Apakah yang seseorang boleh lakukan untuk bertemu Imam?

Apakah yang seseorang boleh lakukan untuk bertemu Imam?

Apakah yang seseorang boleh lakukan untuk bertemu Imam? 834 469 The Office Of His Eminence Sheikh al-Habib

SOALAN:

Apakah yang seseorang boleh lakukan untuk mendapatkan kebarangkalian bertemu atau mendapatkan peluang bertemu dengan Imam zaman (Selawat ke atasnya)? Adakah apa-apa pelan ibadat yang dapat membantu untuk bertemu dengan Imam zaman, dan adakah ia telah telah diuji ?


JAWAPAN:

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.
Allah limpahkanlah Solawat ke atas Muhammad dan Keluarganya, dan Semoga laknat-Nya ke atas musuh-musuh mereka.

Dalam perbincangan dengan Sheikh al-Habib, sekiranya kamu melakukan perbuatan-perbuatan berikut dengan niat yang tulus, maka InsyaAllah, kamu akan beroleh apa yang kamu hajatkan.

Berpuasa selama 40 hari berturut-turut. Seseorang harus bersahur (hidangan sebelum memulakan puasa) dan Iftar (berbuka puasa) selama 40 hari tersebut hanyalah dengan sayur-sayuran dan buah-buahan. Maka, tidak boleh memakan daging selama 40 hari tetapi pada hari ke 41, hendaklah memakan daging supaya mengelakkan hati seseorang daripada berasa kosong seperti yang dinasihatkan oleh para Imam (Selawat ke atas mereka).

• Melakukan solat malam dengan kerap.

• Membaca Ziarat al Jamia’a dengan kerap.

• Membaca Ziarat Ashoura selama 40 hari pada waktu tertentu dengan 100 Laanat (laknat) dan 100 Salam (ucapan salam) dan dua rakaat solat untuk Ziarah diikuti dengan Dua Alqama sementara menghadap arah Karbala dan berniat ketika membaca doa tersebut.

• Berhenti daripada bercakap perkara dunia dan sia-sia dalam masa 40 hari dan banyak mendiamkan diri serta menjauhkan pandangan mata daripada perkara-perkara yang tidak sepatutnya dilihat.

Membaca Dua al ‘Ahad selama 40 pagi hari. InsyaAllah, kamu akan mendapatkan ganjaran dan berjaya memenangi hadiah paling utama bertemu dengan Imam.

Dan juga, pergi ke Masjid As-Sahla di Kufa dan memohon di dalam doa-doa lazim dan dua supaya dapat bertemu dengan Imam (Selawat ke atasnya) adalah salah satu lagi passport bagi mendapatkan saat yang ditunggu-tunggu untuk bertemu dengan Imam zaman (Selawat ke atasnya).

Pejabat Syeikh al-Habib

The Office Of His Eminence Sheikh al-Habib