Adakah Tatbir halal?

Adakah Tatbir halal?

Adakah Tatbir halal? 400 400 The Office Of His Eminence Sheikh al-Habib

SOALAN:

Adakah melakukan Tatbir, iaitu ritual mengeluarkan darah pada hari ‘Ashura halal?


JAWAPAN:

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.
Allah limpahkanlah Solawat ke atas Muhammad dan Keluarganya, dan Semoga laknat-Nya ke atas musuh-musuh mereka.

Melakukan ‘Tatbir’ secara sendirinya bukan sahaja secara syara’ nya halal malah dianjurkan secara perubatan. Mengeluarkan darah daripada kepala adalah satu bentuk ‘Hijama’ (mengeluarkan darah atau berbekam); sebagai satu amalan yang dianjurkan oleh Nabi yang suci (SAWA). Dia menyifatkannya sebagai saru bentuk terapi pencegahan untuk mencegah penyakit-penyakit seperti thrombosis – sesuatu yang telah dibuktikan secara perubatan.

Ia juga dilaporkan di dalam sumber-sumber ‘Sunni’:

Ibn ‘Umar melaporkan bahawa Nabi pernah berbekam di kepalanya dan menamakan tempat di sudut atas kepalanya ‘Umm Mugheeth,’ iaitu “sang penyelamat.
al-Mu’jam al-Awsat, oleh al-Tabarani, Jilid 8, ms. 16

Maka itu, melakukan Tatbir adalah perbuatan terpuji, dan sekiranya ia dilakukan untuk meniru Sayyidul Syuhada (Selawat ke atasnya) dalam tumpahan darahnya dan merasai kesakitannya, ia sangat dianjurkan dan menerima ganjaran yang besar.

Pejabat Syeikh al-Habib

The Office Of His Eminence Sheikh al-Habib