Adakah Nabi berhubungan intim bersama Sayyidah Mariyah ketika giliran Hafsa?

Adakah Nabi berhubungan intim bersama Sayyidah Mariyah ketika giliran Hafsa?

Adakah Nabi berhubungan intim bersama Sayyidah Mariyah ketika giliran Hafsa? 1920 1080 The Office Of His Eminence Sheikh al-Habib

SOALAN:

Apakah tafsir yang benar berkenaan tiga ayat awal didalam Surah al-Tahrim, seperti mana yang kitab oleh dapati didalam Tafsir al-Burhan yang mengatakan bahawa Rasulullah berhubungan intim dengan Sayyidah Mariyah pada hari giliran Hafsa semetelahan dia hanyalah seorang hamba? Dan apabila Hafsa mendapat tahu tentang itu dia sangat berang dan bersemuka dengan Nabi lalu menyebabkan Nabi menjadi malu kerananya dan Baginda bersumpah menharamkan dirinya berhubungan dengan Mariyah lagi, yang akhirnya Allah menurunkan ayat-ayat tersebut kepadanya.

Saya dapat merasakan terdapat campur tangan Hafsa dan Aisha dalam hadis-hadis ini kerana kita sebagai muslim menolak sebarang bentuk kebiadaban terhadap Rasulullah.


JAWAPAN:

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.
Allah limpahkanlah Solawat ke atas Muhammad dan Keluarganya, dan Semoga laknat-Nya ke atas musuh-musuh mereka.

Peristiwa ini telah dilaporkan dalam banyak sumber dan setiap satunya menerangkan setiap yang lain. Yang yang paling sahih adalah apa yang telah diriwayatkan oleh Sheikh Al-Qummi (Semoga redha Allah keatasnya)

Pada hari giliran Hafsa (Semoga Allah melaknatinya), dia meninggalkan rumahnya untuk memenuhi keperluannya. Apakah keperluannya? Ia boleh didapati didalam Majma’ al-Bayan. Dari persperktif kami, kami hanya mengambil sebahagian hadis yang menerangkan hal tersebut dan hanya membawakan apa yang telah diriwayatkan oleh Al-Qummi sahaja disini.

Sememangnya Rasulullah telah membahagi-bahagikan hari bersama dengan isteri-isterinya, dan ketika ia sampai pada giliran Hafsa, dia berkata kepada Nabi:

Aku perlu menyediakan keperluan ayahku dan Nabi pun memberi keizinan untuk dia menziarahi ayahnya.

Setelah memberi keizinan, Nabi telah pergi kepada hambanya Mariyah al-Qibtiyah.

Nabi tidak gagal memenuhi haknya atau melakukan ketidakadilan terhadapnya. DIa sendiri yang meminta izin untuk pergi kepada ayahnya dan Nabi pun telah memberi izin. Setelah itu, Nabi memanggil hambanya dan itu adalah haknya.

Dan mengapa Nabi mengharamkan dirinya ke atas Mariyah, ini kerana sifat semulajadi yang Nabi miliki iaitu rasa malu yang melebihi gadis sunti sekalipun. Ini menunjukkan kemelampauan Hafsa (Laknat Allah ke atasnya) mengguris perasaan Nabi Allah yang maksum dan mulia sedangkan Baginda adalah seelok-elok dan seadil-adil makhluk ciptaan Allah.

Bagaimana mungkin Baginda tidak berlaku adil kepada isteri-isterinya sehinggakan Baginda tetap melayani mereka sekalipun salah laku mereka yang terpaksa Nabi tanggung? Sumpah pengharaman tersebut bukannya apa yang diwajibkan keatasnya dari Ilahi tetapi hanyalah sumpah dari segi percakapan sahaja. Baginda mengharamkan dirinya iaitu menahan dirinya daripada melakukan hal tersebut lagi, kemudian turunlah ayat Al Quran ini menerangkan kepada Rasulullah hal baginda yang bersusah-payah semata-mata demi memberikan keadilan kepada isteri-isterinya sedangkan Baginda tidak perlu memberikan penghormatan atas apa yang tidak disusahkan dan dihalalkan oleh Allah untuknya. Malah, tidak penting untuk memenuhi kehendaknya (Hafsa) sekalipun dia mengatakan Nabi tidak berlaku adil terhadapnya. Sebaliknya, dia yang lebih perlu menghormati Rasulullah.

Kerana itu Allah (Maha Tinggi keduduakannya) telah menurunkan ayat tersebut sebagai rahmat ke atas Nabi dan kasih-sayang terhadapanya, dan ini menunjukkan kepada kita bagaimana Baginda menanggung perbuatan jahat dan buruk yang pernah dilakukan terhadapnya. Dan disini terpancarlah hikmah kebijaksanaan Ilahi, jika tidak kerana sumpah pengharaman yang telah Nabi lakukan, kita mungkin tidak adakan mendapati turunnya surah ini mendedahkan kepincangan Aisha dan Hafsa. Dan dari sini, kita dapat fahami dari sumpah pengharaman Nabi inilah datangnya ketetapan Allah dengan hikmah sebagai satu bentuk pengesahan.

Dalam Riwayat Al-Qummi tersebut, Rasul merasa sangat malu walaupun apa yang Baginda lakukan tidak ada salahnya, Baginda adalah Sayyidul awwal dan Penutup segala Nabi dan Puncak segala keindahan.

Dan jika kamu membaca Riwayat tersebut sehingga akhir, kamu akan mendapati daripada peristiwa tersebut dari perspektif yang lain juga, ia merupakan ujian dan pilihan kepada manusia munafiq tersebut dimana dia telah gagal. Maka keatasnya laknat Allah, para malaikat dan manusia keseluruhannya.

Ali bin Ibrahim Al-Qummi mengatakan asbab turunnya wahyu tersebut adalah, Baginda sedang berada dalam rumah salah seorang isterinya, dan Mariyah al-Qibtiyah sedang menguruskannya. Baginda kemudiannya datang mendapatkan Mariyah, dan apabila Hafsa mendapat tahu tentang itu, dia berasa teramat marah dan berkonfrontasi dengan Rasulullah dan berkata:

Wahai Rasulullah! Ini adalah hariku, dan kamu (seharusnya) berada di rumahku, dan di atas katilku!” Maka Rasulullah pun menjadi malu mendengarkannya, dan berkata: “Berhentilah, aku sudah mengharamkan Mariyah atas diriku ini dan tidak akan menghampirinya lagi selepas ini selamanya, dan akan aku dedahkan suatu rahsia kepadamu. Tetapi, jika engkau membocorkannya kepada sesiapa ketahuilah, laknat Allah dan para malaikat-Nya dan seluruh manusia keatasmu”. Dia pun berkata, “Baik, apakah perkara itu?” Baginda berkata: Abu Bakr akan menjadi khalifah selepasku dan kemudian selepas itu ayahmu, Umar”. Dia, Hafsa berkata: “Siapakah yang memberitahukan perkara ini kepadamu?” Baginda berkata: “Allah yang memberitakannya kepadaku.

Setelah itu, Hafsa memberitahu Ayesha tentang perkara itu dan Ayesha pun memberitahu Abu Bakr. Maka, Abu Bakr pun pergi kepada Umar dan berkata kepadanya: “Ayesha telah memberitahuku “itu dan ini” daripada Hafsa, Aku tidak berapa percaya akan kata-katanya, cubalah engkau tanyakan kepada Hafsa.

Lalu Umar pun pergi kepada Hafsa dan berkata kepadanya: “Apakah perkara yang telah engkau beritahukan kepada Ayesha?’ Dia menafikannya dan berkata: Aku tidak mengatakan apa-apa. Maka Umar pun berkata kepadanya: Jika ia benar, beritahulah kepadaku supaya kami dapat mempercepatkan ramalan ini. Dia mengatakan: Benar, memang Rasulullah mengatakannya.” Kemudian, keempat-empat mereka berkumpul (dan bersetuju) untuk meracuni Rasulullah.
Tafsir Al-Qummi, Jilid 2 ms.376

Pejabat Syeikh al-Habib

The Office Of His Eminence Sheikh al-Habib