Adakah dibolehkan berkahwin dengan perempuan Kristian?

Adakah dibolehkan berkahwin dengan perempuan Kristian?

Adakah dibolehkan berkahwin dengan perempuan Kristian? 1920 1080 The Office Of His Eminence Sheikh al-Habib

SOALAN:

  1. Adakah dibolehkan seorang Muslim Syiah berkahwin dengan perempuan Kristian?
  2. Dan sekiranya dia mengahwininya, adakah menjadi kewajiban baginya untuk menjadikannya Muslim dan menyuruhnya memakai hijab?
  3. Dan jika dia enggan, adakah menjadi dosa bagi suaminya?

JAWAPAN:

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.
Allah limpahkanlah Solawat ke atas Muhammad dan Keluarganya, dan Semoga laknat-Nya ke atas musuh-musuh mereka.

ia dibolehkan untuk mengahwini wanita Ahli Kitab seperti Kristian, Yahudi dan menurut sesetengah yang lain Majusi atau wanita ‘Sunni’. Tidak menjadi kewajiban bagi suami untuk menjadikannya Muslim atau memakai hijab. Ia juga tidak menjadi suatu dosa sekiranya dia sendiri yang berdegil untuk tidak memakainya. Ya, sememangnya suami perlu membimbingnya kepada agama yang benar dan membimbingnya untuk cenderung kepada Hijab dan hukum-hukum Islam yang lain.

Sekiranya isteri tersebut daripada kalangan Ahli Kitab, maka dia dikira dari segi kemaslahatan sebagai najis bersandarkan kepada hukum ihtiyat menurut Sayed Sadiq Shirazi. Justeru, sesorang perlulah mengambil langkah berhati-hati untuk mengelakkan daripada terkena najis daripadanya atau perlulah menyucikan diri dengan selayaknya sekiranya tersentuh sebelum melakukan amalan-amalan ibadat yang memerlukan seseorang menyucikan diri sebelum melaksanakannya seperti solat.

Juga perlu untuk berhati-hati daripada apa-apa makanan yang disediakan wanita tersebut yang boleh menjadikkannya najis sebagai contoh renjisan air atau apa-apa yang lain.

Pejabat Syeikh al-Habib

The Office Of His Eminence Sheikh al-Habib