Apakah pendapat kamu tentang riwayat-riwayat yang menganjurkan bahawa dibolehkan bersolat dibelakang para penentang, taqiyyah dan menghina musuh-musuh Allah?

Apakah pendapat kamu tentang riwayat-riwayat yang menganjurkan bahawa dibolehkan bersolat dibelakang para penentang, taqiyyah dan menghina musuh-musuh Allah?

Apakah pendapat kamu tentang riwayat-riwayat yang menganjurkan bahawa dibolehkan bersolat dibelakang para penentang, taqiyyah dan menghina musuh-musuh Allah? 1920 1080 The Office Of His Eminence Sheikh al-Habib

SOALAN:

Saya mempunyai beberapa soalan berkaitan Penyatuan Islam dan berberapa topik yang lain.

Apakah autentisiti hadis ini daripada Imam al-Sadiq (Selawat ke atasnya) :

Sesiapa yang bersolat dibelakang mereka seperti mereka yang bersolat dibelakang Rasulullah (SAWA) dalam saf yang perta,a.”

Dan di dalam riwayat yang lain pula:

Seseorang yang bersolat dibelakang mereka dalam saf yang pertama sama seperti mereka yang menghunus pedang di jalan Allah.

Hadis ini seringkali diulang-ulang oleh para ulama yang menganjurkan perpaduan antara ‘Sunni’ dan Syiah dan saya tidak meyakininya, dan sekiranya hadis ini sahih, kenapa pula Imam Ja’far al-Sadiq (Selawat ke atasnya) menyuruh kita bersolat dibelakang para pembunuh Ahlul-Bayt (Selawat ke atas mereka)? Saya ingin yang dihormati Sheikh untuk menerangkannya.

Adakah perpaduan wajib menurut hadis ini?

Sekadar untuk pengetahuan anda, saya menentang metodologi kamu.

adakah riwayat daripada Imam al-Sadiq (Selawat ke atasnya) ini sahih?

Seseorang yang tidak mengamalkan taqiyya tidak ada agama padanya

3.Adakah riwayat ini sahih? Saya telah bertanyakan beebrapa ulama dan mereka meragui kesahihan hadis ini, dengan mengatakan Rasulullah (SAWA) tidak mengarahkan kita untuk menghina dan mentohmah para musuh, jadi bagaimana kita dapat memberikan respon kepada mereka?

Daripada Abi Abdillah (Selawat ke atasnya), yang dia berkata: “Rasulullah (SAWA) berkata: “Apabila kamu mendapati orang-orang yang meragukan dan melakukan bidaah selepasku, tunjukkan pelepasan diri daripada mereka, dan tingkatkan penghinaan kamu kepada mereka, dan berikan penentangan kepada mereka, dan bawakan bukti-bukti bagi menyanggah mereka, supaya mereka tidak tamak dalam membawa kerosakan kepada Islam. Kamu harus memberikan amaran kepada orang lain tentang mereka supaya mereka tidak terjebak dalam bida’ah yang mereka lakukan. Allah akan menuliskan untuk kamu pahala yang banyak untuk ini dan meningkatkan darjat kamu dalam kehidupan yang akan datang.

4. Yang dihormati sheikh menyebutkan bahawa Sayed Musa al-Sadr berada dalam posisi kebangkitan, saya perlukan penjelasan, dan adakah apa-apa persamaan antara Sayed Musa al-Sadr dengan al-Syahid, Sayed Hassan al-Shirazi (Semoga Allah merahmatinya), di dalam arena politik dan sosial?


JAWAPAN:

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.
Allah limpahkanlah Solawat ke atas Muhammad dan Keluarganya, dan Semoga laknat-Nya ke atas musuh-musuh mereka.

1.Sheikh mengatakan ia adalah riwayat yang signifikan. Sheikh juga menyatakan bahawa apa yang terdapat dalam riwayat-riwayat yang menyebutkan tentang merit bersolat dibelakang para penentang, adalah dengan tujuan menjaga mukmin Syiah dalam situasi pada ketika itu, dimana Syiah mungkin akan mendapat kecelakaan sekiranya mereka tidak bersolat bersama-sama mereka. Sekiranya orang-orang Syiah tidak bersolat bersama mereka, mereka kemungkinan akan dibunuh atau dihukum.Dalam keadaan hari ini dimana tidak ada lagi risiko sedemikian, adalah dibolehkan untuk bersolat dibelakang mereka. Ia juga boleh jadi haram sekiranya ia melibatkan perkara lain, seperti merosakkan aqidah Syiah, ia hanya dibenarkan untuk bersolat dibelakang para penentang dalam keadaan taqiyya. Melakukan demikian bagi tujuan “Perpaduan Islam” tidak lain hanyalah satu perkara bida’ah yang tidak mempunyai asas daripada ajaran Ahlul Bayt Nabi (Selawat ke atas mereka).

Sekiranya orang-orang ini mempunyai ilmu, mereka paling tidak akan sedar nama bagi bab di dalam Wasa’il al-Shia’: (Bab disyorkan bersolat secara berjemaah dibelakang para penentang dengan tujuan taqiyya), jadi ia tidak dibolehkan untuk meniru mereka kecuali bagi tujuan taqiyya barulah ia disyorkan untuk bersolat dibelakang mereka. Namun pada hari ini, dimana tidak ada lagi risiko, ia adalah dilarang. Apa yang para pelaku bida’ah ini akan lakukan sekiranya mereka melihat dengan jelas riwayat-riwayat yang jelas melarang untuk bersolat dibelakang para penentang, malah dibelakang para penentang yang cenderung kepada Amirul Mukminin (Selawat ke atasnya) sekalipun!? Sheikh al-Tusi meriwayatkan daripada Isma’il al-Ju’fi yang bertanyakan) tentang seseorang yang cenderung kepada Amirul Mukminin (Selawat ke atasnya) berbanding musuh-musuhnya tetapi tidak berlepas diri daripada mereka, maka Imam al-Baqir (Selawat ke atasnya) berkata:

Dia adalah seorang yang keliru, dan juga seorang musuh, jadi jangan sesekali bersolat dibelakangnya dan jangan menghormatinya, kecuali dalam keadaan taqiyya
Tadhib al-Ahkam, Jilid 3, ms. 38

2. Sheikh mengatakan ia adalah riwayat yang signifikan.

3. Sheikh mengatakan ia adalah riwayat yang signifikan dan tidak ada sebarang isu untuk menghina sesiapa yang melakukan bida’ah dan menyimpang daripada agama bagi tujuan memberikan amaran kepada orang ramai daripada mereka. Allah yang Maha Besar mengatakan:

Maka bandingannya seperti seekor anjing
Qur’an 7:176

dan

dan “seperti keldai
Qur’an 62:5

dan

Kejam, malah anak haram pula”
Qur’an 68:13

dan

“Maka tercenganglah orang kafir itu
Qur’an 2:258

yang memberi maksud agar dia diberikan bukti-bukti dan menjadikannya terbungkam, menjadikannya bingung dan tidak dapat menjawab.

4. Sheikh tidak melihat adanya keperluan untuk menjelaskan lebih panjang, dan Allah adalah sebaik-baik penjaga.

Pejabat Syeikh al-Habib

The Office Of His Eminence Sheikh al-Habib