SOALAN:
Katakan sekiranya saya bersetuju dengan kamu dalam isu berkaitan isteri Nabi, Aisha; ia sebenar seperti yang kamu gambarkan di dalam ucapan-ucapan kamu. Walaupun demikian, tidakkah patut kita bertanya diri kita sendiri:
- Bagaimanakah Rasulullah memperlakukan individu ini, Aisha?
- Adakah Rasululah mencelanya, menghinanya, melaknatnya dan memberikan gelaran-gelaran seperti yang kamu berikan?
- Adakah Rasulullah menghakimi Aisha seperti yang kamu lakukan?
- Adakah dia mengatakan dia adalah setan, kafir, sundal dan tergantung dari kakinya di dalam api neraka daripada atas ke bawah sambil memakan bangkai, dan sebagainya?
Bukankah Nabi yang mulia merupakan contoh tauladan bagaimana melayan setiap orang dan setiap benda?
Al-Quran mengatakan:
Sesungguhnya, terdapat contoh tauladan yang baik dalam diri Rasulullah bagi mereka yang mengharap kepada Allah dan hari akhirat
Qur’an 33:22
Pada hari ini Aku telah menyempurnakan agamamu dan telah aku penuhi nikmatku ke atas kamu, dan redha bagi kamu Islam sebagai agama
Qur’an 5:4
Dan barang siapa yang memilih agama selain daripada Islam, tidak akan diterima daripadanya, dan pada hari akhirat kelak, di kalangan orang-orang yang rugi.
Qur’an 3:86
JAWAPAN:
Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.
Allah limpahkanlah Solawat ke atas Muhammad dan Keluarganya, dan Semoga laknat-Nya ke atas musuh-musuh mereka.
Perkataan “Humaira” itu sendiri, yang digunakan oleh Rasulullah (SAWA) rujukan kepada Aisha, adalah satu perkataan yang menyinggung dengan tujuan untuk meremehkan. Ia membawa maksud bahawa dia sering mengalami haid yang berpanjangan. Itulah sebabnya dia pernah berkata kepadanya:
Wahai orang yang merah kedua belah kakinya!
Demikian terdapat di dalam bidalan Arab:
Perempuan yang paling buruk adalah Humaira yang sering mengalami Haid yang banyak.
Rasulullah (SAWA) seringkali menghina Aisha dan meletakkan ciri-ciri tertentu yang membolehkan orang lain berhati-hati daripadanya. Bukhari meriwayatkan berikut dengan autoriti Abdullah Ibn Omar, Ibn al-Khattab, yang berkata:
Nabi (SAW) bangun untuk berbicara dan menunjukkan arah rumah Aisha dan berkata: ‘Di sinilah akan terjadi fitnah! Di sinilah akan terjadi fitnah! Di sinilah akan terjadi fitnah!…’ – tiga kali…’dimana akan munculnya tanduk setan!
Sahih al-Bukhari, Jilid 4, ms.100
Di dalam riwayat yang lain daripada Muslim, dia (Abdullah Ibn Omaar) berkata:
Rasulullah keluar daripada rumah Aisha lalu berkata: ‘Punca kekufuran dari sini, dimana akan munculnya tanduk setan!
Sahih Muslim, Jilid 2, ms. 560
Ahmad Bin Hanbal meriwayatkan dengan autoriti Ibnu Omar yang berkata:
“Rasulullah (SAW) keluar dari rumah Aisha lalu dia berkata:Punca kekufuran bermula dari sini, dimana tanduk syaitan akan muncul!’
Musnad Ahmad,Jilid 2, ms. 23
Rasulullah (SAWA) pernah menitipkan doa terhadapnya – seperti diriwayatkan oleh Ahmad Ibn Hanbal – seperti ketika dia cuai dengan hasil rampasan perang:
Kenapa dengan kamu? Semoga Allah memotong kedua tangan kamu!
Musnad Ahmad, Jilid 6, ms. 54
Selain itu, Rasulullah (SAWA) menafikan bahawa dia seorang yang beriman, seperti riwayat yang di bawakan oleh Al-Tabarani dengan jalur periwayatan yang sahih:
Nabi (SAW) masuk bersama-sama dengan Abu Bakr, dan Rasulullah (SAW) berkata: ‘Wahai Aisha, bawakan kami makanan.’ Dia berkata: ‘Demi Allah, kita tiada makanan.’ Dia berkata lagi: “Bawakan kami makanan.” Dia berkata: Demi Allah, kita tiada makanan.” Dia berkata lagi: “Bawakan kami makanan”. Dia berkata: ‘Demi Allah, kita tiada makanan.’ Melihatkan itu, Abu Bakr berkata: ‘Wahai Rasulullah, seorang wanita beriman tidak akan sesekali bersumpah mengatakan dia tiada sesuatu sedangkan dia memilikinya.’ Kemudian Rasulullah (SAW) berkata: ‘Jadi bagaimana kamu tahu jika dia seorang yang beriman atau bukan?! Perumpamaan wanita beriman di kalangan wanita-wanita yang lain adalah seperti burung gagak yang sangat putih dalam kumpulan burung-burung gagak (yang lain). Sesungguhnya, api neraka diciptakan untuk orang-orang yang bodoh. Orang-orang wanita adalah bodoh kecualilah mereka yang adil yang seumpama lampu yang menerangi.
Musnad al-Shamiyeen, oleh Al-Tabarani, Jilid 4, ms. 91
Rasulullah (SAWA) juga pernah sekali memukulnya yang menyebabkannya berasa sakit setelah dia keluar mengintainya pada waktu malam. Muslim melaporkan bahawa Aisha berkata berikut berkenaan insiden itu:
Kemudian dia menumbukku di bahagian dada yang menyakitiku!
Sahih Muslim, Jilid 3, ms. 64
Sekarang sudah hampir jelas kepada kamu bahawa untuk mencontohi Rasulullah (SAWA) kita harus mendiamkan dan memukulnya sama seperti yang dilakukan Baginda. Ini berdasarkan bukti-bukti yang sah yang membenarkan dan menjustifikasikan perbuatan-perbuatan kami terhadapnya.
Pejabat Syeikh al-Habib