SOALAN:
Baik, Sheikh, kamu semua mengatakan bahawa Imam Ali tidak membunuh Omar setelah dia mencemar maruah rumah, isteri dan anak-anaknya hanya kerana Rasulullah mengarahkannya untuk bersabar. Biar saya berterus-terang, kata-kata seperti itu langsung tidak meyakinkan bagi semua orang yang bersikap neutral. Sudah menjadi kewajipan bagi setiap orang yang beriman untuk mempertahankan maruah rumah dan keluarganya, dan sekiranya dia mati dalam melakukan ini, dia akan meninggal dunia sebagai seorang yang mati shahid. Jadi, bagaimana kamu boleh mengatakan bahwa Rasulullah mengarahkan Ali untuk bersabar terhadap seorang yang mencemarkan maruah rumah, keluarga dan anak-anaknya?! Adakah mana-mana orang yang rasional yang mengatakan sebegini?!
Seorang Muslim yang bermaruah pasti akan membunuh Omar sekiranya kejadian begitu berlaku kepadanya, lebih-lebih lagi setelah Omar membunuh Mohsin – seperti yang kamu dakwakan – Jadi, bagaimana Rasulullah boleh melarang Ali daripada melakukan tanggungjawab yang wajib dilakukan olehnya?! Demi Allah, tolong jelaskan kepada saya, Sheikh!
Selain itu, kamu sendiri yang mengatakan Imam Ali seorang yang gagah dan sangat bertenaga dan boleh saja membunuh seluruh musuh-musuhnya walaupun berseorangan! Jadi, kenapakah dia tidak berbuat demikian?! Bukankah Allah berkata:
Berperanglah pada jalan Allah; engkau tidak diberatkan melainkan apa yang menjadi urusanmu sendiri, dan serulah orang-orang beriman, Allah akan menghalang serangan orang-orang kafir itu. Sesungguhnya, Allah sangat besar kekuatannya dan sangat keras azab seksanya.
Qur’an 4:85
Ini bermaksud dia tidak menjadi seperti dirinya yang sebenar.
Jadi mengapakah dia patut menunggu sehingga cukup jumlah 40 lelaki yang diperlukan – seperti dakwaan kamu – jika benar dia sendiri sudah cukup untuk menjalankan keadilan?! Dan juga, bukankah hal mempertahankan Ahlul-Bayt suatu kewajipan itu tidak lah sama dengan urusan kekhalifahan?
Katakan lah sekiranya saya bersetuju bahawa Rasulullah mengarahkannya agar berdiam diri dalam isu khalifah kerana dia harus menunggu sampai orang-orang menyokongnya – dengan sekurang-kurangnya 40 orang lelaki (walaupun saya tidak tahu kenapa mesti 40 orang dan saya juga tidak tahu apa-apa bukti yang memperincikan jumlah itu)…Tetapi bukankah hal berkaitan mempertahankan isteri, dan juga maruah rumah dan anak-anaknya, perkara yang tidak ada kena-mengena langsung dengan hal kekhalifahan?! Bukankah dia wajib mempertahankan rumah, isteri dan keluarganya sekalipun ia boleh membawa kepada kematiannya?!
Sekiranya kita bersetuju ia nampak logik bahawa dia berdiam diri dalam urusan kekhalifahan sehinggalah orang-orang bergegas kepadanya untuk menawarkan sokongan…jadi beritahukan saya, bagaimana pula ia boleh jadi logik yang dia tidak menunjukkan sebarang reaksi atas perlecehan maruah rumah dan juga maruah Fatima dan anak-anaknya?! Adakah menjadi kewajipan seorang Muslim menunggu sehingga datangnya 40 orang lelaki sebelum dia diizinkan untuk mempertahankan ahli rumahnya?! Adakah mana-mana orang yang rasional akan berkata demikian?! Saya berharap kamu dapat memberikan saya jawapan yang secukupnya.
Sunni.
JAWAPAN:
Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.
Allah limpahkanlah Solawat ke atas Muhammad dan Keluarganya, dan Semoga laknat-Nya ke atas musuh-musuh mereka.
Kami mempunyai dua jawapan kepada soalan-soalan yang kamu tanyakan di dalam surat kamu. Satu daripadanya berbentuk kritikal dan satu lagi berbentuk analitikal.
Bagi jawapan yang kritikal: Apa yang berlaku pada ketika serangan Bakri Omari terhadap rumah Ali dan Al-Zahra (Selawat ke atas mereka dan keluarga mereka) juga berlaku pada ketika rumah Uthman dan isterinya, Na’ila ketika mana orang-orang Islam memecah masuk danbangkit menentangnya. Kamu sendiri yang meriwayatkan di dalam sumber-sumber kamu bahawa Uthman sedikit pun tidak mengangkat walau satu jari pun dan dia tidak pula melindungi dirinya atau isteri-isteri dan keluarganya – ini berdasarkan tuduhan kamu bahawa Rasulullah (SAWA) mengarahkannya untuk mengambil sikap berdiam diri. Jadi kenapa bila ianya tentang Uthman, perkara itu boleh jadi logik pula dan dapat diterima tetapi bila ia tentang Ali (Selawat ke atasnya), kamu menolak?!
Ibn al-Athir meriwayatakan berikut berkenaan serangan ke atas rumah Uthman:
Ketika mereka melihatnya, mereka bergegas menuju ke pintu dan tidak ada seorang pun yang menghalangi mereka daripada sampai kepadanya. Pintu bertutup dan mereka tidak dapat memasukinya, jadi mereka pun membawakan api lalu membakarnya bersama-sama sedikit atap kecil di atas pintu. Orang-orang di dalam rumah bangkit sementara Uthman sedang bersolat dan ketika itu sedang mulai membaca Surah Taha. Apa yang dia dengari (daripada luar rumah) tidak membuatkannya berganjak (daripada apa yang sedang dia lakukan), bacaannya sedikit pun tidak terganggu dan tidak juga tersekat-sekat. Ketika dia selesai, dia duduk di sebelah Qur’an untuk membacanya. Dia membaca:
Mereka yang dikatakan orang-orang: Sesungguhnya orang-orang telah berkumpul untuk menentang kamu, maka hendaklah kamu berasa gerun terhadap mereka.’ Tetapi ini hanya menambahkan iman mereka, dan mereka berkata:
Cukuplah Allah bagi kami, Dialah sebaik-baik penolong. Qur’an 3:174
Lalu dia berkata kepada orang-orang yang bersama dengannya di dalam rumah: “Rasulullah (SAW) telah mengambil perjanjian daripadaku dan untuk itu aku akan bersabar. Orang-orang itu tidak hanya membakar pintu rumah malah ada sesuatu yang lebih besar daripada itu yang mereka inginkan. Aku tidak mahu sesiapa pun terbunuh atau terlibat dalam pergelutan.
Al-Kamil fil-Tareekh, oleh Ibn al-Athir, Jilid 2, ms. 17
Ibn Khaldoun meriwayatkan:
Sejurus itu juga orang-orang bodoh masuk kepadanya. Salah seorang daripada mereka memukulnya, lantas Na’ila rebah di pangkuannya dan dia menggunakan tangannya untuk menahan dirinya daripada terkena pukulan-pukulan itu. Salah satu pukulan daripada tetakan pedang seseorang mengenai jari-jarinya (Na’ila), kemudian mereka pun membunuhnya dan darah pun mengalir di atas Al-Quran.
Tareekh Ibn Khaldoun, Jilid 2, ms. 150
Ibnu Kathir meriwayatkan:
Al-Ghafiqi Ibn Harb, meluru ke arahnya selepas Mohammad Bin Abu Bakr, dan dia memukulnya menggunakan seketul besi ke mulutnya dan menyepak Qur’an yang berada di tengah-tengah kedua tangannya menggunakan kaki. Sejurus kemudian, Qur’an terpelanting dan sekali lagi jatuh dalam genggaman Uthman (Semoga redha Allah ke atasnya) dan darahnya mula mengalir. Ketika itu Sawdan Ibn Hamran baru sahaja ingin menyerangnya dengan pedang dan Na’ila cuba untuk menghalangnya, maka dia menetak jari-jarinya dan dia (Na’ila) pun lari daripadanya. Kemudian dia memukul bahagian punggungnya (Na’ila) dengan tangannya dan berkata: ‘Dia memiliki punggung yang besar!” Kemudian dia memukul Uthman dan membunuhnya.
Al-Bidaya wal-Nihaya, oleh Ibn Katheer, Jilid 7, ms. 210
Al-Tabari meriwayatkan:
Sawdan Ibn Hamran, datang untuk memukulnya, sejurus itu Na’ila Binti Farafisa, pergi mendapatkannya dan menggunakan kedua tangannya untuk melindungi dirinya daripada pedang. Kemudian dia dengan sengaja memukulnya dan menetak sehingga melukakan jari-jarinya sambil melarikan diri dan dia menggenggam dengan jari-jemari punggungnya dan berkata: ‘Dia memiliki punggung yang besar!’ Kemudian dia memukul Uthman dan membunuhnya.
Tareekh al-Tabari, Jilid 2, ms. 676
Dengan itu, kamu dapat melihat bagaimana Uthman membiarkan penyerang-penyerangnya untuk membakar pintu rumahnya, memecah masuk ke dalam rumahnya dan mencemari kesucian isterinya, sehinggakan memotong jari-jarinya. Selain itu, salah seorang daripada mereka menyentuh punggungnya dan menghinanya, berkata:
Dia memiliki punggung yang besar!
Uthman masih juga berdiam diri seolah-olah ada burung-burung yang sedang bertenggek di atas kepalanya, dan dia tidak berbuat apa-apa untuk melindungi dirinya dan maruahnya! Alasan yang dia berikan untuk tidak berbuat demikian adalah:
Rasulullah (SAW) telah mengambil perjanjian daripada ku dan untuk itu aku akan bersabar.
Seseorang tidak boleh mengatakan: ‘Serangan ke atas rumahnya terjadi dalam keadaan tiba-tiba dan Uthman tidak sedar apa yang sedang berlaku. Jika dia tahu, sudah tentu dia akan berhadapan dengan penyerang-penyerangnya dan melindungi dirinya, wanita-wanita dan anak-anaknya daripada dicederakan oleh mereka.
Kerana itulah kami mengatakan: Tidak, ia bukanlah serangan yang tidak diduga. Dia sangat sedar akan berlakunya pencerobohan kerana dia telah dikepung selama empat puluh hari – seperti yang diceritakan oleh para sejarahwan – dan dia sendiri menyaksikan mereka membakar pintu rumahnya dan akan merempuh masuk tempat itu, dan dia sangat sedar mereka ingin membunuhnya selepas itu. Masih juga dia tidak berhadapan dengan mereka dan melawan. Sebaliknya dia sendiri menghalang sesiapa pun daripada membantu dan melindunginya, dengan berkata:
Orang-orang itu tidak hanya membakar pintu rumah malah ada sesuatu yang lebih besar daripada itu yang mereka inginkan. Aku tidak mahu sesiapa pun terbunuh atau terlibat dalam pergelutan.
Seseorang tidak boleh berkata: ‘Maruah isterinya tercemar hanya berlaku setelah dia dibunuh. Sekiranya ia dilakukan di depan matanya sendiri, pasti dia akan melawan dan tidak akan berganjak.’
Jika demikian, kami akan mengatakan: Apa yang kamu katakan itu tidak benar kerana ini bertentangan dengan riwayat-riwayat di atas yang dengan jelas mengatakan dia telah dibunuh setelah Na’ila cuba untuk melindunginya, dan sebab itulah kenapa jari-jemarinya terputus. Jadi, dia telah menyaksikan apa yang berlaku kepada isterinya, dan nampak dengan matanya sendiri bagaimana punggung isterinya disentuh. Tambahan pula, jikalau dia sangat sedar lelaki-lelaki asing akan memasuki rumahnya, dia juga tentu sedar maruah isteri-isterinya akan tercemar. Jadi kenapa dia membiarkan mereka masuk?! Dan kenapa tidak dia menghunus pedang mempertahankan dirinya dan kehormatannya?!
Jawapan yang sama ada pada kamu sendiri kenapa Uthman berdiam diri adalah jawapan itu juga yang kami akan berikan kepada anda – dengan menggunakan hujah yang kamu sendiri tetapkan standard dan prinsipnya – kepada soalan tentang kenapa Amirul Mukminin (Selawat ke atasnya) tidak berkonfrontasi dengan Omar dan konco-konconya – seperti yang kamu dakwakan, dan ia sebenarnya tidak betul – apa yang terjadi ketika serangan ke atas rumahnya.
Selain itu, terdapat dua perbezaan utama antara kedua insiden tersebut. Yang pertama adalah: serangan ke atas rumah Ali dan Al-Zahra (Selawat ke atas mereka berdua) terjadi secara tiba-tiba, tidak seperti serangan ke atas rumah Uthman dan Na’ila setelah terjadi pengepungan yang lama dimana dalam tempoh itu Uthman memencilkan dirinya di dalam rumah kerana takut sambil menunggu bantuan daripada Mu’awiya.
Perbezaan kedua adalah apa yang kami akan bincangkan di dalam jawapan kami yang berbentuk analitikal: pada ketika berlakunya insiden serangan ke atas Bayt al-Nabi, Ali (Selawat ke atasnya) meluru seperti seekor singa yang berang apabila saja dia mendengar al-Zahra menjerit meminta tolong di muka pintu. Dia kemudiannya mencekak pakaian Omar dan melemparkannya ke tanah dan memukul hidungnya, dan dia duduk di atas dadanya dan hampir-hampir saja dia membunuhnya. Walaubagaimana pun, dia terkenangkan perjanjian yang telah diambil daripada Rasulullah (Selawat ke atasnya dan keluarganya). Dan dia berkata:
Wahai anak Sahhak! Demi Dia yang mengutuskan Mohammad dengan Kenabian, jika ia bukan daripada Kitab Allah yang telah diwahyukan dan janji yang telah aku ambil daripada Rasulullah, kamu akan mendapati tidak sekali-kali kamu dapat memasuki rumahku!
Kitab Sulaym, Ibn Qais al-Hilali, ms. 387
Jadi, siapakah sekarang yang mengatakan Amirul Mukminin (Selawat ke atasnya) tidak melindungi isterinya, anak perempuan Rasulullah (SAWA)?! Sesungguhnya, Amirul Mukminin (Selawat ke atasnya) meluru untuk menyelamatkan dan melindungi isterinya sejurus mendengar tangisannya. Dan juga, dia hamper-hampir saja membunuh Omar jika tidak kerana dia terkenangkan penjanjiannya dengan Nabi. Dia tidak berdiam diri dan tidak hanya duduk dan hanya melihat apa insiden yang telah terjadi – Nauzubillah! Bagi insiden-insiden yang beraku sebelum terjadinya serang di rumahnya, ia berlaku tanpa diduga dan terlalu pantas sehingga situasi secara tiba-tiba sampai kepada tahap anak-anak haram yang jahat itu memecah masuk rumahnya.
Bagi soalan:
Tentang soalan: Kenapa Imam Ali (Selawat ke atasnya) menuntut bela daripada Abu Bakr dan Omar (Laknat Allah ke atas mereka)?
Jawapannya adalah: Dia (Selawat ke atasnya) sememangnya cuba berbuat demikian. Walaubagaimana pun, mereka memiliki sekumpulan orang yang menjadi alat mereka, sedangkan dia dalam keadaan sendirian, maka dia perlu mendapatkan sebilangan orang-orang lelaki bagi berhadapan dengan mereka. Amirul Mukminin (Selawat ke atasnya) pernah cuba untuk mengumpulkan orang-orang bagi tujuan ini, dan dia memanggil orang-orang untuk memberikan baiah supaya dapat dia menjalankan jihad menentang orang-orang yang zalim. Walaubagaimana pun, jumlah penyokong-penyokong yang diperlukan untuk mencapai kemenangan – iaitu empat puluh orang – tidak mencukupi. Amirul Mukminin telah diajarkan oleh saudaranya, Rasululullah (SAWA), bahawa dia tidak akan mencapai kemenangan kecuali dia mendapati jumlah orang-orang ini bagi membantunya.
Sulaym Ibn Qais meriwayatkan bahawa Ash’ath Ibn Wais (Laknat Allah ke atasnya), berkata kepada Amirul Mukminin (Selawat ke atasnya):
Apakah yang menghalang engkau wahai putera Abu-Talib, daripada berlawan dan melibas pedangmu ketika keturunan Taim Ibn Murra (Abu Bakr) dan keturunan bani Adi Ibn Ka’b dan keturunan Bani Umayya diberikan baiah ; daripada berlawan dan melibaskan pedang kamu? Kamu tidak memberikan khutbah apa-apa pun kepada kami – setelah kamu datang ke Iraq – kecuali kamu mengatakan sebelum kamu melangkah turun daripada minbar: “Demi Allah, aku lebih berhak terhadap kamu semua, dan aku telah dizalimi sejak Allah mengambil Rasul ke hadiratnya.” Jadi apakah sebenarnya yang menghalang engkau daripada melibaskan pedangmu sementara engkau dizalimi?
Mendengarkan itu Ali (Selawat ke atasnya) berkata kepadanya: “Wahai Ibn Qais, dengarkan jawapan ini: Aku tidak dihalang daripada melakukan itu kerana sikap pengecut, bukan juga keenggananku untuk menemui Tuhanku (Syahid), bukan juga aku tidak tahu apa yang telah Tuhan sediakan untukku lebih baik daripada dunia ini dan kekal di dalamnya. Walaubagaimana pun, apa yang menghalangku daripada berbuat demikian adalah arahan Rasulullah (SAWA) dan sumpah yang telah aku pegang.” Rasulullah (SAWA) memberitakan kepadaku apa yang umat ini akan perbuat kepadaku setelah ketiadaannya…Aku berkata: ‘Wahai Rasulullah, jadi apakah perjanjian yang engkau mahukan dariku sekiranya ini terjadi?’ Dia berkata: ‘Jika kamu tidak mendapati penolong-penolongmu, maka engkau haruslah menyimpan tanganmu dan peliharalah darahmu sehingga kamu mendapati penolong-penolong untuk menegakkan agama dan Kitab Allah dan meluruskan sunnahku.
Kitab Sulaym, ms. 214
Telah diriwayatkan dengan autoriti Salman al-Farsi al-Mohammadi (Semoga redha Allah ke atasnya), yang berkata:
apabila malam menjelang, Ali membawa Fatima menaiki keldai dan memimpin tangan kedua-dua anaknya, Hassan dan Hussain (Selawat ke atas mereka), dan dia tidak meninggalkankan seorang pun sahabat Rasulullah (SAWA) kecuali dia telah datang ke rumah mereka, dan dia menyeru mereka demi Allah untuk mengembalikan haknya, dan menyeru mereka agar menjadi penolongnya. Tidak ada sesiapa pun yang menyahut kecuali kami berempat
Salman, Abu-Dharr, Miqdad dan Zubair
Kami mencukur kepala kami dan sanggup berkorban untuk membantunya, dan Zubair adalah salah seorang yang paling tekad dalam membantunya.
Kitab Sulaym, ms. 146
Telah diriwayatkan juga bahawa Amirul Mukminin (Selawat ke atasnya) berkata kepada Abu Bakr dan Omar (Laknat Allah ke atas mereka berdua):
Sesungguhnya, demi Allah, jika empat puluh orang ini datang membaiatku dan kekal setia kepadaku, pasti akan aku perangi kamu hanya untuk Allah!
Kitab Sulaym, ms. 275
Berikut dipetik daripada sumber-sumber Bakri: Ibn Abil-Hadeed berkata:
Banyak orang yang melapor telah meriwayatkan setelah peristiwa Saqifa, dia berasa terluka dan diselubungi kesedihan dan dia menyeru dan memanggil orang-orang supaya menolongnya yang mana (sebahagian) orang-orang menyokong dan memberikan baiah kepadanya, dan dia berkata sambal menunjukkan tangan ke arah kubur (Nabi): ‘Wahai anak seibuku! Orang-orang menganggap aku lemah dan hampir-hampir membunuhku!’ Dimana dia juga berkata: ‘Oh Ja’far! Aku tidak memiliki Ja’far untuk membantuku! Oh Hamza! Aku tidak memiliki Hamza pada hari ini untuk membantuku!’
Sharh’ Nahj-ul-Balagha, oleh Ibn Abil-Hadeed, Jilid 11, ms. 111. Ibn Qutayba meriwayatkan yang sama dengan formulasi yang sama dalam Al-Imama wal-Siyasa, Jilid 1, ms. 31
Selain itu, berikut juga telah diriwayatkan oleh Bakri:
Ketika Ali (Selawat ke atasnya) menyeru orang-orang Islam untuk membantunya setelah kejadian Saqifa dan apa yang berlaku di sana, sambal membawa Fatima (Selawat ke atasnya) pada sebelah malam menaiki keldai dan kedua anaknya berjalan ditengah-tengah kaki keldai sementara Ali (Selawat ke atasnya) mengendalikannya, dia mengetuk pintu-pintu rumah Ansar dan selainnya dan menyeru mereka agar diberikan bantuan dan sokongan. Empat puluh orang menyahutnya, maka mereka pun memberikan baiat untuk menggadaikan nyawa bersamanya, dan dia mengarahkan mereka bangun keesokan pagi dengan kepala yang bercukur dan membawa senjata. Keesokan pagi, tidak ada yang tinggal melainkan empat orang yang masih setia kepadanya (Selawat ke atasnya): Zubair, Miqdad, Abu-Dharr dan Salman. Kemudian dia datang semula kepada mereka pada sebelah malam, dan mereka berkata: ‘Kami akan pergi kepada kamu keesokan pagi.’ Tidak ada seorang pun yang datang melainkan empat orang dan perkara yang sama juga berlaku pada malam ketiga. Zubair adalah yang paling tekad diantara mereka dan paling patuh diantara mereka untuk menyokongnya. Dia mencukur kepala dan datang semula kepadanya beberapa kali sementara pedangnya tergantung di leher, dan tiga yang lain juga berbuat yang sama. Bagaimana pun Zubairlah yang paling menyerlah di antara mereka.
Sharh’ Nahj-ul-Balagha, oleh Ibn Abil-Hadeed, Jilid 11, ms. 14.
Dengan mengumpulkan kesemua hadis, kita akan mendapat tahu bahawa Ali (Selawat ke atasnya) mulai mengumpulkan orang-orang untuk menuntut bela daripada Abu Bakr dan Omar dan mengembalikan hak kekhalifahan kepada yang berhak memilikinya. Dia kemudiannya dibaiah oleh empat puluh orang yang bersumpah untuk berperang dengan Abu Bakr dan Omar dan juga kumpulan mereka yang tidak berhati perut.
Walaubagaimana pun, tidak lebih empat orang yang kekal setia, dengan itu dia terpaksa meninggalkan niatnya untuk melawan. Jadi, dakwaan bahawa dia (Selawat ke atasnya) tidak cuba untuk melawan perampas-perampas dan penjenayah-penjenayah tersebut; adalah salah. Selain itu juga, dia (Selawat ke atasnya) telah dikecualikan untuk bangkit melawan mereka pada masa akan datang kerana dia tidak mempunyai sokongan daripada empat puluh lelaki, iaitu jumlah yang mencukupi bagi terlibat didalam perang seperti yang disuruh oleh Allah (Maha tInggi kedudukan-Nya) dan Rasul-Nya (SAWA).
Tindakan ini sama seperti Tindakan Rasulullah (SAWA) ketika dia tidak dapat meneruskan niatnya menentang Quraisy sebelum peperangan Badr, meskipun orang-orang Quraisy telah melakukan beberapa jenayah terhadap orang-orang Islam. Ini tidak dilakukan melainkan jumlah penyokong yang diperlukan – iaitu 313 lelaki – masih tidak mencukupi. Setelah ia cukup, baru lah Rasulullah (SAWA) mengumumkan Jihad dengan perintah Allah (Maha Tinggi kedudukan-Nya).
Oleh yang demikian, tidak ada sesiapa boleh mengatakan: ‘Kenapa empat puluh?’ Kami mengatakan: Allah (Yang Maha Tinggi) lah yang menentukan. Sama seperti Dia menentukan jumlah 313 lelaki yang diperlukan sebelum bertempur dengan orang-orang Quraisy. Dia jugalah yang menentukan empat puluh lelaki diperlukan sebelum bertempur dengan Abu Bakr, Omar dan orang-orang munafiq. Selagi mana syarat sebelum pergi bertempur – iaitu jumlah penyokong yang diperlukan – masih tidak dipenuhi; pertempuran tidak diizinkan. Banyak contoh-contoh keadaan sedemikian dalam sirah kehidupan para Nabi dan Wasi (Selawat ke atas mereka). Allah lebih mengetahui setiap kelebihan ciptaan-Nya; Dia tidak ditanyakan tentang apa yang Dia perbuat, sebaliknya ciptaan-Nyalah yang akan ditanya akan perbuatan mereka. Jadi, tiada siapa boleh menentang kebijaksanaan Allah (Maha Agung dan Tinggi kedudukan-Nya).
Bagi soalan:
‘Kenapa Ali (Selawat ke atasnya) tidak menggunakan kekuatan mukjizat luarbiasa yang pernah diberikan oleh Allah (Maha Tinggi kedudukannya) kepadanya, sekiranya dia seorang sudah mencukupi untuk menentang Abu Bakr dan Omar?’.
Jawapannya adalah: Dia tidak diizinkan untuk berbuat demikian. Tambahan pula, Rasulullah (SAWA) itu berkali-kali ganda memiliki lebih kekuatan mukjizat berbanding Amirul Mukminin (Selawat ke atasnya). Masih saja dia tidak menggunakan kelebihan ini didalam peperangan dan pertempuran, dan dia masih bersama-sama berlawan menggunakan orang-orang malah pernah tewas semasa peperangan Uhud. Sudah memadai baginya (SAWA) untuk berdoa kepada Allah (Maha Tinggi kedudukan-Nya) untuk menggocangkan bumi dimana kaki-kaki musuhnya berpijak yang dengannya dia dapat mengalahkan musuh-musuhnya dengan mudah dengan tidak perlu menyeru orang-orang berjihad dan kemudiannya menyaksikan mereka melarikan diri dari medan perang.
Walaubagaimana pun, dia masih tidak juga memohon kepada Allah agar menumpaskan musuh-musuhnya dengan cara sedemikian, kerana Allah (Maha Tinggi kedudukan-Nya) berkehendak apa yang berlaku di antara pendukung-pendukung-Nya dan musuh-musuh-Nya perlu melalui segala itu secara alami, bukannya dengan cara-cara mukjizat, supaya dia tahu siapa yang berperang dan bersabar, dan juga tahu siapa yang memungkiri perjanjian dan gagal menunaikan sumpah mereka. Bayangkan Allah (Maha Tinggi kedudukan-Nya) mengizinkan Nabi-nabi-Nya atau Pendukung-pendukung-Nya untuk menggunakan segala car-cara yang mukjizat dalam berlawan dengan musuh-musuh; tidak akan ada ujian kepada umat manusia! Bagaimana untuk menguji kesetiaan mereka kepada sumpah yang mereka berikan kepada Allah menjadi jelas sekiranya mereka tidak diseru untuk berjihad dan kesetiaan mereka diuji?
Kerana itulah Ali (Selawat ke atasnya) melakukannya dengan patuh kepada perintah Allah (Maha Tinggi kedudukan-Nya); dia menyeru orang-orang untuk berlawan bagi memenangkan kebenaran dan keadilan dan menuntut bela untuk Rasullullah dan anak perempuannya yang suci (Selawat ke atas mereka berdua dan keluarga mereka), tetapi orang-orang berpaling dan tidak ada yang menyahut melainkan empat orang lelaki. Apa lagi yang mampu dilakukannya sekiranya dia tidak diizinkan untuk melawan dengan perintah Allah dan Rasul (SAWA)? Prioriti yang sah baginya adalah untuk melindungi dirinya daripada bahaya sebelum sesuatu yang lain.
Nabi yang mulia sendiri (SAWA) tidak menuntut bela daripada mereka yang pernah cuba untuk membunuhnya dengan menolak untanya di lereng bukit kearan dia takut orang-orang akan berkata:
Apabila Muhammad mencapai kemenangan bersama sahabat-sahabatnya, dia akan mula membunuh mereka.
Amirul Mukminin (Selawat ke atasnya) juga berbuat demikian kerana semua Ahlul-Bayt (Selawat ke atas mereka) tidak lain hanyalah mengorbankan diri mereka untuk Allah semata-mata, dan kamu akan dapati mereka melakukan banyak pengorbanan dan tetap bersabar terhadap mereka yang melayan mereka dengan zalim – selagi mana syarat untuk menentang semula tidak hadir – dan menunggu sehingga datangnya keputusan dan pembalasan daripada Allah.
Selain itu, ayat yang kamu petik untuk menyokong hujah kamu adalah tersasar daripada konteks, kerana perintah yang terkandung di dalam ayat tersebut secara spesifiknya bermaksud Rasulullah (SAWA) dan bukan secara umumnya terpakai ke atas setiap orang. Tidak ada mana-mana Faqih dalam Islam pernah mengatakan bahawa perintah ini terpakai ke atas setiap orang secara umumnya. Jadi, ia tidak menjadi wajib bagi setiap orang untuk melawan sekumpulan tentera dengan dirinya sahaja. Selain itu, perintah itu hanyalah terpakai pada beberapa peristiwa dimana Rasulullah (SAWA) diwajibkan untuk memerangi mereka. Sebagai contoh, terdapat beberapa peristiwa juga dimana dia tidak meninggalkan rumah untuk pergi berperang, seperti ketika kempen Usama menentang orang-orang Rom. Mengapakah dia tidak melawan walaupun ayat tersebut mengarahkannya untuk berperang?
Jika kamu boleh memberikan jawapan ini:
Dia sedang sakit dengan itu dia mempunyai alasan untuk tidak bertempur.
Maka, kami juga memberikan jawapan yang sama: Dengan anggapan perintah yang terkandung dalam ayat tersebut terpakai kepada setiap orang secara umum, hujah kamu masih juga tidak sempurna. Kerana jika sekali pun kita menerima perintah itu secara umum, Ali (Selawat ke atasnya) masih tidak berbeza dengan Rasulullah (SAWA); dia dikecualikan daripada terlibat dengan pertempuran kerana syarat untuk melawan tidak hadir. Dengan itu, sama keadaannya Nabi tidak diwajibkan untuk berperang ketika kempen Usama, Ali juga tidak diwajibkan untuk melawan pada ketika haknya dirampas.
Perintah yang terdapat di dalam ayat tersebut khusus dimaksudkan kepada Nabi, seperti yang dinyatakan oleh Imam al-Sadiq (Selawat ke atasnya):
Allah memerintahkan Rasulullah (SAWA) untuk melakukan sesuatu yang Dia tidak mengarahkan setiap makhluk-Nya melakukan yang sama. Dia memerintahkannya untuk keluar menentang semua orang (bertempur) sendirian dengan dirinya sendiri sekiranya tidak ada kumpulan yang ikut bertempur bersama-sama dengannya. Dia tidak memerintahkan setiap orang melakukan yang sama, sama ada sebelum atau sesudahnya. Kemudian dia membacakan ayat ini.
Al-Kafi, oleh Al-Kulayni, Jilid 8, ms. 275.
Pejabat Syeikh al-Habib