Pernahkah Imam al-Sadiq mencela seorang lelaki yang melaknat musuh-musuh Allah secara terbuka?

Pernahkah Imam al-Sadiq mencela seorang lelaki yang melaknat musuh-musuh Allah secara terbuka?

Pernahkah Imam al-Sadiq mencela seorang lelaki yang melaknat musuh-musuh Allah secara terbuka? 1920 1080 The Office Of His Eminence Sheikh al-Habib

SOALAN:

Telah disampaikan kepada Al-Sadiq: “Kami telah melihat seorang lelaki di masjid secara terbuka mengajak orang ramai supaya berlepas diri daripada musuh-musuh kamu dan mencela mereka sekaligus.” Mendengarkan itu, Beliau (Imam al-Sadiq) berkata: “Apa masalah orang ini?! Semoga Allah mencelakannya! Dia telah membawa bencana kepada kami (terlibat dalam membawa bencana kepada kami)!” “Dan jangan kamu mencela sembahan mereka selain daripada Allah

Saya telah melihat satu tulisan daripada ulama yang tersohor di media sosial yang membawakan hadis di atas. Ini membawa kepada kekeliruan dalam isu menyatakan Bara’a secara terbuka -berlepas diri – daripada musuh-musuh Muhammad dan keluarga Muhammad (Selawat ke atas mereka semua)

Bagaimakah status hadis ini? Dengan mengambil kira hadis yang telah dibawakan ini, bagaimana kita secara terbuka dan atas kepatuhan kepada syarak melakukan Bara’a daripada musuh-musuh Allah?


JAWAPAN:

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.
Allah limpahkanlah Solawat ke atas Muhammad dan Keluarganya, dan Semoga laknat-Nya ke atas musuh-musuh mereka.

Yang dihormati Sheikh cenderung tidak mempercayai hadis yang dipetik dengan mengambil kira kesesuaian konteksnya, seperti mana yang telah dijelaskannya dalam jawapan yang lalu. Kami telah cuba mencari sumber hadis ini dan tidak menjumpainya didalam sumber-sumber lain kecuali kitab Al-I’tiqadat fi Deen al-Imamiyaoleh Sheikh al-Sadouq, di dalam bab ‘Al-I’tiqad fil-Taqiyya’ (Kepercayaan tentang Taqiyya). Dalam bab ini, Al-Sheikh-Ul-Aqdam (Sehikh Sadouq) membawakan beberapa riwayat berkenaan masalah ‘Taqiyya’, jadi bagaimana ulama ini (ulama yang muncul di media sosial walaupun kami tidak mengiktirafnya sebagai ulama tetapi individu bodoh atau seorang yang berpura-pura bodoh) boleh menggunakan hadis ini untuk membuktikan andaiannya dalam masa yang sama meninggalkan hadis-hadis yang lain? Kalau dia menyebutkan hadis yang lain – seperti hadis setelah itu – pasti seluruh manhaj ‘Batri’ akan tersungkur dan terbatal!

Al-Sadiq (Selawat keatasnya) berkata:

Aku dapat mendengar seorang lelaki mencaci ku di dalam masjid, jadi, aku berselindung di sebalik tiang agar dia tidak dapat melihatku.” (hadis setelahnya)

Dengan itu untuk kamu fikirkan wahai saudaraku, beritahu kan kepada kami siapakah mereka yang mencaci Imam kita Imam al-Sadiq (Selawat keatasnya) pada zaman kita ini, tidak lupa juga mereka yang cuba membunuhnya?

Imam (Selawat keatasnya) pernah berselindung di belakang tiang supaya tidak terlihat oleh orang-orang yang mencacinya dan ingin membunuhnya! Adakah perkara sebegini berlaku lagi pada zaman kita ini? Jika ‘ulama’ yang kamu sebutkan itu berkata perkara ini tidak berlaku lagi pada zaman kita ini, maka jawablah kepadanya dengan mengatakan inilah juga apa yang dikatakan oleh Sheikh al-Habib. Beliau berkata bahawa syarat-syarat untuk Taqiyya tidak memungkinkannya digunakan pada zaman ini. Sekiranya pula dia menjawab bahawa ia masih wujud, beritahukan kepadanya dimana pula orang-orang yang mencela Imam dan ingin membunuhnya pada zaman ini?

Pejabat Syeikh al-Habib

The Office Of His Eminence Sheikh al-Habib