Apakah kedudukan Bilal Bin Rabah?

Apakah kedudukan Bilal Bin Rabah?

Apakah kedudukan Bilal Bin Rabah? 1920 1080 The Office Of His Eminence Sheikh al-Habib

SOALAN:

Apakah realiti Bilal Bin Rabah? Adakah dia salah seorang yang bersahabat dengan Ahlul-Bayt (Semoga solawat ke atas mereka)? Kami tidak mendengar dia terlibat bersama-sama dengan para Imam di dalam pertempuran menentang orang-orang kafir?

Abdullah al-Imami al-Ihsa’i


JAWAPAN:

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.
Allah limpahkanlah Solawat ke atas Muhammad dan Keluarganya, dan Semoga laknat-Nya ke atas musuh-musuh mereka.

Ia mungkin agak sukar untuk mengesahkan dia adalah seorang syiah yang jujur dengan kedudukan yang tinggi seperti Salman, Miqdad dan Ammar; kerana dengan mengikuti kesudahan hidupnya, dia tidaklah demikian. Walaubagaimana pun, kami masih tetap mempunyai riwyat-riwayat yang memujinya, antaranya seperti yang diriwayatkan oleh Imam al-Sadiq (Selawat ke atasnya) yang berkata:

Bilal adalah hamba yang benar, sementara Suhayb adalah hamba yang jahat yang pernah menangisi Omar.
Bihar al-Anwar, oleh Al-Majlisi, Jilid 22, ms. 142, dengan autoriti oleh Al-Kashi.

Berdasarkan hadis ini dan yang seumpamanya, boleh dikatakan berkenaan dirinya sebagai orang yang bersahabat dengan Ahlul-Bayt (Selawat ke atas mereka), dalam erti kata yang dimaksudkan oleh para Imam maksum (Selawat Allah ke atas mereka). Inilah yang mungkin penjelasan yang paling hampir. Sebahagian mengatakan bahawa dia tidak membaiat Abu Bakr (Semoga laknat Allah ke atasnya) dan pergi ke Syam sebagai menyatakan penentangan kepada orang-orang di Saqifah. Walaubagaimana pun, dakwaan ini tidak memungkinkan ia sebagai benar – dengan mengambil kira bahawa ia tidak berdasarkan laporan-laporan sejarah yang boleh dipercayai, lagi pun ia bukanlah pendapat yang diterima secara meluas dikalangan ulama-ulama kita – dengan itu kami tidak dapat mengesahkan isu ini atau bergantung kepadanya.

Tentang mengapa dia tidak terlibat berjihad Bersama-sama Amirul Mukminin (Semoga Allah melimpahkan selawat ke atasnya), ia adalah kerana dia meninggal dunia sebelum daripada Amirul Mukminin (Selawat ke atasnya) pergi ke medan Jihad.

Pejabat Syeikh al-Habib

The Office Of His Eminence Sheikh al-Habib