SOALAN:
Apakah bukti bahawa Abu Bakr dan Omar dan Uthman pernah cuba membunuh Nabi (SAWA) ketika melintasi lerengan bukit?
Abdul-Aziz Hussain
JAWAPAN:
Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.
Allah limpahkanlah Solawat ke atas Muhammad dan Keluarganya, dan Semoga laknat-Nya ke atas musuh-musuh mereka.
Insiden ini telah disebutkan di dalam banyak sumber termasuklah yang dilaporkan oleh Al-Haythami di dalam Majma’ul-Zawa’id:
Rasulullah (SAW) telah bergerak untuk peperangan Tabouk, dan semasa dalam perjalanan, dia melalui lerengan bukit. Kemudian dia mengarahkan jurucakap, yang berkata (bagi pihaknya): ‘Jangan ada sesiapa yang melalui lereng ini kerana Rasulullah (SAW) akan melaluinya.’ Rasulullah (SAW) lantas melaluinya sementara Huzaifa menjadi jurupandu jalan dan Ammar Bin Yasir pula sedang mengawal untanya. Kemudian sekumpulan orang yang menutupi muka mendatangi unta-unta yang sedang ditunggangi dan mendekati Nabi (SAW). Pada masa itu, Ammar berhenti dan menepuk-nepuk muka unta-unta dan Nabi (SAW) berkata kepada Huzaifa: “Jalan!Jalan! Lalu, Ammar pun menurutinya. Baginda pun berkata lagi: ‘Kawal (unta ini)! Kawal’ lalu dia membuatkan unta itu melutut.
Kemudian Baginda berkata kepada Ammar:
Adakah kamu kenal orang-orang ini?’ Dia berkata: ‘Tidak, muka-muka mereka bertutup dan aku dapat mengecam kesemua unta-unta itu.’ Baginda berkata lagi: ‘Adakah kamu tahu apakah niat yang mereka ingin lakukan kepada Rasulullah (SAW)?’ Aku berkata: ‘Allah dan Rasul-Nya lebih mengetahui.’ Baginda berkata: ‘Mereka ingin menakut-nakutkan (unta) Rasulullah (SAW) supaya Baginda terjatuh dari curam.’ Pada satu ketika terjadi perkelahian kecil antara Ammar dan seseorang daripada mereka dalam satu keributan yang terjadi di dalam masyarakat. Dia berkata: Katakan kepadaku demi Allah, berapa ramai orang dalam peristiwa melintasi bukit (ashabul Aqabah) yang ingin membunuh Rasulullah (SAW)?’ Dia (Ammar) berkata: ‘Kami tahu kesemuanya empat belas orang.’ Dia berkata: ‘Jika kamu juga termasuk sekali, ia menjadi lima belas, dan Ammar mengucapkan kesaksian terdapat dua belas orang yang menjadi Hizb-ul-Allah dan Rasul-Nya di dunia dan juga hari akhirat.’ Ini juga diriwayatkan oleh Al-Tabarani di dalam Mu’jam-ul-Kabeer, dan kesemua perawinya adalah dipercayai.
Majma’ul-Zawa’id, oleh Al-Haythami, Jilid 1, ms. 110
Sunni meriwayatkan insiden ini dengan autoriti salah seorang perawinya yang terkemuka iaitu Waleed Ibn Jamee’. Ibn Hazm berkata berikut tentangnya:
Dia telah meriwayatkan sebahagian riwayat yang mengatakan Abu Bakr, Omar, Uthman, Talha dan Saad Bin Abi-Waqqas (Semoga redha Allah ke atas mereka) mahu membunuh Nabi (SAW) dan menjatuhkannya dari lereng bukit di Tabouk.
Al-Muhalla, oleh Ibn Hazm, Jilid 11, ms. 224
Sangat tidak bernasib baik, laporan-laporan ini dan riwayat-riwayatnya telah hilang, kerana Sunni menyorokkannya supaya dapat menghalang berhala-berhala mereka daripada didedahkan. Ibn Hazm membaca riwayat-riwayat ini tetapi tidak mencatatnya sama sekali malah, dia mengkritik Waleed Ibn Jamee’ dan menyebutkan bahawa dia seorang yang tidak dapat dipercayai. Walaubagaimana pun, kritikannya terhadap Waleed Ibn Jamee’ tidak memberi sebarang kelebihan kepadanya kerana orang ini telah meriwayatkan banyak hadis yang telah dilaporkan oleh Muslim di dalam Sahihnya, Al-Bayhaqi di dalam Sunan, Ahmad Bin Hanbal di dalam Musnad, Ibn Abi-Shayba di dalam Musannaf dan banyak lagi. Lagipun, Ibn Habban mengesahkan dia sebagai seorang yang adil dan Tsiqat dan dia juga mendoakan Allah redha ke atasnya. Al-Dhahabi juga mengesahkannya sebagai Tsiqat dan dapat dipercayai, dengan itu riwayat-riwayatnya diterima oleh ilmuan-ilmuan mazhab Sunni ini.
Pejabat Syeikh al-Habib