Produksi Enlightened Kingdom telah mengumumkan pelancaran sinema pertamanya – ‘The Lady of Heaven’. Sebuah kisah drama sejarah tentang perjalanan menyayat hati Sayyida Fatima, anak perempuan Nabi Muhammad.
Filem berdurasi penuh ini adalah yang pertama seumpamanya dalam sejarah perfileman dengan naratif yang unik dan sejarah yang tepat serta kesan visual yang terkehadapan. Ia disokong dengan peruntukan sebanyak 15 juta dollar dan dijangkakan akan menarik tontonan box-office yang besar.
Terpisah 1400 tahun daripada Nabi Muhammad dan Sayyida Fatima, seorang anak di tengah-tengah penguasaan ISIS dan saki-baki perang di Iraq, belajar besarnya kuasa kesabaran. Setelah kehilangan ibunya, anak ini mencari tempat tinggal yang baru, dimana neneknya yang tersayang menceritakan tentang kisah Sayyida Fatima dan bagaimana penderitaannya sebagai mangsa terorisme yang pertama yang bertukar menjadi tidak terbendung pada abad ke 21.
Pengisahan dari segi tradisi Islam, tiada pelakon atau individu yang membawakan watak sebarang sosok suci di dalam filem ini. Dengan menggunakan teknologi terkini dan tercanggih dalam teknologi sinematik, perwatakan personaliti-personaliti suci dilakukan menggunakan sintesis para pelakon yang secara unik, menggunakan kesan dalaman kamera , pencahayaan dan kesan visual.
Filem ini menyampaikan mesej tentang cinta dan kedamaian. Ia adalah seruan untuk paradigma yang lebih baik apabila berdepan dengan pelbagai cabaran. Saya sangat yakin sekiranya kemanusiaan mengikuti setiap jejak langkah wanita ini; kedamaian, keadilan dan kesaksamaan akan bangkit dan membuahkan hasil. Saya berdoa ia akan terjadi.
OFFICIAL TRAILER
BEHIND THE SCENES
For more information visit