60

Meskipun jelas bahawa kata ganda “anak-anak perempuan” di dalam ayat di atas menyokong fakta bahawa Nabi yang suci (SAWA) memiliki lebih daripada seorang anak perempuan, masih ada segelintir yang mempertikaikan bahawa perkataan ini telah digunakan sebagai kata pujian, seperti mana kata ganda ‘perempuan-perempuan’ digunakan dalam ayat 3:62. Sepertimana semua pentafsir telah bersetuju bahawa Nabi yang suci (SAWA) pada peristiwa Mubahala, tidak membawa perempuan lain selain Fatima (Selawat ke atasnya), kata ganda ‘perempuan-perempuan’ yang digunakan adalah bagi meninggikan status Fatima (Selawat ke atasnya), dan dengan itu mereka mendakwa perkataan ‘perempuan-perempuan’ juga digunakan dengan kefahaman yang sama seperti ayat yang disebutkan di atas.

Satu balasan bagi membantah perkara ini adalah riwayat-riwayat yang menyokong fakta bahawa Nabi yang suci (SAWA) membawakan Sayyida Fatima al-Zahra (Selawat ke atasnya) bagi mewakili ‘perempuan-perempuan’ pada peristiwa Mubahala sememangnya banyak, manakala tidak ada satu pun hadis didalam Sunnah yang menidakkan kewujudan anak-anak perempuan Nabi yang lain.

Panggil mereka dengan (nama) bapa-bapa mereka; ia lebih benar di sisi Allah.
Qur’an 33:6

Pada hari-hari sebelum penurunan wahyu Al-Quran, Nabi Muhammad (SAWA) telah mengambil Zaid bin Haritha sebagai anak angkatnya. Zaid kemudiannya dipanggil dan dikenali sebagai Zaid bin Muhammad. Walaubagaimana pun, apabila ayat Al-Quran yang disebutkan di atas diwahyukan, Nabi (SAWA) mengarahkan agar menukar nama Zaid kembali kepada Zaid bin Haritha.

Seluruh Muslim mula memanggil kembali Zaid dengan nama ayah kandungnya. Begitu juga, sekiranya ketiga-tiga anak perempuan ini bukan anak-anak biologi Nabi (SAWA) tetapi anak -anak angkatnya, maka kita pasti menemukan riwayat-riwayat yang menyatakan bahawa Nabi yang suci bersama-sama dengan orang-orang Islam yang lain sudah berhenti daripada memanggil ketiga-tiga anak perempuan ini dengan namanya, pada masa ayat ini diwahyukan, dan mereka sepatutnya memanggil mereka berbintikan ayah-ayah kandung mereka.

Ketiga-tiga anak perempuan ini dipanggil dengan berbintikan nama Nabi (SAWA) sehinggalah ke akhir hayat hidup mereka. Malahan, meskipun setelah kesyahidan Nabi (SAWA); tidak ada mana-mana Imam atau pun sahabat-sahabat mereka, para sejarahwan atau para perawi merujuk sesiapa diantara ketiga-tiga anak perempuan itu sebagai ‘Zainab-, Ruqayya-, Umm Kulthum-, binti si polan dan si polan.

Sheikh Saduq didalam al-Khisal melaporkan bahawa Abu Baseer (perawi yang dipercayai) telah meriwayatkan dengan autoriti Abu Abdullah al-Sadiq (Selawat ke atasnya):

Nabi (SAWA) mempunyai anak-anak daripada Khadija: al-Qasim; al-Tahir, dan dia adalah Abdullah; Umm Kulthum; Ruqayyah; Zainab; dan Fatima (Selawat ke atas mereka). Fatima berkahwin dengan Ali bin Abi Talib; Zainab berkahwin dengan seorang lelaki Umawi, Abul Aas ibn Rabi; dan Umm Kulthum berkahwin dengan Uthman, tetapi dia meninggal dunia sebelum disetubuhi. Apabila mereka bergerak menuju ke medan Badr, Nabi Allah mengahwinkan dia (Uthman) dengan Ruqayyah. Nabi mendapatkan Ibrahim daripada Maria al-Qibtiyah iaitu seorang hamba.
al-Khisal oleh Sheikh Saduq, ms. 404

Ketika orang-orang Islam sudah tidak tahan lagi dengan penindasan kerajaan Uthman dan orang-orang lantikannya, mereka pergi kepada Amirul Mukminin (Selawat ke atasnya) dan meminta dia menasihati Uthman (Laknat Allah ke atasnya) supaya tidak memijak-mijak hak orang-orang Islam. Amirul Mukminin (Selawat ke atasnya) ketika itu berkata kepada Uthman:

Engkau telah melihat apa yang kita telah lihat, dan Engkau telah mendengar apa yang kita telah dengar. Engkau telah duduk bersama-sama keberadaan Nabi Allah seperti kita semua. (Abu Bakar) Ibn Abi Quhafah dan Ibn al-Khattab (Umar) tidak lebih bertanggungjawab untuk berlaku adil berbanding kamu kerana kamu mempunyai kedekatan dengan Nabi Allah melalui hubungan kekeluargaan berbanding mereka dan engkau juga berhubungan dengannya melalui hubungan perkahwinan, yang tidak ada pada mereka.
Nahjul balagha, Khutbah 163

Sekiranya Ruqayyah dan Umm Kulthum (Selawat ke atas mereka) bukan anak-anak perempuan biologi Nabi yang suci (SAWA), maka Uthman tentulah tidak mempunyai kedekatan dengan Nabi (SAWA) melalui hubungan kekeluargaan berbanding Abu Bakr dan Umar, bukankah begitu?

Allamah al-Majlisi telah melaporkan bahwa Hudhayfah ibn al-Yaman meriwayatkan:

Nabi mendatangi kami – seakan-akan aku melihatnya sekarang – membawa al-Hussain ibn ali di bahunya dang meletakkan tangannya pada kakinya dang mengendong ke dadanya, lalu berkata: ‘Ini adalah al-Hussain ibn Ali; dia memiliki datuk dan nenek yang terbaik; datuknya, Rasulullah adalah Sayyidul Anbia’; neneknya adalah Khadija binti Khowaylid, Wanita pertama yang beriman kepada Allah dan Rasulnya. Ini, al-Hussain ibn Ali, memiliki bapa terbaik dikalangan manusia, ibu yang terbaik dikalangan manusia; bapanya adalah Ali bin Abi Talib, saudara Nabi, penolongnya dan sepupunya, yang pertama sekali dikalangan lelaki yang beriman kepada Allah dan Rasulnya; ibunya adalah Fatima binti Muhammad, Pemimpin Wanita syurga. Ini adalah Hussain ibn Ali yang memiliki bapa saudara terbaik (daripada ayahnya) dan ibu saudara terbaik (daripada ayahnya); bapa saudaranya adalah Ja’far ibn abi Talib yang dikurniakan dengan dua sayap yang dengannya dia dapat terbang ke mana jua yang dia sukai di syurga, dan ibu saudaranya adalah Um-Hany’ binti Abi-Talib. Ini adalah Hussain ibn Ali, yang memiliki bapa saudara terbaik (daripada ibunya) dan ibu saudara terbaik (daripada ibunya); bapa saudaranya adalah al-Qasim bin Muhammad Rasulullah, dan ibu saudaranya adalah Zainab binti Muhammad Rasulullah, Baginda kemudian meletakkannya di bahu, mendepangkan kedua belah tangannya kemudian berlutut dan berkata: ‘Wahai manusia, ini adalah Al-Hussain bin Ali; datuk dan neneknya di syurga; bapa dan ibu saudaranya di syurga (sebelah bapa); bapa dan ibu saudaranya di syurga (sebelah ibu); dia dan abangnya di syura.
Biharul Anwar, oleh al-Majlisi

Sayyidah Fatima al-Zahra mengesahkan bahawa dia sememangnya mempunyai kakak-kakak kandung apabila dia mengatakan kepada Amirul Mukminin (Selawat ke atas mereka berdua) supaya mengahwini anak saudara perempuannya, Umamah sejurus sebelum kesyahidannya: “Aku meminta kepadamu agar mengahwini anak saudara perempuanku Umamah bagiku dia akan dapat menjaga anak-anakku seperti mana aku.” Perkataan ‘anak saudara perempuan’ dengan jelas menunjukkan bahawa Nabi (SAWA) memiliki anak-anak kandung perempuan yang lain.

Sheikh al-Tusi didalam al-Tahdheeb, al-Kulaini dan banyak lagi yang melaporkan dengan autoriti Imam Musa al-Kadhim (Selawat ke atasnya) petikan daripada doa:

Ya Allah, limpahkanlah solawat ke atas Ruqayyah, anak perempuan Nabi-Mu, dan laknatilah mereka yang melukakan Nabi-Mu dengan menyakitinya (anak perempuannya). Ya Allah, limpahkanlah solawat ke atas Umm-Kulthum, anak perempuan Nabi-Mu, dan laknatilah mereka yang melukakan Nabi-Mu dengan menyakitinya (anak perempuannya).”
(Mafatih al-Jinan, bahagian Doa-doa di bulan Ramadhan

Pejabat Syeikh al-Habib

The Office Of His Eminence Sheikh al-Habib