5 Prinsip Sheikh Untuk Perpaduan Islam

5 Prinsip Sheikh Untuk Perpaduan Islam

5 Prinsip Sheikh Untuk Perpaduan Islam 834 469 The Office Of His Eminence Sheikh al-Habib

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.
Allah limpahkanlah Solawat ke atas Muhammad dan Keluarganya, dan Semoga laknat-Nya ke atas musuh-musuh mereka.

Dalam jawapan bagi soalan yang ditujukan kepadanya dari Maghribi semasa program perhimpunan yang disiarkan secara siaran langsung, Sheikh al-Habib menyampaikan pandangannya dalam menyatukan umat Islam dan menyimpulkan kata-kata mereka dengan mematuhi lima prinsip praktikal yang disebutkannya, yang mana mewakili kerangka penyelamatan untuk umat Islam jika ia berusaha untuk bersatu dalam satu suara, menyatukan diri mereka dan menyatupadukan barisan mereka.

Berikut adalah ringkasan prinsip-prinsip ini:

1. Jaminan kebebasan berfikir dan kebebasan bersuara:

Sekiranya kita benar-benar berusaha untuk bersatu hati, kita mesti, pertama dan awal sekali, menjamin kepada setiap pihak kebebasan berfikir, agar tidak berlaku zalim atau membungkam suara orang ramai. Dengan cara ini, setiap orang mempunyai kebebasan untuk menyampaikan ideanya di meja penyelidikan. Lebih-lebih lagi, dia harus memiliki kebebasan bersuara mengenai apa yang berada dalam kotak fikirannya dan berkaitan dengan doktrin dan mazhabnya agar berlakunya wacana positif antara dua pihak yang bertentangan ini demi mencapai kata yang sama.

Dengan cara ini, tidak boleh berlaku seseorang dapat menaiki mimbar di masjid dan memberikan ucapan di mana seseorang memuji Aisya – misalnya – sebaliknya, mencegah pihak lawan naik ke mimbar dan mengkritik watak Aisya dan menyatakan pandangan yang berbeza. Ini bertentangan dengan kebebasan berfikir dan kebebasan bersuara.

Oleh itu, seseorang harus menerima kepelbagaian ideologi, hakikat bahawa umat Islam berbeza pandangan mengenai watak-watak ini dan ia bukan hanya ada satu pendapat mengenai mereka. Tidak mungkin perpaduan dapat dicapai selagi mana ada halangan kepada kebebasan bagi pihak yang lain.

2. Kejujuran dan berterus-terang, bukan cakap berlapik atau menjaga hati:

Sekiranya kita berusaha untuk bersatu dan bersama, awal sekali, kita harus bersikap jujur ​​antara satu sama lain. Oleh itu, ketika duduk di meja perbincangan dan dialog, pihak lawan harus bersikap jujur ​​antara satu sama lain, di mana masing-masing jujur ​​dalam menyatakan apa yang dia percayai.

Jika ia dimulai dengan sanjungan, sopan santun, cakap berlapik dan kata-kata manis, itu tidak akan membuat pihak lawan sampai kepada kesimpulan. Ini kerana sepatutnya pihak-pihak yang ingin bersama, mesti membincangkan perkara-perkara yang dipertikaikan tanpa menjaga hati, dan kemudian mencapai kata yang sama.

Apa yang dibahas bersama dalam persidangan semacam ini untuk mendekatkan mazhab Muslim, adalah mereka tidak membincangkan perkara-perkara yang dipertikaikan, sebaliknya membincangkan perkara-perkara picisan! Oleh itu, kita tidak melihat kesan sebenar daripadanya kepada umat Islam.

3. Untuk mencari kebenaran, bukan siapa yang menang:

Apa yang berlaku dalam kebanyakan perbincangan dan perdebatan ideologi adalah dengan tujuan untuk mengalahkan pihak lawan apa cara sekalipun, bukannya untuk mencari dan menegakkan kebenaran.

4. Kerjasama dalam persamaan nasional, domestik dan sivil, dan tidak membenarkan perselisihan agama menjadi alasan boikot:

Mereka yang ingin bersama mesti saling menerima alasan dalam perselisihan agama jika mereka tidak mencapai kata sepakat, dan mereka harus bersama dalam persamaan umum yang praktikal untuk membina masyarakat dan negara dan tidak membiarkan perselisihan itu menjadi alasan untuk memboikot.

Allah (Yang Maha Tinggi) berfirman:

Bagimu, hanyalah sebagai seorang pemberi peringatan, bukanlah kamu berkuasa ke atas mereka
Al-Qur’an 88: 22-23

5. Persamaan hak dan kewajipan:

Sama seperti bagaimana mazhab ‘Sunni’ mempunyai hak untuk mendirikan masjid yang sesuai dengan doktrinnya, demikian juga, bagi mazhab Syiah mempunyai hak untuk mendirikan masjid yang sesuai dengan doktrinnya. Begitu juga dengan semua hak dan kewajiban yang lain, sehingga setiap orang merasakan persamaan dan keadilan, di mana kasih sayang dan persaudaraan menjadi reda di antara mereka.

Pejabat Syeikh al-Habib

The Office Of His Eminence Sheikh al-Habib