Mengapakah orang-orang Syiah memperingati kesyahidan Fatima sebanyak 3 kali?

Mengapakah orang-orang Syiah memperingati kesyahidan Fatima sebanyak 3 kali?

Mengapakah orang-orang Syiah memperingati kesyahidan Fatima sebanyak 3 kali? 1920 1080 The Office Of His Eminence Sheikh al-Habib

SOALAN:

Apakah asal-usul kepada kekeliruan dalam menentukan hari kesyahidan Sayyida Fatima (Selawat ke atasnya)? Apakah sebab yang melatari fakta bahawa Muslim Syiah mengadakan majlis-majlis peringatan hari kesyahidannya lebih daripada satu peristiwa seperti Fatimiyah pertama, Fatimiyah kedua dan Fatimiyah ketiga?


JAWAPAN:

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.
Allah limpahkanlah Solawat ke atas Muhammad dan Keluarganya, dan Semoga laknat-Nya ke atas musuh-musuh mereka.

Asal-usul kekeliruan dalam menetukan hari kesyahidan Sayyidah al-Zahra (Selawat ke atasnya dan semoga jiwa kami terkorban kerananya) adalah disebabkan kepelbagaian riwayat dalam isu ini. Kepelbagaian tersebut adalah perkara biasa dalam menentukan peristiwa sejarah, seperti mana contoh hari kesyahidan Nabi (SAWA) dan hari-hari kelahiran para Imam suci (Selawat ke atas mereka), dan juga tarikh-tarikh kematian musuh-musuh mereka. Isu ini adalah normal, seperti yang kita dapat lihat hatta di dalam kepelbagaian riwayat dalam perundangan Islam mengenai sesuatu perkara.

Walaubagaimana pun, ia tidak bermakna bahawa para Imam (Selawat ke atas mereka) yang meletakkan kepelbagaian ini daripada mereka sendiri kerana perkataan mereka satu – kecuali sekiranya kita dapati mereka terpaksa mengatakannya disebabkan Taqiyya – tetapi sebaliknya realiti terjadinya kepelbagaian ini adalah disebabkan kepelbagaian perawi dan kesusahan yang dihadapi dalam merekodkan hadis-hadis pada waktu itu. Faktor terpaksa menjadi diri yang lain adalah disebabkan kerana tekanan yang dikenakan oleh rejim-rejim yang menghalang hubungan langsung dengan Ahlul-Bayt (Selawat ke atas mereka), sebagai tambahan kepada kelupaan.

Dan juga, tidak ada cara untuk menyelesaikan kontradiksi ini melainkan dengan mengikuti prinsip mendahulukan sebahagian riwayat berbanding riwayat yang lain. Dengan ini, kami bermaksud kajian yang mendalam dilakukan terhadapat beberapa riwayat berbeza yang berkisar tentang sesuatu isu, dan kemudian kitab oleh memilih dsatu daripadanya – atau beberapa daripadanya – dibandingkan dengan yang lain berdasarkan prinsip-prinsip ini dan sebagainya. Inilah yang kami lakukan apabila kami ingin mengisbathkan sesetengah hukum perundangan dan ini juga lah yang kami lakukan apabila melakukan kajian-kajian sejarah dan antara yang terlibat dalam perkara ini adalah isu tentang kesyahidan Sayyidah al-Zahra (Selawat ke atasnya). Berkenaan isu dalam menentukan tarikh kesyahidannya (Selawat ke atasnya), terdapat banyak riwayat yang boleh didapati antaranya:

  1. Ia berlaku pada hari ke-3 bulan Jumada al-Thani. Ini disebutkan di dalam Daa’el al-Imama, Masaar al-Shi’a, Misbaah al-Mutahajjid, Al-Iqbal, Bihar al-Anwar dan lain-lain sumber.
  2. Ia berlaku pada hari ke-20 bulan Jumada al-Thani. Ini disebutkan di dalam Al-Iqbal.
  3. Ia berlaku pada hari ke-3 bulan Ramadhan. Ini disebutkan di dalam Kashf al-Ghumma.
  4. Ia berlaku pada hari ke-21 bulan Rajab. Ini dsibetkan di dalam Misbaah al-Mutahajjid.

Ini adalah apa yang disebutkan dalam penentuan harinya. Walaubagaimana pun, riwayat-riwayat yang lain telah menentukan sela masa yang antara kesyahidan Nabi (SAWA) dan kesyahidan anak perempuannya, Al-Zahra (Selawat ke atasnya). Antaranya adalah:

  1. Jangka masanya adalah 95 hari. Ini dinyatakan di dalam Kashf al-Ghumma.
  2. masanya adalah 75 hari. Ini dinyatakan di dalam Al-Kafi.
  3. Jangka masanya adalah 40 hari. Ini dinyatakan di dalam Al-Ihtijaj.

Dengan menggabungkan kedua-dua kumpulan riwayat, kamu akan dapati hasil tersebut: – Riwayat yang lebih teliti adalah daripada kumpulan pertama iaitu hari kesyahidannya adalah pada hari ke-3 bulan Jumada al-Thani. Ini diriwayatkan oleh Imam al-Sadiq (Selawat ke atasnya) dengan jalur perawi yang diklasifikasikan sebagai ‘Hasan’ (baik), dan Al-Mufid juga mengesahkannya di dalam Masaar al-Shi’a.

Dua riwayat yang pertama (riwayat 1+2) daripada kumpulan kedua yang mengatakan tentang sela masa, pada asalnya adalah satu riwayat kerana perkataan ‘tis’een’ (sembilan puluh) sama dengan perkataan ‘sab’een’ (tujuh puluh) di dalam skriptur Bahasa Arab lama. Walaubagaimana pun, pendekatan bagi masalah yang timbul itu disebabkan para ulama silam membaca menggunakan prinsip lama di dalam periwayatan-periwayatan mereka. Sesetengah mereka percaya kepada termanya adalah ‘tis’een’, dan merekodkannya dengan cara demikian, sementara yang selainnya pula menyangkakan termanya adalah ‘sabe’een’ dan merekodkannya dengan cara sedemikian. Walaupun riwayat itu asalnya satu, sanad periwayatannya diklasifikasikan sebagai ‘Sahih’ (benar) dan ia diriwayatkan oleh Imam al-Sadiq (Selawat ke atasnya). Jadi ia selari dengan riwayat oleh al-Baqir (Selawat ke atasnya) dan riwayat Amirul Mukminin, Imam Ali (Selawat ke atasnya)

Dengan menggunakan riwayat yang lebih teliti daripada kumpulan yang pertama digabungkan bersama dengan riwayat yang lebih baik daripada yang kedua, kami mendapati hasil yang sama, bahawa hari terjadinya kesyahidannya (Selawat ke atasnya) adalah hari ke-3 dalam Jumada al-Thani, kerana itulah tempoh masa yang berlaku antara kesyahidan Nabi (SAWA) dengan kesayahidannya iaitu 95 hari (yang jatuh pada hari ke-3 dalam Jumada al-Thani). Ia berpadanan dengan riwayat yang lebih teliti. Selain itu, inilah yang dikira sebagai yang paling kuat dan paling benar.

Berkenaan riwayat-riwayat yang lain, ia lebih lemah berbanding yang pertama dan tidak ada apa-apa yang mampu menjadi penguat atau memberi kelebihan kepada mereka, dan ia juga kurang teliti dan terdapat kecelaruan di dalam jalur perawinya.

Walaubagaimana pun, tradisi bagi para Syiah yang setia adalah mengaturkan majlis-majlis peringatan untuk al-Zahra al-Batul (Semoga jiwa-jiwa kami terkorban untuknya) lebih daripada satu peristiwa dalam setahun, dan dengan itu, terjadilah Fatimiya pertama, Fatimiya kedua dan Fatimiya ketiga. Orang-orang tersebut dikeranakan cinta mereka terhadap Sayyidah al-Zahra (Selawat ke atasnya), mereka setiasa cuba menjadikan diri mereka sentiasa ingat kepada kesyahidannya dalam mana-mana jua peristiwa, dan dengan itu mereka mengaturkan majlis-majlis yang besar sebegini demi untuknya.

Dengan itu, Fatimiya yang pertama berasal daripada riwayat yang mengatakan sela masa antara kesyahidan Nabi (SAWA) dengan kesyahidannya selama 40 hari iaitu hari ke-8 Rabi’ al-Thani; Fatimiya kedua yang berasal daripada riwayat yang mengatakan sela masa selama 75 hari iaitu pada hari ke-3 Jumada al-Awal dam Fatimiya ke-3 yang berasal daripada riwayat yang mengatakan sela masa selama 95 hari iaitu pada hari ke-3 Jumada al-Thani. Yang terakhir itu lah yang paling tepat dan paling kuat pada pandangan kami dan pandangan sesetengah pengkaji-pengkaji dan ulama-ulama hebat yang lain, dan Allah lebih mengetahui.

Walaubagaimana pun, dalam keadaan apa pun, mengaturkan majlis-majlis yang besar ini untuk mengenang Sayyidah al-Zahra (Selawat ke atasnya) lebih daripada sekali dalam setahun adalah lebih baik daripada mengurangkan peringatannya untuknya dan kezaliman yang telah berlaku kepadanya kepada satu majlis sahaja. Sebaliknya, kita harus melebihkan majlis-majlis sebegini, kerana inilah yang paling sedikit yang mampu kita lakukan demi kestiaan kita kepada Sayyidah kita, pemberi syafaat pada hari pengadilan (Semoga jiwa-jiwa kami dan jiwa-jiwa dunia seluruhnya terkorban hanya demi butiran pasir yang berada di bawah tapak kasutnya).

Pejabat Syeikh al-Habib

The Office Of His Eminence Sheikh al-Habib