Mengapakah Abu Bakar dan Umar menerima Islam sedangkan Islam lemah pada waktu itu?

Mengapakah Abu Bakar dan Umar menerima Islam sedangkan Islam lemah pada waktu itu?

Mengapakah Abu Bakar dan Umar menerima Islam sedangkan Islam lemah pada waktu itu? 1920 1080 The Office Of His Eminence Sheikh al-Habib

SOALAN:

Tidak ada perselisihan tentang fakta bahawa Abu Bakar dan Umar telah dihentam oleh Ahl al-Bayt dan antara orang-orang yang murtad. Walaubagaimana pun, soalan saya adalah: sekiranya dua orang ini sangat jahat, kenapakah mereka memeluk agama Islam? Dan seperti yang kamu tahu, ketika Islam baru berkembang sebagai satu agama, ia sangat lemah dan tidak berdaya dan mempunyai kekuatan.

Hussein al-Uradi


JAWAPAN:

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.
Allah limpahkanlah Solawat ke atas Muhammad dan Keluarganya, dan Semoga laknat-Nya ke atas musuh-musuh mereka.

Sheikh telah menjawab soalan tersebut dalam siri syarahan yang bertajuk ‘Bagaimanakah Islam diselewengkan?’ dimana dia telah berkata bahawa mereka menerima Islam kerana ketamakan setelah mereka diberitakan oleh pandita-pendita Yahudi dan Nasrani tentang kemunculan seorang Nabi bernama ‘Mohammad’ (SAWA) di Mekah, mempunyai ciri-ciri ‘sekian dan sekian’ dan dia akan menguasai bangsa Arab dan Parsi. Lalu mereka menerima Islam kerana ketamakan dengan harapan mereka akan berjaya menduduki kepemimpinan dan memiliki tanah-tanah.

Inilah jawapan yang diberikan oleh Imam kita, Sahibul Zaman (Selawat ke atasnya) ketika dia ditanyakan dengan soalan ini. Dia berkata:

Mereka menerima Islam kerana ketamakan, dan kerana mereka pernah berteman dengan orang-orang Yahudi dan telah diberitakan tentang kemunculan Mohammad (SAWA) dan dia akan menguasai bangsa Arab seperti yang tercatat didalam Taurat dan kitab-kitab suci dan epic-epik berkenaan kisah Mohammad (SAWA). Mereka (Orang-orang Yahudi) pernah berkata kepada mereka: penguasaannya ke atas bangsa Arab sama seperti penguasaan Nebuchadnezzar ke atas Bani Israel kecuali dia (Mohammad) mendakwa sebagai seorang Nabi, walaubagaimana pun dia (Nebuchadnezzar) bukanlah seorang Nabi sama sekali. Mendengarkan itu, apabila berita tentang Rasul Allah ini semakin menjadi ketara, mereka menolongnya dengan testimoni ‘Tiada Tuhan selain Allah, dan Mohammad itu Pesuruh Alah’ atas dasar ketamakan dengan harapan mereka akan menduduki takhta kepemimpinan atas sesetengah negeri dengan kepimpinannya sekiranya ia berlaku seperti yang diinginkan, situasinya mengizinkan dan kepemimpinannya benar-benar berlaku.
Al-Ihtijaj, oleh Al-Tabarsi, Jilid 2, ms. 275

Selain itu, Sheikh juga mengatakan begini di dalam jawapannya untuk soalan yang lain:

Sekiranya mereka (Sunni) ragu-ragu dakwaan bahawa Abu Bakr berhubungan dengan pendita-pendita Yahudi dan Nasrani, ia sememangnya telah dilaporkan di dalam sumber-sumber kita, kami bawakan kepada mereka bukti berikut daripada sumber-sumber mereka, yang meriwayatkan tentang Abu Bakr pernah bermusafir bersama dengan konvoi pedagang – di mana Rasulullah (SAWA) juga berada sama – menuju ke Syam. Setelah mereka berhenti, Nabi duduk di bawah teduhan sebatang pokok tamar dan Abu Bakr pergi kepada seorang pendita untuk bertanyakan tentang urusan agama, dimana pendita itu bertanyakan kepadanya:

Siapakah gerangan orang yang duduk di bawah teduhan pokok tamar itu?’ Abu Bakr berkata: ‘Dia adalah Mohammad Ibn Abdullah Ibn Abdul-Muttalib,’ Mendengarkan itu, pendita itu lalu berkata: ‘Demi Allah, dia adalah seorang Nabi! Tidak ada orang yang pernah berteduh di bawahnya kecuali Isa Ibn Mariam, selain Mohammad, Rasul Allah!’ Serta-merta, keyakinan dan iman masuk ke dalam hati Abu Bakr. Dan apabila Rasulullah telah diberikan Kenabian sedang dia berumur empat puluh tahun, dan Abu Bakr berumur tiga puluh lapan tahun, dia menerima Islam dan beriman kepada Rasulullah.
Asbab-ul-Nuzoul, oleh Al-Wahidi al-Nisabouri, ms. 255, dan Kanz-ul-Ummal, oleh Al-Muttaqi al-Hindi, Jilid 12, ms. 506, dan banyak lagi.

Silakan menonton siri syarahan yang bertajuk ‘Bagaimanakah Islam diselewengkan?’

Pejabat Syeikh al-Habib

The Office Of His Eminence Sheikh al-Habib