Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.
Allah limpahkanlah Solawat ke atas Muhammad dan Keluarganya, dan Semoga laknat-Nya ke atas musuh-musuh mereka.
Aku berdamai dengan mereka yang berdamai denganmu dan Aku menyatakan perang ke atas orang-orang yang memerangimu
Tidakkah kita membacanya di dalam Ziarah Ashura? Di mana orang-orang Syiah yang mengotakan apa yang di kata?Di mana dapat anda cari orang-orang seperti ini? Dan sekiranya anda dapat menemukan dia, anda akan dapati dia diburu oleh ramai syiah-syiah yang bacul di sekelilingnya.
Siapakah orang yang dapat menanggung tugas melaksanakan Amar Ma’ruf Nahi Munkar dan bersabar atas segala akibat buruk yang datang bertubi-tubi. Sesungguhnya, ini adalah suatu misi yang berat kerana seseorang perlu berhadapan dengan masyarakat, negara dan komuniti yang akhirnya berakhir dengan serangan jahat yang sangat dahsyat. Anda terpaksa berhadapan dengan kebiasaan-kebiasaan yang bersebati di dalam masyarakat. Anda terpaksa menentang pemikiran-pemikiran agama yang berkembang luas dan ternyata salah. Sekiranya anda melaksanakan misi tersebut, anda perlulah meletakkan usaha yang tinggi dalam mencabar isu-isu berikut:1. Tradisi-tradisi agama yang salah. 2. Amalan-amalan agama yang salah.
Perkara-perkara tersebut sering berlaku dalam masyarakat Syiah khususnya. Misi anda adalah, anda perlu menyelam menentang arus. Dan ia sememangnya sangat sukar untuk dilakukan! Bagaimana mampu mengubah masyarakat itu sementara menerima bantahan-bantahan daripada orang-orang yang sepatutnya paling disayangi, dan bila anda melaksanakan misi tersebut, seluruh syaitan-syaitan manusia dan syaitan-syaitan jin serta-merta bergabung untuk menentang anda. Anda akan ditekan, didera dan mungkin juga terbunuh kerananya..
Walau bagaimana pun, cara itu menjamin keselamatan di akhirat! Itulah jaminan yang benar. Apa yang benar-benar menyakitkan hati di sini adalah kita sebagai Syiah mencampakkan kewajipan kita untuk melaksanakan Amar Ma’ruf Nahi Munkar sementara aliran-aliran agama yang lain melakukannya. Walhal, kita lebih berhak memikul tugas itu.
Allah limpahkanlah Solawat ke atas Muhammad dan Keluarganya, dan Semoga laknat-Nya ke atas musuh-musuh mereka.
Kita Syiah tidak mampu berfikir bahawa kita seharusnya menjadi tuan dalam urusan sosial, ekonomi, politik dan agama kita sendiri. Kita seharusnya menjadi orang yang menguruskan urusan kita sendiri.Terdapat banyak belenggu yang melingkari cara pemikiran kita. Terdapat banyak debu dalam minda-minda kita. Ramai orang-orang Syiah dipenjara dengan idea-idea yang berkarat, tumpul dan tidak praktikal. Dan lebih memeranjatkan kebanyakan Syiah tidak bersetuju dengan perkara ini.
Mereka tidak bersetuju bahawa kita, Syiah, ditipu. Mereka tidak dapat faham bahawa dominasi berlaku hanya pada yang lain. Iaitu penguasaan dan autoriti hanyalah ke atas orang lain selalunya ke atas orang-orang Bakri terutamanya di negara-negara di mana kita menjadi majoriti seperti di Iraq dan Bahrain.
Benar, meskipun di Iraq, kerajaan yang dilantik sangat sensitif dengan minoriti orang-orang Bakri. Kita masih lagi mempunyai nama-nama jalan, daerah, sekolah dan kolej-kolej di Baghdad, Iraq meskipun tempat-tempat yang didiami oleh orang-orang Syiah, kita masih lagi menggunakan nama-nama pembunuh Imam-imam kita seperti jalan Haroon al-Rashid, Daerah al-Mansour, Universiti Kebangsaan al-Mua’atasim. Tidak juga dilupakan kurikulum pengajian agama dan sejarah di setiap negeri di Iraq lebih cenderung kepada orang-orang Bakri. Mereka cenderung kepada sejarah mereka dan kepercayaan mereka dan cenderung kepada segala-galanya yang berpihak kepada mereka!
Monumen dan maqam suci kita bukan sahaja dimusnahkan tetapi diuruskan oleh musuh-musuh Ahlul Bayt (Selawat ke atas mereka). Tempat-tempat suci kita pada hakikatnya ditakluki oleh mereka seperti di Baqee’ dan kita sudah menjadi terbiasa dengan perkara itu. Kita orang-orang Syiah sepatutnya menjadi puncak kepada Islam, kita harus sedar hakikat ini!
Imam al-Sadiq (A.S) berkata:
Setiap perkara ada puncaknya dan puncak kepada Islam adalah Syiah, setiap perkara ada kemuliaan dan kemuliaan bagi Islam adalah Syiah, setiap perkara ada keistimewaan dan keistimewaan bagi Islam adalah Syiah, setiap perkara ada kehormatan dan kehormatan bagi Islam adalah Syiah, setiap perkara ada tuannya dan tuan kepada setiap perkumpulan adalah dimana terdapat Syiah didalamnya, setiap perkara ada keutamaannya di dalam hidup ini dan keutamaan yang paling utama di bumi ini adalah tanah di mana orang Syiah berada. .
Malang sekali, kita telah meletakkan dalam kotak pemikiran kita suatu halangan intelektual dan ia menjadi sebahagian daripada suatu “psyche” bagi pemikiran kita. Perkara-perkara berkenaan yang kita paksakan ke atas diri kita telah menghalang kemampuan kita untuk bersuara dalam menentang musuh kita yang sebenar iaitu kerajaan Saqeefa. Musuh sebenar kita tidak sepatutnya didefinisikan sebagai musuh-musuh geopolitik kita dan negara-negara Barat. Musuh sebenar kta adalah kerajaan Saqeefa. Musuh nombor satu kita dan wajib bagi kita adalah musuh-musuh Ahlul Bayt (Selawat ke atas mereka semua).
Kita harus mengekalkan jalan yang telah dirintis. Mengapakah kita Syiah sengsara dengan segala penderitaan tersebut sejak 14 kurun yang lalu?
Salah satu alasan yang penting dibelakang penderitaan ini adalah; kita menolak penindasan dan penindas, kita mencabar kejahatan dan menolak mana-mana penguasa yang tidak sah yang hendak menguasai kita. Kerana itu lah kita digelar Rafida! Kita menolak penindasan, penindas, ketidakadilan dan sebarang figur yang mewakili ketidakadilan. Baik dia masih hidup ataupun mati, Muslim ataupun bukan Muslim. Kita ditakdirkan untuk menolak segala bentuk ketidakadilan; kerana itu lah kita Rafida – orang-orang yang menolak. Gelaran ini telah diberikan oleh Imam al-Sadiq (A.S). Kita sepatutnya berbangga menyandang gelaran ini!
Kita telah mewarisi sejarah yang hebat dan gemilang. Kegemilangan Syiah dahulu yang penuh gemilang. Daripada awal kejadian Saqeefa ketika rampasan kuasa berlaku terhadap kepimpinan suci yang diwakili oleh Imam Ali (A.S), kita orang-orang yang berdiri teguh menentang pengkhianat-pengkhianat tersebut. Kita sudah biasa dengan Amar Ma’ruf Nahi Munkar. Kita sudah biasa dengan segala kesakitan.
Selepas berlakunya rampasan kuasa, sekumpulan Syiah yang benar seperti Salman, Miqdad, Ammar dan Huzaifa Bin Yaman, Khalid Bin Sayeed Bin Aas dan sebagainya telah memberontak! Mereka mencabar penyangak pertama Abu Bakar Bin Abi Quhafa di Masjid Nabawi. Mereka melancarkan perang lidah terhadapnya ketika dia berdiri di Mimbar Nabi (selawat ke atasnya dan keluarganya yang suci). Bacalah ucapan-ucapan mereka di dalam buku-buku sejarah, Sulaim bin Qais al-Hilali telah merekodkan ucapan-ucapan mereka yang sungguh berani terhadap Abu Bakar selepas terjadinya peristiwa di Saqeefa. Pemuda-pemuda berani ini berdiri di tengah-tengah masjid dan berkata;
Wahai Ibni Abi Quhafa! Takutlah Allah, Bukankah kamu telah memberi baiah pada hari Al-Ghadeer? Apa yang sudah berlaku sekarang? Bukankah Nabi mengarahkan kita untuk menerima kepimpinan Ahlul-Bayt selepas kewafatannya? Mengapakah kamu ingkar dengan arahan Nabi? Mengapakah kamu mengkhianati perjanjian yang kamu meterai terhadap Nabi?
Kerana kita perlu melakukan Amar Makruf dan Nahi Munkar, Syiah dari semasa ke semasa terpaksa menanggung sengsara akibat pelbagai kesukaran sejak dari dahulu hingga kini. Mari kita lihat sekarang, apakah yang dimaksudkan dengan Makruf dan Munkar supaya kita dapat melaksanakan tugas Amar Makruf dan Nahi Munkar dengan landasan yang tepat.
Seperti yang kamu semua ketahui, Ma’ruf mempunyai pelbagai landasan begitu juga perkara Munkar juga mempunyai banyak landasan-landasan yang boleh dilaksanakan. Namun Amar Makruf yang terbaik adalah Wilayah Ali Bin Abi Talib (A.S). Wilayah suci ini adalah aplikasi terbaik untuk Amar Makruf. Kita perlu memastikan bahawa kita melaksanakannya sepanjang siang dan malam.
Biarkan saya berikan kamu suatu contoh yang praktikal; Ketika seseorang menyuruh anda “berselawat” apakah maksudnya? Apakah signifikannya perkara tersebut? Ia menunjukkan bahawa anda melakukan Wilaya/Tawalla. Kamu melakukannya dalam bentuk yang menunjukkan kesetiaan kamu kepada Muhammad dan Alee Muhammad (Selawat ke atas mereka semua) seperti yang diarahkan oleh Allah SWT. Dalam kata yang lain, bila kamu membaca “Selawat” kepada Allah SWT, itu bermaksud anda mengikrarkan kesetiaan kepada Muhammad dan Alee Muhammad (Selawat ke atas mereka semua) hanya dengan semudah membacakan “Selawat” – Allahuma Salli Ala Muhammad wa Alee Muhammad! Membaca “Selawat” adalah pengikraran kamu bahawa kamu mematuhi suruhan Allah seperti yang diarahkan-Nya, melaziminya, berdiri teguh dan mengikuti Ahl al-Bayt (Selawat ke atas mereka semua). Dan kamu, kebiasaannya, tidak berasa malu daripada “Berselawat” di hadapan umum dengan suara kuat dan nyaring. Membacanya adalah mesej yang jelas kepada semua, kepada seluruh Ummah untuk kembali kepada Wilayah Ali (Selawat ke atasnya)
Munkar juga mempunyai banyak landasan! Landasan yang tertinggi bagi Munkar adalah Wilayah orang-orang yang merampas hak Ali (Selawat ke atasnya).Wilayah Abu Bakar, Omar, Othman, Bani Umayya, Bani Abbas dan lain-lain. Peribadi-peribadi berikut, Wilayah mereka… jika kamu mengiktiraf Wilayah mereka… Jika kamu mengatakan mereka adalah pengganti-pengganti Nabi… dan kamu mengambil akidah kamu daripada ajaran mereka dan perkataan-perkataan mereka, maka ia menjadi perkara Munkar yang paling utama yang perlu dicegah. Ini bukan perkataan saya. Ini adalah perkataan Imam al-Sadiq (Selawat ke atasnya). Beri perhatian kepada riwayat al-Majlisi bagi pihak al-Mufeed.
Mohammed bin Sa’aib al-Kalbi berkata: bila Imam al-Sadiq A.S pergi ke Iraq, beliau tiba di Hira’. Abu Hanifa datang dan melewati beliau. Dia bertanyakan banyak soalan. Antara soalan-soalan mereka adalah:
Apakah Ma’ruf? Baginda menjawab: Segala ma’ruf di langit dan dibumi adalah Ali (Selawat ke atasnya)
Maka, sekiranya anda ingin melaksanakan amar ma’ruf, kamu haruslah menganjurkan kepada Wilayah Ali (Selawat ke atasnya).
Abu Hanifa bertanya lagi:
Apakah Munkar? Baginda menjawab: Munkar diwakili oleh dua orang yang merampas hak Ali, mengambil takhtanya dan memaksakan umat untuk mengikuti mereka.
Itu adalah definisi langsung yang tepat oleh Imam kami yang ke-6 (Selawat ke atasnya). Jika anda ingin melaksanakan Nahi Munkar, cegahlah masyarakat daripada Wilayah mereka berdua. Jangan benarkan masyarakat daripada mengikuti Ibni Abi Quhafa dan Ibni Suhak. Mereka adalah landasan Munkar yang paling tinggi.
Sekarang beritahu saya! Siapa yang berkomitmen untuk melakukan kebaikan dan melarang kejahatan? Apakah nisbah mereka dalam komuniti kita? Syiah bergaul dengan semua mazhab kepercayaan di sekitar mereka. Itu adalah perkara yang baik. Para imam kami mengesyorkannya.
Syiah kita damai bagi mereka yang bergaul.
Kami adalah orang-orang yang damai! Kami bergaul dengan orang lain dan hidup berdampingan juga. Pada masa yang sama, seseorang harus selalu ingat bagaimana dia dapat membimbing jiran non-Muslim kepada agama yang benar, misalnya. Setiap daripada kita harus ingat dua soalan berikut:
- Bagaimana saya hendak melaksanakan Amar Makruf dan Nahi Munkar?
- Patutkah saya membiarkan sahaja ataukah saya akan bertanggungjawab sekiranya saya mengabaikan tugas saya?
Malang sekali, kebanyakan syiah hari ini tidak melaksanakan tugas ini, lebih-lebih lagi bahagian yang kedua iaitu Nahi Munkar. Adakalanya, beberapa orang daripada mereka muncul di dalam saluran-saluran TV dan mengajak orang ramai untuk berwilayah kepada Ahlul Bayt (Selawat ke atas mereka). Ia merupakan suatu perkara yang baik. Alhamdulillah, mereka mempunyai keberanian untuk melakukannya! Sekiranya tidak, pasti mereka menderita rasa rendah diri seperti sesetengah daripada mereka pada masa lalu. Pada waktu itu mereka hingga sanggup melupakan tugas mereka mengajak orang lain untuk berwilayah. Mereka mengatakan:
Untuk apa kita harus melakukannya? Lebih baik kita bertaqiyyah!
Terdapat riwayat yang boleh dipercayai dan berwibawa dalam rujukan utama kami, al-Kafi yang melarang daripada menyebut nama-nama seperti Ali dan Fatima (Selawat ke atas mereka) di khalayak umum. Sebagian dari mereka yang memiliki kompleks itu memahami Taqiyyah secara salah. Mereka menafsirkan maksud Taqiyyah secara salah dan tidak dapat mengerti kata-kata Imam al-Sadiq (A.S)
Taqiyyah ada syarat-syaratnya, sekiranya anda tidak menepati syarat-syaratnya.
anda tidak boleh bertaqiyyah dalam semua perkara, sepanjang masa, di setiap tempat tanpa mengambil kira keadaan-keadaannya.
Sebahagian daripada mereka pada masa lalu melarang daripada menggelarkan diri sebagai Syiah, mereka juga beranggapan bahawa perbuatan tersebut bertentangan dengan Taqiyyah! Mereka berkeras bahawa kita perlu berdiam diri, Tiada dakwah dan tabligh (menyampaikan). Alhamdulillah! Perkara sebegini tidak lagi dominan pada masa ini. Kebanyakan syiah tidak percaya dengan perkara sebegini, Alhamdulillah!
Masalahnya adalah pada perkara yang kedua: Nahi munkar! Dimanakah anda dapat cari seseorang yang berani dan cekal yang mengatakan kepada orang lain dengan berhemah dan berani – bukan secara agresif – yang memberitahu mereka “Saya melarang anda daripada berwilayah kepada Abu Bakar dan Omar. Saya menawarkan kepada anda bukti-bukti dan fakta-fakta daripada sumber-sumber rujukan sahih kamu sendiri. Saya boleh membuktikan kepada anda bahawa Wilayah Abu Bakar, Omar dan Aishah adalah dosa yang besar yang akan menyebabkan anda tidak dapat masuk syurga”. Dan bukti-bukti yang ada memang banyak. Mungkin ia sesuatu yang cermat jika kita mula mencatat beberapa bukti sekurang-kurangnya sepuluh. Jika anda rasa sepuluh membebankan, catatlah lima ataupun satu. Tetapi perlu diingat, ia perlulah mudah untuk anda akses! Sekiranya anda memerlukannya dimana-mana, di tempat kerja, di kolej, di pasar atau di luar rumah, ketika anda berbincang dengan seseorang, sediakan kepada mereka dengan sekeras-kerasnya satu bukti. Persiapkan diri anda dan tawarkan kepada mereka serta-merta.
Dia akan berkata kepada anda:
Kenapakah kamu menyuruh saya menolak Aishah? Bukankah dia Ummul Mukmineen?
Anda katakan kepadanya:
Aishah di neraka! Dia akan berkata:
Ya Tuhan! Aisha di neraka! Dia akan bertanya bagaimana dan mengapa. Untuk itu, katakan kepadanya: Rasulullah (SAWA) berkata;
Barangsiapa berbohong atas namaku dan tentang aku, baginya tempat tinggal di neraka!
Dan diriwayatkan di dalam kitab-kitab sahih kamu bahawa Aisha telah berbohong kepada Nabi. Di dalam hadis berkenaan sejenis madu yang dikenali sebagai Magafeer, dan di dalam hadis berkenaan perkahwinan baginda dengan Asma’a Binti Numan dan hadis yang dia sendiri meriwayatkannya di mana dia mengintai Baginda ketika Baginda berada di Baqee’, dia menipu secara terbuka kepada Baginda dan tentangnya dan dia menyatakannya tanpa keraguan. Dengan bukti bahawa Aisha membohongi Nabi, maka dia selayaknya berada di neraka dan anda boleh katakan kepada orang yang berbincang dengan anda tentang Aisha: Dengan itu,
aya melarang kamu untuk mengikuti seseorang yang berada di neraka.”
Biarkan dia bingung, biarkan dia mengkajinya bagi dirinya sendiri. Imam Ali (Selawat ke atasnya) berkata di dalam Nahju al-Balagha;
Jangan jadikan keutamaan bagi dirimu apa yang kamu perolehi dalam kehidupan ini bagi memenuhi keinginan kamu membalas dendam tetapi jadikanlah keutamaan bagi dirimu untuk menghapuskan kebatilan dan menegakkan kebenaran”. Imam Ali (A.S) memuji orang-orang beriman yang berusaha menghapuskan kebatilan dan menegakkan kebenaran.
Jangan jadikan keutamaan bagi dirimu apa yang kamu perolehi dalam kehidupan ini bagi memenuhi keinginan kamu membalas dendam tetapi jadikanlah keutamaan bagi dirimu untuk menghapuskan kebatilan dan menegakkan kebenaran”. Imam Ali (A.S) memuji orang-orang beriman yang berusaha menghapuskan kebatilan dan menegakkan kebenaran.
Abu Bakar, Omar dan Aishah merupakan simbol kebatilan yang paling utama yang harus dilenyapkan. Kita tidak boleh lagi berdiam diri. Kita melihat manusia menjauhkan diri daripada Ahlul Bayt dan pergi kepada musuh-musuh mereka dan kita hanya melihat saja atau terus bersikap acuh tak acuh. Kita perlu melenyapkan kebatilan. Semestinya, menggunakan bukti, fakta dan hujah. Kita tidak menghapuskan kebatilan dengan senjata fizikal, tetapi dengan senjata ilmu, dengan senjata kata-kata dan nasihat yang baik. Dengan senjata-senjata itu kita dapat menghapuskan kebatilan dan mengembalikan kebenaran.
Ingat! Ulama-ulama ‘Sunni’ terpesong dan memesongkan anak-anak kita daripada umat ini yang telah dibohongi daripada wilayah Ahlul Bayt (Selawat ke atas mereka), Mereka tidak memberikan anak-anak mereka ruang walau sedikit pun untuk mengikuti Ahlul Bayt (Selawat ke atas mereka). Mereka mengetahui kebenarannya, mereka mengetahui hak Ahlul Bayt (Selawat ke atas mereka) dalam memimpin umat Islam, sebagaimana yang Allah tetapkan, tetapi mereka menafikannya dan berusaha keras untuk menjauhkan orang lain daripadanya.
Kita perlu mengembalikan kebenarannya! Apakah akan ada masalah? Ya, Semestinya! Ada dikalangan mereka akan meluat pada kata-kata anda bila anda memberitahukan kepada mereka agar menolak penzalim-penzalim tersebut. Lagipun, mereka melabelkan mereka sebagai orang yang paling dipercayai dan paling adil. Anda perlu menjalankan tugas anda. Biarkan mereka membenci kata-kata anda! Tiada masalah!
Al-Mufeed meriwayatkan bahawa Imam Ali (saw) memerintahkan beberapa sahabatnya selepas Perang Jamal untuk pergi ke Basra. Dia memerintahkan mereka mengucapkan kata-kata yang akan dibenci oleh ‘Sunni’. Ini mengajar anda untuk tidak mengatakan:
Saya tidak dapat mengatakan sesuatu yang mungkin membuat mereka kecewa!
Tidak! Biarkan mereka mendengarnya jika itu benar! Sifat orang yang tidak menyukai kebenaran adalah bahawa dia akan membenci apa yang kamu katakan kepadanya. Dia mungkin membenci apa yang kamu katakan pada awalnya, akhirnya, dia mungkin mendapat petunjuk, insya Allah.
Dia (Selawat ke atasnya) berkata:
Tinggalkan mereka yang enggan menyokong saya dan biarkan saja mereka mendengarkan apa yang mereka benci sehingga mereka kembali kepada kami. Kemudian kita akan melihat mereka seperti yang kita mahu melihatnya.
Anda hanya perlu patuh kepada suruhan Amar Makruf dan Nahi Munkar dan anda akan dapati jarang sekali menghadapi masalah. Menurut pengalaman saya, sekiranya anda komited terhadap tugas ini, Allah yang Maha Besar akan memberi kelegaan kepada anda, menyelamatkan anda dan menjaga anda daripada cengkaman musuh-musuh anda dengan cara yang sungguh menakjubkan. Jangan sesekali berfikir bahawa melaksanakan Amar Makruf dan Nahi Munkar akan memendekkan umur anda! Umur anda tidak akan menjadi lebih pendek. Imam Ali (A.S) berkata di dalam Nahjul-Balagha;
Setiap amalan terbaik dan perjuangan pada jalan Allah tidak bernilai berbanding tugas besar melaksanakan Amar Makruf Nahi Munkar
Inilah amalan yang paling besar. Segala amalan lain hanyalah seperti setitik air di dalam lautan yang luas seperti yang dibandingkan oleh Imam Ali (Selawat ke atasnya). Ganjaran bagi anda daripada perbuatan Amal Makruf dan Nahi Munkar adalah seperti lautan. Segala amalan lain dalam kehidupan anda secara perbandingan hanyalah setitis air daripada lautan tersebut. Segala amalan lain yang anda semua rasakan terbaik tidak bernilai dibandingkan Amar Makruf dan Nahi Munkar.
Tidakkah anda berfikir bahawa jika anda komited untuk melaksanakan tugas itu, kematian anda akan semakin hampir? Tidak! Imam Ali (Selawat ke atasnya) memberikan jaminan! Sekiranya Allah menetapkan anda akan hidup selama lapan puluh tahun, anda akan hidup selama itu. Jangan risau. Komited diri anda dengan tugas itu, dan hidup anda tidak akan lebih pendek.
Imam Ali (A.S) berkata;
Amar Makruf dan Nahi Munkar tidak akan mengurangkan harta anda.
Jangan sesekali fikir bahawa wang anda akan habis! Jangan risau! Allah akan menambahkannya untuk anda! Imam Ali (A.S) berkata:
Dan apa yang lebih besar daripada tugas ini adalah berkata benar dihadapan seorang yang zalim
Lontarkan kata-kata anda dihadapan muka penzalim. Keberanian anda terbukti dalam keadaan tersebut. Itulah Amar Makruf yang paling besar. Sekiranya kita melakukannya, nescaya pemimpin-pemimpin yang jahat tidak akan sesekali mampu menguasai kita.
Rasulullah (SAWA) berkata;
Sekiranya kamu tidak melaksanakan Amar Makruf dan Nahi Munkar dan mengikuti kebaikan-kebaikan Ahlul Bayt, orang-orang keji dikalangan kamu akan menguasai kamu. Sekiranya orang yang paling baik dikalangan kamu berdoa kepada Allah sekalipun, doanya tidak akan dikabulkan.
Perkara yang paling penting untuk menjadikan kita orang-orang yang berjaya melaksanakan tugas Nahi Munkar, kita tidak perlu menenggelamkan diri kita dengan Taqiyyah dan seolah-olah ia sudah menjadi penyakit yang parah. Apabila Imam Zaman (A.S) kita zuhur dan meminta sokongan kita, sebahagian orang-orang syiah akan menghampakannya dan menggunakan alasan Taqiyyah untuk itu. Sila berikan perhatian pada hadis oleh Imam al-Sadiq (A.S) yang disebut di dalam Al-Tahtheeb jilid 6, m/s. 172, diriwayatkan oleh Abu Hamza Al Thimali;
Demi Allah! Sekiranya kamu diseru untuk memberikan sokongan kepada kami, kamu akan mengatakan kami tidak akan menyokong kamu, kami lebih selesa dengan Taqiyyah! Dan Taqiyyah akan lebih kamu cintai berbanding ibubapa kamu sendiri dan bila zuhurnya Al-Mahdi, beliau akan merasakan tiada keperluan untuk menagih sokongan kamu semua dan beliau akan menggunakan hukuman yang sesuai ke atas kamu kerana menganggap kamu semua sebagai munafiq
Nasihat terakhir saya kepada mereka yang kini telah sampai pada tahap mempertimbangkan untuk melaksanakan Amar Makruf Nahi Munkar daripada kalangan Syiah agar berpegang teguh dengan kata-kata Imam kita, al-Kadhim (Selawat ke atasnya)
seperti yang tercatat dalam Tuhaf al-U’qool m/s.408 yang berkata; “Ucapkan kebenaran walaupun kamu mungkin binasa kerananya, kerana pada akhirnya kamu akan dapati penyelamatan; dan jangan sesekali mengatakan kepalsuan, walaupun dengan kata-kata itu mungkin dapat menyelamatkan kamu, ia mungkin akan menyebabkan kamu binasa di akhirat
Tuhaf Al U’qool, page 408
Pejabat Syeikh al-Habib