Adakah kita boleh meminta langsung daripada Imam Ali?

Adakah kita boleh meminta langsung daripada Imam Ali?

Adakah kita boleh meminta langsung daripada Imam Ali? 1920 1080 The Office Of His Eminence Sheikh al-Habib

SOALAN:

Adakah kita boleh berkata ‘Ya Ali kayakan lah aku’ atau ‘sembuhkan lah aku’? Atau, perlukah kita mengubah frasanya kepada:

Ya Allah! Aku memohon kepada Mu dengan hak Amirul Mukminin supaya engkau mengkayakan aku atau menyembuhkan aku? atau kepada frasa: “Ya Amirul Mukminin! Syafaatilah aku dihadapan Allah supaya Allah mengkayakan aku?”

Dan adakah benar bahawa doa merupakan satu bentuk ibadah? Jika begitu, adakah berdoa kepada selain Allah itu dibolehkan? Dan apakah perbezaan Tawasul yang kita orang-orang Syiah lakukan dengan berdoa selain daripada Allah?


JAWAPAN:

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.
Allah limpahkanlah Solawat ke atas Muhammad dan Keluarganya, dan Semoga laknat-Nya ke atas musuh-musuh mereka.

Kedua-dua pernyataan ini adalam secara Islami nya betul dengan I’tiqad bahawa pengkayaan oleh Amirul Mukminin sebagai contoh, hanya boleh berlaku dengan keizinan Allah (Maha Tinggi kedudukannya). Dan dengan autoriti tertinggi yang Allah kurniakan kepadanya, maka ia betul apabila kita mengatakan

Ya Amirul Mukminin! kayakan dan sembuhkanlah aku dengan izin daripada Allah.

Dan dua sememangnya adalah bentuk ibadah; Tawassul adalah bentuk ibadah seperti mana Allah (Maha Tinggi kedudukannya) menganjurkannya di dalam Al-Quran:

Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kepada Allah, dan carilah wasilah untuk sampai kepadanya, dan berjuang lah pada jalan-Nya, supaya kamu beroleh kejayaan.
(Qur’an 5:36)

Manakala, berdoa kepada selain daripada Allah (Maha Tinggi kedudukan-Nya), maka, ini adalah satu bentuk syirik bukannya ibadah (kepada Allah). Dan dengan itu, perbezaan kedua-dua keadaan tersebut sudah dijelaskan kepada kamu.

Pejabat Syeikh al-Habib

The Office Of His Eminence Sheikh al-Habib