Adakah Rasul meninggal dunia di pangkuan Aisha?

Adakah Rasul meninggal dunia di pangkuan Aisha?

Adakah Rasul meninggal dunia di pangkuan Aisha? 1920 1080 The Office Of His Eminence Sheikh al-Habib

SOALAN:

Saya ingin tahu di manakah Aisha semasa saat-saat terakhir Rasul. Adakah Rasul meninggal dunia di pangkuan Aisha atau Imam Ali?

Ali Adi


JAWAPAN:

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.
Allah limpahkanlah Solawat ke atas Muhammad dan Keluarganya, dan Semoga laknat-Nya ke atas musuh-musuh mereka.

Aisha (Laknat Allah ke atasnya) adalah seorang yang seringkali berbohong. Dia mengatakan bahawa Nabi yang mulia (SAWA) meninggal dunia sementara kepalanya yang suci berada di antara dada dan lehernya, walhal yang sebenarnya kepala Nabi bersandar di pangkuan wasinya yang sah, Amirul Mukminin Ali Bin Abi Talib (Selawat ke atas mereka berdua). Antara mereka yang menyanggah pembohongan Aisha adalah Ibn Abbas, seperti yang dilaporkan bahawa Abu Ghatfan meriwayatkan:

Aku bertanya kepada Ibn Abbas: ‘Adakah Rasulullah meninggal dunia sementara kepalanya berada di pangkuan sesiapa?’ Dia berkata: ‘Dia meninggal dunia sementara berbaring pada dada Ali’. Aku berkata: ‘Urwah mengatakan kepadaku bahawa Aisha berkata: Rasulullah meninggal dunia sementara merehatkan tubuhnya di antara dada dan leherku.’ Mendengarkan ini Ibn Abbas berkata: ‘Adakah kamu fikir ia masuk akal untuk kamu percayai? Demi Allah, Rasulullah meninggalkan dunia sementara berbaring pada dada Ali, dan dialah yang memandikannya bersama-sama dengan abangku al-Fadhl ibn Abbas.
(Tabaqat Ibn Saad, Jilid 2, ms. 263).

Pejabat Syeikh al-Habib

The Office Of His Eminence Sheikh al-Habib