Bilakah tahun Islam bermula?

Bilakah tahun Islam bermula?

Bilakah tahun Islam bermula? 1920 1080 The Office Of His Eminence Sheikh al-Habib

SOALAN:

Kami berharap Sheikh yang dihormati dapat menjelaskan dengan lebih lanjut berkenaan tarikh sebenar Tahun Islam Hijri dan dapat memberikan bukti-bukti daripada sejarah.

Al-Fatimi.


JAWAPAN:

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.
Allah limpahkanlah Solawat ke atas Muhammad dan Keluarganya, dan Semoga laknat-Nya ke atas musuh-musuh mereka.

Permulaan tahun Islam dikira bermula hijrah Nabi yang mulia (SAWA). Tidak ada sebarang perselisihan fakta bahawa penghijrahan Nabi berlaku pada bulan Rabi’ul-Awwal. Baginda (SAWA) sendiri yang mengarahkan Tahun Baru Islam ditulis bermula dari tarikh ini. Para sahabat mengikuti arahan ini sehinggalah era Omar si penzalim, Ibn al-Khattab (Laknat Allah ke atasnya), dimana dia mengubah tarikh Tahun Baru Islam dan mengembalikan tarikh Tahun Baru Islam seperti sebelumnya sperti mana ia pernah digunakan ketika zaman Jahiliyah iaitu pada bulan Muharram.

Al-Hakem meriwayatkan daripada Al-Zuhri yang meriwayatkan:

Apabila Nabi (SAW) sampai ke Madinah, Baginda memerintahkan orang-orang untuk merekodkan permulaan tahun baru, maka ia ditulis pada Rabi’ul-Awwal.
Fath’ul-Bari oleh Ibn Hajar al-Asqalani, Jilid 7, ms.207

Al-Asma’I berkata:

Mereka merekodkan permulaan tahun baru pada Rabi’ul-Awwal, bulan penghijrahan.
Al-l’lan bit-Tawbeekh oleh Sakhawi, ms.78

Al-Sahib Ibn Ubad, berkata:

Baginda memasuki Madinah pada Isnin setelah dua belas hari berlalu daripada Rabi’ul-Awwal. Tahun bermula daripada kiraan peristiwa itu dan kemudian ia dikembalikan ke bulan Muharram.
Unwan-ul-Ma’arid oleh Sahib, ms.11

Al-Qastalani berkata:

Dia (Nabi-SAW) mengarahkan tahun itu direkodkan dan ia dituliskan bermula tarikh Hijrah. Dikatakan bahawa Omar yang pertama yang merekodkannya dan menjadikan ia bermula pada Muharram.
Al-Mawahib-ul-Ladunniya oleh al-Qatalani, Jilid 1, ms.67

Ibn Shahr-Ashoub berkata:

Al-Tabari dan Mujahid berkata di dalam Kitab Tarikh mereka nbahawa Omar Ibn al-Khattab mengumpulkan orang-orang dan bertanyakan pendapat mereka hari apakah patut mereka rekodkan (sebagai hari pertama Tahun Islam). Ali (Selawat ke atasnya) berkata: ‘Hari ketika Rasulullah (SAWA) berhijrah dan meninggalkan orang-orang musyrik.’ Ia seolah-olah dia berkata bahawa mereka tidak patut membuat perkara bida’ah dan merekodkan tarikh yang sama sebagaimana pernah direkodkan pada era Rasulullah (SAWA) kerana apabila Nabi (SAWA) memasuki Madinah pada bulan Rabi;ul-Awwal, Baginda memerintahkan supaya Tahun Baru Islam direkodkan dan orang-orang kemudiannya merekodkan setiap bulan dan setiap dua bulan sehinggalah setahun berlalu. Kedua-dua kitab Tarikh menuliskan perkara ini dengan autoriti Ibn Shihab.
Al-Manaqib oleh Ibn Shahr-Ashoub, Jilid 1, ms.338

Dengan asas ini, kita dapat tahu bahawa Tahun Islam Mohammadiyan bermula pada bulan Rabi’ul-Awwal. Bagi tahun bida’ah al-jahiliyan al-Omari, ia bermula pada Muharram. Seseorang boleh menggunakan kaedah kira-kira dan mendapat tahu tarikh-tarikh dalam Tahun Islam, dan kita akan mendapati kita sekarang berada dalam bulan Safar, tahun 1430 bukannya 1431. Ia kerana kita merekodkan Tahun Baru Islam adalah bermula pada bulan Rabi’ul-Awwal.

Pejabat Syeikh al-Habib

The Office Of His Eminence Sheikh al-Habib