Adakah perempuan-perempuan Ahlul Bayt mengenakan Niqab?

Adakah perempuan-perempuan Ahlul Bayt mengenakan Niqab?

Adakah perempuan-perempuan Ahlul Bayt mengenakan Niqab? 1920 1080 The Office Of His Eminence Sheikh al-Habib

SOALAN:

Segelintir orang mengatakan Sayyida Fatima dan para Wanita Ahlul-Bayt mengenakan Niqab. Segelintir orang berkata ini bukanlah hujahnya dan terdapat beberapa riwayat dimana orang-orang menyifatkan wajah Sayyida Fatima. Apakah pemahaman yang benar tentang perkara ini?

Saya baru-baru ini ada membaca, Reza Shah di Iran telah melarang pemakaian niqab, semua Wanita di Iran sudah biasa mengenakannya, para ulam berdukacita kerana mereka menyangka ia adalah perkara wajib maka para Wanita tidak keluar daripada rumah-rumah mereka setelah larangan itu. Mengapakah ulama-ulama silam mengatakan ia adalah wajib tetapi sekarang tidak ada autoriti agama yang mengatakannya? Saya juga mendengar bahwa segelintir ulama seperti Ayatollah Morteza Motahhari bagi rejim di Iran berkata bahawa Niqab adalah bida’ah. Apakah hukum yang sebenarnya menurut anda ,Sheikh?

Samer Kazemi


JAWAPAN:

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.
Allah limpahkanlah Solawat ke atas Muhammad dan Keluarganya, dan Semoga laknat-Nya ke atas musuh-musuh mereka.

Sayyida Fatima al-Zahra (Selawat ke atasnya) biasa menutupi wajahnya dan sebegitu juga semua Wanita Ahlul Bayt (Selawat ke atas mereka) berdasarkan kepada hukum Islam berkaitan perkara ini. Walaubagaimana pun, berkaitan riwayat-riwayat dimana deskripsi wajah Sayyidah Zahra yang diriwayatkan oleh orang-orang yang majhul, antara riwayatnya adalah:

Tidak bersandaran atau sahih kerana ia sama ada diriwayatkan oleh penentang-penentang Ahlul Bayt (Selawat ke atas mereka) atau oleh sebahagian perawi yang lemah dan majhul.

Dilaporkan oleh seseorang yang tidak secara langsung melihat wajah Sayyida Fatima (Selawat ke atasnya). Sebaliknya, perawi bersama dengan Nabi (SAWA) dan melaporkan apa yang Nabi sebutkan kepadanya tentang rupa paras Sayyidah Fatima pada ketika itu.

Dilaporkan oleh orang-orang yang lebih berumur – seperti Salman al-Farsi (Semoga Allah redha ke atasnya) yang menurut hukum Islam sebagai seorang yang berumur yang sudah berkurangan nafsu. Kumpulan lelaki-lelaki ini adalah dalam lingkungan kumpulan-kumpulan yang disenaraikan di dalam Quran sebagai dibolehkan para Wanita untuk mendedahkan wajah-wajah mereka.

Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka dan memelihara kehormatan mereka, dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya, dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka, dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan mereka, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari kalangan lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi daripada perhiasan mereka. Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya
Quran 24:32

Wajib bagi setiap Wanita muslim untuk menutup wajah mereka sekiranya terdapat ketakutan kepada sebarang bentuk godaan dan tarikan kepada lelaki, seperti perempuan yang masih muda, cantik dan sedar bahawa para lelaki akan melihat kecantikan wajah mereka. Sungguhpun begitu, jika ia bukan sedemikian, dan perempuan tersebut memiliki sebarang bentuk kecantikan tambahan pada wajah mereka seperti solekan, menghias kening dan sebagainya., maka dia wajib menutup wajah mereka apabila terdapat kehadiran orang-orang bukan mahram.

Selain itu, seorang perempuan Muslimah wajib menutupi wajah mereka sekalipun jika dia tidak berwajah cantik dan tidak mengenakan solekan, sebagai contoh, tetapi dengan membiarkan wajah mereka tidak bertutup akan menarik perhatian lelaki untuk melihatnya atau menjadi penyebab kepada berlakunya perlanggaran seperti berbual-bual secara berjenaka dengan para lelaki.

Oleh itu, majoriti wanita pada hari ini, lebih-lebih lagi wanita-wanita yang muda wajib untuk menutupi wajah mereka. Ini adalah hukum Islam yang diusulkan oleh mujtahid-mujtahid silam dan kontemporari seperti Ayatullah al-Uzma Sayed Sadiq Shirazi (Semoga Allah memanjangkan umurnya).

Walaubagaimana pun, bagi kenyataan oleh Mutahhari berkaitan isu ini; dia bukanlah seorang yang mempunyai autoriti dan tidak pula berkelayakan untuk mengeluarkan fatwa-fatwa yang memerlukan pendapat daripadanya. Bahkan sebenarnya dia berpegang dengan kepercayaan-kepercayaan dan perbuatan-perbuatan yang menyeleweng dan juga pandangan-pandangan yang bertentangan dengan ajaran Ahlul Bayt (Selawat ke atas mereka semua).

Pejabat Syeikh al-Habib

The Office Of His Eminence Sheikh al-Habib