SOALAN:
Soalan: Bagaimana untuk menyelesaikan isu ini: Allah (Yang Maha Tinggi) menciptakan seseorang daripada kedua ibubapa yang kafir di Kawasan yang jauh dari orang-orang Muslim dan membesarkannya di dalam suasana yang penuh dengan penyimpangan. Dan pada waktu yang sama, Allah menciptakan seseorang daripada kedua orang ibubapa Muslim dan membesarkannya dalam suasana penuh keIslaman dan beragama. Pada akhirnya, adakah mereka akan dihakimi atas dasar seorang daripada mereka sebagai Muslim dan seorang lagi sebagai seorang Kafir?
Rashed
JAWAPAN:
Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.
Allah limpahkanlah Solawat ke atas Muhammad dan Keluarganya, dan Semoga laknat-Nya ke atas musuh-musuh mereka.
Dilahirkan sebagai bukan Islam dan persekitaran yang tidak percayakan agama tidak ada kena-mengena dengan kemampuan seseorang menggunakan akal dan kebebasannya untuk membuat pilihan. Allah (Maha Tinggi kedudukannya) malah telah mewajibkan mereka yang dilahirkan didalam persekitaran Muslim untuk mendalami agamanya dan doktrin dengan menyelidiki dan mengujinya bukan hanya sekadar mengikuti ibubapa mereka. Maka, seorang Muslim dan bukan Muslim kedua-duanya sama sahaja dalam hal ini.
Allah (Maha Tinggi kedudukannya) tidak akan sesekali menghukum hambanya kecuali setelah didatangkan kepadanya bukti yang jelas. Apabila seseorang yang kafir menolak kebenaran setelah diajak dan setelah ianya dibuktikan dengan jelas kepadanya; dia melakukannya atas dasar pilihannya sendiri, bukan kerana dia dilahirkan sebagai orang bukan Islam dan persekitaran yang kufur. Sesetengah orang dilahirkan dalam persekitaran Muslim, tetapi masih juga mereka kufur dan menjadi Atheist atau sebaliknya. Selain itu, kamu juga harus tahu bahawa seseorang yang memeluk Islam dan berjalan menentang arus persekitarannya dan beramal dengan amalan yang baik; dia mungkin akan diberikan kedudukan dan ganjaran yang lebih tinggi daripada Allah (Maha Tinggi kedudukannya) berbanding seseorang yang dilahirkan dalam persekitaran yang lebih dekat kepada kebenaran.
Dalam kebanyakan kes, sekalipun jika kita menganggap sesetengah orang yang dilahirkan didalam persekitaran bukan Islam dan melakukan kekufuran lalu mati sebagai orang kafir – bukannya menolak kebenaran, atau cuai dalam menerima seruan Islam – tetapi gagal dalam memastikan kebenaran atau kerana kejahilan dan lain-lain; orang sebegitu tidak semestinya akan di hukum pada hari kebangkitan. Allah (Maha Tinggi kedudukannya) sesungguhnya akan memasukkan ramai daripada mereka ke dalam syurga setelah meletakkan ujian yang khas yang dikenakan hanya kepada mereka. Keadilan Allah adalah umum, menyeluruh dan terangkum, dan ia terpakai ke atas semua orang, dan rahmatnya menyeliputi setiap sesuatu, termasuklah orang-orang kafir.
Pejabat Syeikh al-Habib