SOALAN:
Apa yang wujud melalui-Nya, apa yang wujud dengan-Nya
atau sesuatu yang sejalan dengannya.
- Apakah perbezaan antara mereka?
- Berkenaan wahdat al-wujud dan wahdat al-mawjud, itu semua dilarang, betulkah?
- Apakah maksud kedua istilah tersebut?
Dan kedua, bagi mereka yang berpegang kepada Syiah dan mempercayainya,
- apakah yang menantinya dalam kehidupan ini dan sesudah mati?
- Apakah jawapan ringkas yang berguna kepada mereka dengan Bahasa mudah?
- Dan bagaimana kamu berurusan dengan mereka?
JAWAPAN:
Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.
Allah limpahkanlah Solawat ke atas Muhammad dan Keluarganya, dan Semoga laknat-Nya ke atas musuh-musuh mereka.
Apa yang wujud melalui-Nya
i.e apa yang menjadi cabang daripada wujud-Nya.
Apa yang wujud bersama-Nya,
i.e, kewujudan yang dinisbahkan dengan wujud-Nya.
Wahdat al-wujud memberikan implikasi realiti kepada wujud (kewujudan) di dalam setiap mawjudat (benda yang wujud) adalah satu, seperti arus elektrik di dalam lampu.
Wahdat al-mawjud memberikan implikasi bahawa semua benda yang wujud adalah satu.
Kami telah menyebutkan sebelum ini bahawa mereka yang berkata “ke’satu’an didalam wujud’ bukan sahaja terkeluar daripada Syiah, malah terkeluar daripada Islam, dan nasib mereka adalah neraka jahanam. Berkenaan hukum-hukum bagaimana berurusan dengan mereka dalam muamalat, taharah dan najasat, kamu harus merujuk semula kepada al-Sayyid al-Marja. Respon ringkas kepada orang-orang yang terpesong itu adalah apa yang pemimpin kami al-Sadiq (Selawat ke atasnya) katakan:
Allah itu berdiri sendiri daripada makhluk-Nya dan makhluk-Nya adalah berbeza daripada-Nya. Apa-apa yang dinamakan sesuatu adalah makhluk kecuali Allah, Dia-lah pencipta kepada segala sesuatu. Maha suci Dia yang tidak ada sebarang persamaan dan Dia Maha Mendengar dan Maha Mengetahui.
Al-Kafi, Jilid 1, ms. 82
Pejabat Syeikh al-Habib