Bagaimanakah kita dapat menjadi kuat ingatan?

Bagaimanakah kita dapat menjadi kuat ingatan?

Bagaimanakah kita dapat menjadi kuat ingatan? 1920 1080 The Office Of His Eminence Sheikh al-Habib

SOALAN:

Hai, saya menonton satu video dimana Sheikh Yasser Al Habib berkata terdapat seorang wanita mengadu kepada Fatima yang anaknya agak perlahan dalam pembelajaran lalu Fatima menyuruhya memberikan 21 biji atau pil setiap pagi kepada anaknya. Saya tidak dapat mengingati apakah benda itu (nama pila tau biji) dan seorang perempuan yang lain memberikan kepada anaknya setiap hari dan anaknya kembali “menjadi” normal. Ataupun ia mungkin seorang wanita bertanyakan kepada Sheikh bahawa anaknya agak lembab semasa di sekolah, yang mana dia menyuruhnya untuk memberikan 21 pil. Saya tidak dapat ingat apakah nama sebenarnya dan saya ingin mengetahuinya. Terima kasih.

Mohamad Zair


JAWAPAN:

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.
Allah limpahkanlah Solawat ke atas Muhammad dan Keluarganya, dan Semoga laknat-Nya ke atas musuh-musuh mereka.

Untuk membina kesihatan mental yang baik dan ingatan yang kuat, seseorang disyorkan mengkosumpsi 21 kismis setiap hari semasa perut masih kosong. Terdapat juga perkara-perkara lain yang disyorkan. Ia termasuk:

  • Membaca Al-Quran Kareem, khususnya Ayatul Kursi.
  • Mengamalkan solat malam.
  • Berselawat ke atas Muhammad dan Ahlul Baytnya (Selawat ke atas mereka)
  • Berpuasa.
  • Memberus gigi menggunakan Miswak.
  • Memakan madu.
  • Mengambil gula dan Kundur.

Akhir sekali selepas usai setiap solat seseorang boleh membacakan doa ini

عن النبي صلى الله عليه واله وسلم قال يا علي أذا أردت أن تحفظ كل ماتسمع فقل في دبر كل صلاة ( سبحان من لايعتدي على أهل مملكته سبحان من لا ياخذ أهل الأرض بالوان العذاب سبحان الرؤوف الرحيم اللهم أجعل في قلبي نورا وبصرا وفهما وعلما أنك على كل شئ قدير )

Terjemahan:
Daripada Nabi (SAWA) yang berkata kepada Ali (ke atasnya salam)

Sekiranya kamu ingin dapat menghafal apa yang yang telah kamu dengari maka seusai setiap solat (Maha suci Dia yang tidak pernah berbuat zalim ke atas hamba-hamba ciptaannya. Maha suci Dia yang tidak berpilih-pilih dalam menurunkan azab. Maha suci engkau wahai yang Maha Pengasih lagi Maha Mengasihani. Ya Allah berikanku nur, kefahaman, pemahaman dan ilmu ke dalam hatiku. Sesungguhnya engkau mampu melakukan segalanya)

Pejabat Syeikh al-Habib

The Office Of His Eminence Sheikh al-Habib