Bolehkah bukan-Syiah memasuki Syurga?

Bolehkah bukan-Syiah memasuki Syurga?

Bolehkah bukan-Syiah memasuki Syurga? 1920 1080 The Office Of His Eminence Sheikh al-Habib

SOALAN:

Sesetengah mengatakan bahawa tidak ada sesiapa pun yang akan menerima azab api neraka selama-lamanya termasuk Nawasib dan mereka akan berada di dalam neraka untuk ribuan tahun tetapi selepasnya termasuk di dalam rahmat Allah dan menyebabkannya terbebas daripada api neraka kerana rahmat Allah meliputi segala sesuatu. Tolong terangkan isu ini.

Ali


JAWAPAN:

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.
Allah limpahkanlah Solawat ke atas Muhammad dan Keluarganya, dan Semoga laknat-Nya ke atas musuh-musuh mereka.

Kefahaman seperti ini sememangnya menyeleweng, kerana ia memberi galakan kepada ummah untuk terus bergelumang dalam kesesatan dan bersenang-lenang dengan harapan pada akhirnya akan diselamatkan pada hari akhirat. Terdapat riwayat oleh Nabi yang mulia (SAWA) yang menjadi ijma’ berdasarkan kepada kebolehpercayaannya. Ia mengatakan:

Umatku akan terpecah menjadi 73 golongan. Semuanya berada di neraka kecuali satu

Ini membuktikan selain daripada satu golongan ini, semua golongan yang lain yang menisbahkan mereka kepada agama Islam akan dihumban ke dalam api neraka; pengikut-pengikutnya tidak akan mencium haruman syurga sekalipun apatah lagi memasukinya. Alam akhirat adalah kekal. Nasib seseorang adalah sama ada berada di neraka atau syurga, di mana mereka akan kekal hidup selamanya. Walaubagaimana pun,

azab yang bersifat sementara akan berlaku di alam Barzakh di mana orang-orang Syiah yang melakukan dosa-dosa yang besar akan dihukum buat sementara. Pada hari akhirat, walaubagaimana pun orang-orang syiah tersebut yang telah mematuhi aqidah-aqidah Islam yang sebenar tanpa sebarang kecacatan dan kesalahan akan diberikan syafaat Muhammad dan Itrah sucinya (Selawat ke atas mereka semua) dan berkekalan di syurga.

Mereka yang tidak sampai kebenaran kepadanya dan tidak sedar disebabkan kejahilan mereka daripada kalangan penentang-penentang Ahlul-Bayt (Selawat ke atas mereka), akan menjalani ujian semula di akhirat, dan selepas itu sebahagian akan pergi ke Syurga dan sebahagian yang lain ke Neraka.

Pejabat Syeikh al-Habib

The Office Of His Eminence Sheikh al-Habib