Will I be resurrected as a Jew or Christian if I don’t perform Hajj?

Will I be resurrected as a Jew or Christian if I don’t perform Hajj?

Will I be resurrected as a Jew or Christian if I don’t perform Hajj? 1600 1067 The Office Of His Eminence Sheikh al-Habib

SOALAN:

Jika seseorang mati sebelum dapat menunaikan Haji, adakah benar bahawa mereka akan dibangkitkan pada hari pengadilan sebagai seorang Nasrani atau seorang Yahudi? Dan bagaimana jika seseorang mati dan tidak dapat menunaikan Haji?


JAWAPAN:

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.
Allah limpahkanlah Solawat ke atas Muhammad dan Keluarganya, dan Semoga laknat-Nya ke atas musuh-musuh mereka.

Tidak ada dosa sekiranya seseorang yang tidak dapat menunaikan Haji, dan mereka akan dibangkitkan sebagai seorang Musim sekiranya syarat-syarat yang mewajibkan Haji tidak terpenuhi oleh mereka.

Mereka yang dengan sengaja mengabaikan atau melengah-lengahkan fardu Haji dan mati dengan tidak pernah menunaikannya akan dibangkitkan dan dihadapkan pada hari akhirat sebagai seorang Yahudi atau seorang Nasrani. Telah diriwayatkan oleh Rasulullah (SAWA) berkata:

‘Seseorang yang melengah-lengahkan Haji sehingga dia mati, Allah akan membangkitkannya pada hari Kiamat sebagai seorang Yahudi atau seorang Nasrani
Wasa’el al-Shi’a, oleh Al-Horr al-Amili, Jilid 11, ms. 32

Hadis berikut daripada Imam al-Sadiq (Selawat ke atasnya) mencirikan keadaan-keadaan yang boleh mengecualikan seseorang Muslim daripada menunaikan Haji:

Seseorang yang mati dan tidak menunaikan Haji Islam – selagi mana dia tidak dihalang daripada menunaikannya dikeranakan perkara-perkara yang menghalanginya, sakit yang tidak dapat ditanggungnya, atau pemerintah yang menghalanginya daripada menunaikannya – maka dia akan mati sebagai seorang Yahudi atau Nasrani.’.
Ibid. Jilid 11, ms. 30

Pejabat Syeikh al-Habib

The Office Of His Eminence Sheikh al-Habib