Nabi, Seperti Yang Anda Tidak Pernah Ketahui Sebelumnya
Kajian ringkas tentang Nabi, kehidupannya, dan bukti Kenabian.
Baca Lagi
Nabi, Seperti Yang Anda Tidak Pernah Ketahui Sebelumnya
Siri ini mengimbas kepada sebab-sebab mengapa kita mempercayai nabi Muhammad (SAWA) sebagai Rasul yang diutus oleh Tuhan. Pelajari biografi Nabi yang sebenarnya yang memaparkan karakter yang unggul dan tiada tandingan. Pelajari juga mukjizat teragung Nabi iaitu Al-Quran Kareem.
Nada Para Imam
Bagaimana seseorang dapat mengenal pasti sekiranya sememangnya benar Imam yang yang mengatakan sesuatu di dalam riwayat?
Baca Lagi
Nada Para Imam
Satu cara seseorang dapat membiasakan untuk mengenal pasti hadis-hadis dhaif daripada hadis-hadis yang sahih adalah dengan semata-mata berdasarkan kepada Matan (konteks bertulis sesuatu hadis) hatta sebelum melihat kepada jalur riwayat untuk melihat kepada kesahihannya. Sebahagian ulama kita telah sampai kepada tahap yang tinggi sehingga kan orang seperti al-Sayed Al-Burujardi setelah mendengar satu-satu hadis dapat menamakan Imam mana yang meriwayatkan hadis tersebut hanya dengan struktur bahasa riwayatnya. Contoh yang jelas bagi perkara ini adalah seperti apa yang yang dirujuk oleh Nabi (SAWA) apabila merujuk kepada ‘sekian-sekian orang’ dalam ucapannya.
Kisah-kisah Peperangan
Siri yang dipersembahkan pada bulan Ramadan berkenaan siri-siri peperangan yang dihadapi oleh Nabi.
Baca Lagi
Kisah-kisah Peperangan
Sheikh al-Habib memanjangkan lagi tentang etika-etika yang diamalkan oleh Nabi ketika waktu perang dan isu-isu berkenaan harta ghanimah dan pembahagiannya. Siri ini juga menerangkan jenis-jenis Jihad yang berbeza-beza yang disuruh ile agama Islam selain daripada Jihad fizikal yang sering kita ketahui.
Memahami Personaliti Nabi
Malam-malam Muhammadiya – 1432 Hijriah: Pergi lebih dekat dalam memahami personali Nabi al-Akram (SAWA)
Baca Lagi
Memahami Personaliti Nabi
Sheikh al-Habib menaksir bahagian-bahagian lain kehidupan Nabi dan memberikan kepada anda kefahaman yang lebih hebat tentang biografi Baginda.
Memahami Keunggulan-Keunggulan Nabi
Malam-malam Muhammadiya – 1435 Hijriah: Fahami keunggulan-keunggulan Nabi al-Akram (SAWA)
Baca Lagi
Memahami Keunggulan-Keunggulan Nabi
Nabi adalah seorang manusia yang secara berterusan menghadapi banyak kesusahan dalam hidupnya. Meskipun demikian, Baginda sentiasa meminimumkan kemungkinan-kemungkinan untuk sesiapa melakukan merealisasikannya; sebaliknya, baginda sentiasa fokus untuk memudahkan urusan orang lain yang berada dalam kesusahan meskipun Baginda sendiri menanggung kesusahan. Inilah serba-sedikit imbasan Yang berbahagia Sheikh al-Habib diskusikan di dalam siri biografi Nabi ini.
Kebimbangan Dalam Intelektualism
Adakah anda mempunyai persoalan yang bermain di kepala anda tentang perkara ghaib? Maka siri ini adalah untuk anda.
Baca Lagi
Kebimbangan Dalam Intelektualism
Dalam siri ini yang dibuat dalam bentuk temuramah, Hos TV yang merangkap penemuramah, Faez al-Jaboury menjemput Yang berbahagia Sheikh al-Habib untuk berdialog dimana mereka membincangkan topik-topik yang sensitif dan kontemporari berkenaan Tuhan, makhluk, sains dan agama. Sertai mereka untuk memahami pandangan-pandangan mereka berkenaan soalan-soalan doktrinal dan teologikal kontroversi yang relevan dalam zaman kita hari ini.
Zaman Jahiliyah Kedua
Malam-malam Ramadan -1436 Hijriah: Zaman Jahiliyah Kedua. Bagaimana kita boleh sampai ke tahap ini, bagaimana kita keluar daripadanya?
Baca Lagi
Zaman Jahiliyah Kedua
Satu analisis perbandingan antara persamaan-persamaan antara zaman jahiliyah pertama sebelum kelahiran Nabi al-Akram (SAWA) dan zaman jahiliyah kedua yang bermula selepas kesyahidannya. Siri ini juga mempersembahkan kes-kes dimana sebahagian individu diidolakan melebihi Nabi (SAWA) sendiri yang membawa kepada perkataan-perkataan mereka diangkat melebihi perkataan-perkataan Nabi (SAWA).
Rumusan Fiqhiah: Wudu’ Dan Solat
Perkara-perkara Fiqh yang berguna berkaitan solat dan wudu’.
Baca Lagi
Rumusan Fiqhiah: Wudu’ Dan Solat
Pelajari tentang hukum-hukum daripada Ahl-ul-Bayt yang berkaitan dengan pelbagai komponen amalan yang paling penting yang harus dilakukan seorang Muslim iaitu solat. Pelajari apa yang membatalkan solat dan wudu’. Pelajari pelbagai kategori wudu’ dan bila ia perlu dilakukan bergantung kepada situasi.
Sains Kalam
Pelajari tentang anugerah sains di dalam Islam, satu sains yang berdasarkan kepada penghujahan menggunakan akal dan rasional.
Baca Lagi
Sains Kalam
Sheikh al-Habib membincangkan sains kalam. Pelajaran-pelajaran merangkumi mukaddimah kepada makna sains ini dan kenapa ia telah diberikan gelaran ini. Pelajaran-pelajaran juga termasuk perbincangan-perbincangan mengenai batas-batas dan limitasi-limitasi sains kalam dan mekanisme intelektualnya. Akhir sekali, Sheikh mengaplikasikan sains kalam dengan membuktikan kewujudan Sang Maha Pencipta.
Prinsip-Prinsip Perundangan Islam
Pelajari tentang Al-Qur’an al-Kareem, Sunnah al-Sharif, Intelek dan Ijma’
Baca Lagi
Prinsip-Prinsip Perundangan Islam
Para Imam (Selawat ke atasnya) mempunyai peranan yang fundamental dalam pembentukan Ilm-al Fiqh di dalam Islam khususnya pada zaman Imam al-Baqir dan Imam al-Sadiq (Selawat ke atas mereka berdua). Mereka mengajarkannya kepada sahabat-sahabat mereka kaedah dalam membuat deduksi daripada Qur’an dan Sunnah dan bagaimana untuk merujuk kepada Usul (Akar-akar dan Furu’ (Cabang-cabang) agama. Mereka menggunakan dua kaedah:
Yang pertama: Menerangkan kepada sahabat-sahabat mereka hukum-hukum umum dalam membuat deduksi yang mereka telah catatkan. Empat ratus Usul (aka-akar) adalah hasil daripada rekod-rekod bertulis ini dan mewakili sumber asal kepada empat buku Usul (awal) di dalam Syiah iaitu apa yang telah diharapkan oleh para Imam, Selawat ke atas mereka.
Yang kedua: Mengajarkan kepada sahabat-sahabat kaedah-kaedah yang betul dalam menaksir melalui praktis dan aplikasi praktikal. Dengan autoriti Imam Al-Sadiq (Selawat ke atasnya) yang berkata: “Kami persembahkan kepada kamu dengan Usul (akar-akar) dan kamulah yang akan mendirikan Furu’ (Cabang-cabang) nya.
Sebahagian sahabat para Imam (Selawat ke atas mereka) menulis surat-surat yang berteraskan isu-isu yang fundamental. Satu contohnya adalah Hisham ibn al-Hakam, iaitu salah seorang sahabat Imam al-Sadiq (Selawat ke atasnya) yang telah mengarang “Kitab berkaitan makna-makna”. Selainnya adalah Yunus ibn Abdul Rahman, iaitu murid kepada Imam al-Kadhim (Selawat ke atasnya) yang telah mengkompilasikan kitab “Perbezaan-perbezaan antara Hadith dan Isu-isu berkaitan”. Satu kajian yang mengajarkan pembaca tentang bukti-bukti yang bertentangan dan bagaimana untuk memberikan keutamaan bukti yang lebih tinggi daripada bukti yang lain dalam perkara-perkara agama.
Kebangkitan Yang Diperbolehkan
Malam-malam Hussainiya – 1436 Hijriah: Pelajari tentang peranan dan kebolehan untuk melakukan penentangan terhadap pemimpin yang korup.
Baca Lagi
Kebangkitan Yang Diperbolehkan
Kami mendengar daripada para penentang yang menggelarkan diri mereka “Ahlul-Sunnah” bahawa adalah tidak diperbolehkan untuk bangkit menentang seorang pemimpin sekiranya pemimpin itu mendominasi dan berkuasa kepada satu-satu negeri. Ketahui bagaimana mereka boleh berpendapat sedemikian, bagaimana orang-orang yang memerintah menyemai pemikiran tersebut demi kepentingan mereka dan bagaimana idea-idea sedemikian diambil disebabkan oleh ramainya orang yang berkhianat kepada Imam Hussain (Selawat ke atasnya).
Surat Daripada Tuhan
Malam-malam Muhammadiya – 1436 Hijriah: Apakah yang dikatakan oleh Tuhan tentang kesyahidan Nabi (SAWA)
Baca Lagi
Surat Daripada Tuhan
Pelajari tentang surat yang telah diperdengarkan kepada Ahl-ul Bayt Nabi (Selawat ke atas mereka) yang diutus daripada Tuhan. Surat ini yang tidak sering diperkatakan atau secara umumnya diketahui mengandungi perkara yang terdapat banyak kerahsiaan mengenai status Rasulullah (SAWA). Sheikh al-Habib juga menyebutkan ciri-ciri etika Nabi yang sungguh luar biasa seperti melepaskan seseorang yang telah cuba membunuhnya.
Berapakah Anak Perempuan Yang Dimiliki Nabi?
Adakah Fatima (Selawat ke atasnya) satu-satunya anak perempuan Nabi?
Baca Lagi
Berapakah Anak Perempuan Yang Dimiliki Nabi?
Ramai di kalangan individu Syiah mendakwa bahawa Sayyidah Fatima kita merupakan satu-satunya anak perempuan Rasul al-Akram (SAWA). Dakwaan ini akan didiskusikan dan dinafikan. Sheikh mempersembahkan bagaimana pandangan ini berdasarkan kepada kenyataan-kenyataan individu di dalam sejarah yang boleh dipersoalkan dibandingkan dengan apa telah disebutkan oleh para Imam tentang perkara ini.
Pembuktian Kepercayaan Tentang Kemaksuman 12 Imam
Malam-malam Ramadhan – 1437 Hijriah: Pelajari tentang sumber-sumber yang membuktikan 12 Imam kepimpinan ilahiah!
Baca Lagi
Pembuktian Kepercayaan Tentang Kemaksuman 12 Imam
Banyak dakwaan mengatakan bahawa kepercayaan Syiah tentang kemaksuman 12 Imam adalah suatu yang telah diada-adakan oleh orang-orang Syiah dan tidak ada mana-mana bukti di dalam hadith-hadith Nabi. Siri ini menunjukkan bahawa kepercayaan tentang 12 Imam boleh didapati di dalam riwayat-riwayat paling sahih dan Imam terakhir adalah Muhammad ibn al-Hassan (Selawat ke atasnya) sememangnya Imam yang ke dua belas. Ini dibuktikan melalui hadith-hadith yang sahih dan juga pengakuan banyak ulama daripada mazhab penentang.
Pendirian para Imam Terhadap Bara’ah
Malam-malam Hussainiya – 1437 Hijriah: Tahun dan peluang yang lain untuk belajar daripada kesyahidan Imam Hussain (Selawat ke atasnya).
Baca Lagi
Pendirian para Imam Terhadap Bara’ah
Sheikh berbicara tentang pelbagai topik-topik sejarah yang relevan bagi membincangkan tentang kesyahidan Imam Hussain (Selawat ke atasnya). Antara topik yang dibincangkan adalah kisah-kisah para pejuang yang mati kerana secara terbuka menegakkan keimanan mereka. Mereka itu adalah orang-orang yang mendahului kita dan hidup pada zaman para Imam. Apakah yang dikatakan oleh para Imam tentang sikap mereka terang-terangan melakukan Bara’ah terhadap musuh-musuh Ahl-ul-Bayt (Selawat ke atas mereka)? Adakah para Imam memuji mereka atas tindakan tersebut, adakah mereka mengambil sikap neutral atau adakah para Imam menyalahkan mereka?
Orang-Orang Yang Mengikuti Sunnah Atau Orang-Orang Yang Telah Dibohongi?
Setiap orang harus sedar bahawa mereka yang mengikuti Sunnah (tradisi-tradisi Nabi) adalah mereka yang dikenali umum sebagai “Ahlul-Sunnah”.
Baca Lagi
Orang-Orang Yang Mengikuti Sunnah Atau Orang-Orang Yang Telah Dibohongi?
Satu siri yang sememangnya sangat berguna – dengannya, kamu akan dapat menyingkapi banyak contoh-contoh bagaimana ulama-ulama terkemuka mazhab yang menggelarkan diri mereka sebagai “Ahlul-Sunnah”, hanya untuk mengikuti nafsu kebongkakan mereka yang secara langsung menentang sunnah-sunnah Nabi sementara mereka sendiri memperakui kesahihan-kesahihannya.
Ketempangan Dalam Mazhab-Mazhab Yang Terpesong
Menyingkapi bida’ah-bida’ah dalam mazhab “Sunnism”.
Baca Lagi
Ketempangan Dalam Mazhab-Mazhab Yang Terpesong
Sheikh al-Habib mempersembahkan syarahan-syarahan yang berdasarkan kepada perkara-perkara bida’ah yang telah cuba diterapkan ke dalam agama Islam oleh para penentang kita bagi mendukung mazhab mereka yang terpesong. Mengikuti hawa-nafsu dibanding mengikuti intelek merupakan satu sifat yang negatif. Tonton siri ini untuk mengenal pasti orang-orang yang telah melakukan jenayah ini dalam konteks kepercayaan-kepercayaan agama yang telah ditokok-tambah.
Uthman Ibn A’ffan, Sang Penanggung Dosa
Satu siri yang berdasarkan kepada pendedahan sejarah tentang karakter sebenar Uthman ibn A’ffan.
Baca Lagi
Uthman Ibn A’ffan, Sang Penanggung Dosa
Uthman ibn A’ffan karakter yang dikenali di dalam sejarah Islam, juga di julang tinggi oleh pendukung mazhab ‘Sunni’. Tidak peka kecenderungannya yang sebenar, dia sangat diagungkan oleh mazhab ‘Sunni’. Siri ini memberikan pencerahan berkenaan kekejaman-kekejaman yang telah dilakukan oleh Uthman seperti melakukan hukum rejam tidak berlandaskan hukum Islam terhadap wanita yang tidak berdosa!
Pengkhianatan Orang-Orang Ansar Kepada Sayyida Fatima
Malam-malam Fatimiya – 1436 Hijriah: Sheikh al-Habib mengetengahkan peristiwa pengkhianatan yang bersangkutan dengan pembunuhan Sayyida Fatima (Selawat ke atasnya).
Baca Lagi
Pengkhianatan Orang-Orang Ansar Kepada Sayyida Fatima
Orang-orang Ansar (iaitu orang-orang Madinah yang membantu Nabi) berjanji untuk membantu Sayyida Fatima kita (Selawat ke atasnya). Walau bagaimana pun mereka tidak menunaikan janji mereka dan pada akhirnya, berkhianat kepadanya. Sheikh mempersembahkan tiga syarahan untuk mengetengahkan realiti ini dan mengajukan soalan kepada mereka yang mendengarkannya, jalan mana yang akan mereka ambil, jalan orang-orang seperti al-Miqdad atau jalan mereka yang tidak berpihak kepada Sayyidati?
Perjuangan Sejarah Penyelewengan Agama
Malam-malam Ramadan – 1438 Hijriah: Syiah dalam menghadapi penyelewengan dalam agama Islam – Suatu perjuangan bersejarah
Baca Lagi
Perjuangan Sejarah Penyelewengan Agama
Anthropomorphism, mengatakan Nabi-nabi Allah membuat dosa dan mengubah agama Tuhan. Ini adalah antara perkara yang Sunni, Kristian dan fahaman Yahudi telah lakukan malah kitab mereka memperakuinya. Sheikh al-Habib mempersembahkan perjuangan-perjuangan yang ditanggung oleh para pendahulu hingga ke hari ini!
Cahaya Nabi Muhammad
Malam-malam Muhammadi – 1438 AH: Dua khutbah yang menunjukkan sekilas cahaya Nabi Muhammad.
Baca Lagi
Cahaya Nabi Muhammad
Khutbah pertama menjelaskan watak Nabi kita yang luar biasa dan merangkumi kesaksian dari pelbagai individu seperti Voltaire. Khutbah kedua menyoroti kegigihan Nabi saw dalam menyampaikan amanatnya kepada umat manusia walaupun dia sendiri menanggung penderitaan.
Kebencian Abu Bakr Terhadap Ahl-ul-Bayt
Malam-malam Muhassani – 1439 Hijriah: Syarahan-syarahan mengenai musuh Ahl-ul-Bayt, Abu Bakar, dan bacaan syahid Muhassin (Selawat ke atasnya)
Baca Lagi
Kebencian Abu Bakr Terhadap Ahl-ul-Bayt
- Malam 1:: Sebab mengapa Abu Bakar membenci Ahl-ul-Bayt (Selawat ke atas mereka)
- Malam 2: Abu Bakar mengutuk dirinya sendiri
- Malam 3: Maqtal syahid Muhassin (Selawat ke atasnya)
Umat Yang Menyokong Abu Bakr Dan Menindas Fatima
Malam-malam Fatimiya – 1439 Hijriah: Syarahan-syarahan tentang penindasan terhadap Sayyida Fatima (Selawat ke atasnya).
Baca Lagi
Umat Yang Menyokong Abu Bakr Dan Menindas Fatima
- Malam 1: Sayyida Fatima (Selawat ke atasnya) menghadapi Penipu Besar, Abu Bakar.
- Malam 2: Umat yang menyokong Abu Bakar dan anak perempuannya Aisyah, dan menindas Nabi mereka dan anak perempuannya, Fatima (Selawat ke atas mereka).
- Malam 3: Islam mengenakan hukuman mati kepada Abu Bakar.
Kajian Pada Malam Ramadhan
Malam-malam Ramadan – 1439 Hijriah: Ucapan-ucapan yang dipersembahkan oleh Sheikh al-Habib pada malam-malam Ramadan tentang pelbagai topik.
Baca Lagi
Kajian Pada Malam Ramadhan
Siri ini berkaitan dengan pelbagai topik yang merujuk kepada etika Islam, keperluan berpuasa dan lain-lain merujuk kepada peristiwa sejarah dan pertikaian teologi.
Perkara-Perkara Yang Mengitari Pembunuhan Imam Hussain
Malam-malam Hussainiya – 1438 Hijriah: Pelbagai topik berkaitan Imam Hussain (Selawat ke atasnya) dan pertempuran Karbala.
Baca Lagi
Perkara-Perkara Yang Mengitari Pembunuhan Imam Hussain
- Malam 1: Adakah Imam terbunuh dalam abad yang terbaik?
- Malam 2: Manifestasi konfrontasi.
- Malam 3: Tuan dalam memerintahkan yang baik dan melarang yang jahat.
- Malam 4: Kehidupan perkahwinan sesuai dengan pandangan Hussaini.
- Malam 5: Muslim bin Aqeel, betul dalam ucapan dan tindakan.
- Malam 6: Kekuatan Al-Khamis yang menolong dan menyokong Imam.
- Malam 7: Imam antara dua bersaudara. Satu yang benar dan yang tidak benar.
- Malam 8: Jadilah anak muda yang jujur dengan semangat Qassimi.
- Malam 9: Pemberontakan Hussaini terhadap politik menunggang agama.
- Malam 10: Mengapa mereka membunuh Imam?
Keadilan Umar Di Bawah Penelitian
Sesi penyelidikan ini memaparkan sifat sejarah sebenar Umar bin al-Khattab, di mana kenyataannya terbongkar dari sebalik propaganda yang tidak berkesudahan. Para penentang kami selalu merujuk kepada betapa adilnya Umar bin al-Khattab yang sesungguhnya . Laporan yang paling terkenal adalah laporan dari Al-Hurmuzan di mana dia dilaporkan melihat Umar tidur di bawah sebatang pohon dan kemudian berkata: ” Kamu memerintah, kemudian kamu menghakimi dengan adil, maka kamu selamat (dari hukuman Allah) dan kemudian kamu tidur ”. Banyak riwayat seperti itu yang mengarang pembohongan watak Umar dalam buku-buku pihak lawan. Siri ini menjernihkan kekeliruan ini.
Ujian Ilahi Tentang Kepemimpinan Ilahi
Malam-malam Hussainiya – 1434 Hijriah: Siri ini membicarakan bagaimana umat Islam diuji melalui kepemimpinan ilahi.
Baca Lagi
Ujian Ilahi Tentang Kepemimpinan Ilahi
Selama program Muharram ini, Sheikh al-Habib mengemukakan contoh bagaimana umat diuji berdasarkan prinsip kepemimpinan ilahi dan bagaimana hal itu dapat membawa kepada petunjuk atau kesesatan bergantung pada pilihan mereka. Syeikh merujuk kepada contoh yang berbeza di mana sesuatu umat itu benar-benar jatuh ke dalam perangkap. Antara contoh tersebut adalah individu yang ingin menyokong rasuah dengan melabelkan individu yang bukan maksum sebagai maksum.