Adakah Abu Lu’lu’a seorang Majusi?

Adakah Abu Lu’lu’a seorang Majusi?

Adakah Abu Lu’lu’a seorang Majusi? 1920 1080 The Office Of His Eminence Sheikh al-Habib

SOALAN:

Kenapa orang-orang Syiah mencintai Abu Lu’lu’a al-Majusi? Kenapa mereka menyukainya? Meskipun dia bukanlah seorang Muslim tetapi seorang Majusi?

Al-Jazi


JAWAPAN:

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.
Allah limpahkanlah Solawat ke atas Muhammad dan Keluarganya, dan Semoga laknat-Nya ke atas musuh-musuh mereka.

Abu Lu’lu’a al-Nahawandi (Semoga redha Allah ke atasnya) bukanlah seorang Majusi tetapi faktanya, dia adalah seorang Muslim yang beriman dan tohmahan-tohmahan yang dilemparkan terhadapnya oleh pengikut-pengikut Omar yang mengatakan dia seorang Majusi adalah satu fitnah dan penipuan! Cukup untuk membuktikan keimanannya didalam Islam dengan fakta bahawa dia menikam Omar yang terlaknat sementara dia sedang berada di dalam Masjid suci Nabi. Sebahagian riwayat ‘Sunni’ malah menceritakan bahawa dia hanyalah berada beberapa saf didalam barisan orang-orang yang sedang mengerjakat sembahyang. Biarkan ‘Sunni’ terangkan kepada kami bagaimana seorang Majusi musyrik boleh dibenarkan masuk oleh orang-orang Islam ke dalam masjid untuk sama bersolat di dalamnya!? Dan bagaimana pula sebelum itu dia boleh bebas keluar masuk ke dalam masjid sebelum peristiwa ini berlaku seperti ketika dia mengadu kepada Omar untuk mengambil tindakan kepada al-Mughira Ibn Shu’ba ketika sedang berada di dalam masjid?!

Ini bermakna dia adalah seorang Muslim. Jika tidak, dia tidak mungkin akan diizinkan untuk masuk ke dalam orang-orang Islam lain ke dalam masjid. Kenapa mereka sehinggakan boleh mengizinkannya untuk tinggal di kota suci Madinah? Nabi (SAWA) melarang orang-orang kafir untuk tinggal di Madinah dan juga Mekah. Fakta bahawa dia menetap di Madinah pada tahun-tahun tersebut membuktikan dia seorang Muslim.

Selain itu, ulama ‘Sunni’ telah membenarkan fakta bahawa anak perempuannya (Lu’lu’a) merupakan seorang Muslim yang percaya kepada agama Islam seperti yang disebutkan oleh Al-San’ani dalam Musannaf nya, mengatakan:

Kemudian dia (Ubaydullah Ibn Omar) datang kepada anak perempuan Abu Lu’lu’a, seorang budak kecil yang beragama Islam, dan dia membunuhnya. Pada hari itu, kota suci Madinah menjadi gelap bagi penghuni-penghuninya.
Musannaf al-San’ani, Jilid 5, page 479, dan Al-Muhalla, oleh Ibn Hazm, Jilid 11, ms.115, dan lain-lain lagi.

Dengan itu, kita akan dapat tahu bahawa Abu-Lu’lu’a adalah seorang Muslim. Fakta bahawa seorang anak perempuan beragama Islam membuktikan bahawa ayahnya telah mengajarkannya tentang Islam kerana -kebiasaannya- jika seseorang anak kecil memeluk Islam, mereka melakukannya dengan mengikuti agama ibubapa mereka! Dan juga, seluruh penduduk Madinah – termasuklah mereka yang ‘Sunni’ labelkan sebagai ‘Sahaba’ – menerima anak kecil ini sebagai seorang kanak-kanak perempuan Muslim dan kesedihan yang mereka ungkapkan terhadap pembunuhan tanpa belas terhadapnya oleh Ubaydullah Ibn Umar sehinggakan seperti Madinah menjadi gelap bagi penghuni-penghuninya…Semua ini menjadi bukti bahawa ayahnya adalah seorang Muslim. Jika dia seorang musyrik pastilah tidak akan ada orang yang beranggapan anak perempuannya itu seorang Muslim, tidak pula mana-mana orang akan berasa sedih atas kematiannya, tidak juga akan ada orang yang mendesak Ubaydullah Ibn Omar agar dibunuh sebagai qisas atas kezaliman yang dia lakukan kerana seseorang Muslim tidak boleh dihukum bunuh sekiranya dia telah membunuh seorang kafir. Sebagai tambahan, para sejarawan telah mengesahkan bahawa sebahagian yang mereka gelarkan sebagai ‘Sahaba’ telah mendesak Uthman Ibn Affan, untuk melaksanakan hukum bunuh ke atas Ubaydullah Ibn Omar kerana kezalimannya membunuh anak perempuan Abu-Lu’lu’a. Ini hanya mengesahkan bahawa anak perempuan itu seorang Muslim, maka itu bapanya sudah tentulah juga seorang Muslim.

Sila rujuk Tareekh al-Tabari, Jilid 3, ms. 302, dan Tareekh Dimashq, oleh Ibn Asakir, Jilid 38, ms. 68, and others, dimana telah siebutkan bahawa Ali (Selawat ke atasnya) bersama Miqdad (Semoga Allah redha ke atasnya) dan beberapa orang lagi yang mendesak Ubaydullah Ibn Omar dihukum bunuh kerana perbuatannya membunuh tanpa hak yang benar anak perempuan Abu-Lu’lu’a (Semoga redha Allah ke atas mereka berdua).

Telah diriwayatkan oleh Ahlul-Bayt (Selawat ke atas mereka) yang memohon Allah merahmati Abi- Lu’lu’a (Semoga Allah redha kepadanya) serta mereka telah memberikan berita gembira dengan ganjaran syurga kerana dia telah membunuh Omar (Laknat Allah ke atasnya) bagi membalas dendam anak perempuan Rasulullah, Fatima al-Zahra (Salam dan selawat Allah ke atasnya) yang telah dibunuh oleh Omar ketika dia bersama-sama segerombolan yang lain menyerangnya dan menyebabkan tulang rusuknya patah dan menyebabkan dia kehilangan anak didalam kandungannya, Al-Muhassin (Selawat ke atasnya), dan memukulnya dengan cemeti, dan menendangnya, dan menampar mukanya, dan memukul bahagian tepi badannya dengan sarung pedangnya dengan cara yang kasar dan tidak berperikemanusiaan bagi memaksa dia dan suaminya berbaiat kepada sahabatnya, Abu Bakr (Laknat Allah ke atasnya).

Atas sebab ini lah, kami menghormati Abu Lu’lu’a Fairouz al-Nahawandi (Semoga redha Allah ke atasnya) seorang muslim yang pemberani.

Pejabat Syeikh al-Habib

The Office Of His Eminence Sheikh al-Habib