Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.
Allah limpahkanlah Solawat ke atas Muhammad dan Keluarganya, dan Semoga laknat-Nya ke atas musuh-musuh mereka.
Islam memerintahkan kita untuk menjatuhkan simbol-simbol kepalsuan, penyelewengan dan kemunafikan yang merosakkan jalan umat Islam ini dan gambaran agama agung kita. Inilah rangka tindakan yang digariskan oleh para manusia contoh dan pelopornya, iaitu para Imam Suci (Selawat ke atas mereka), para solihin dan orang-orang soleh daripada kalangan sahabat mereka dan para ulama yang teguh di jalan kebenaran, tanpa gusar apa-apa kesukaran atau akibat dahsyat yang menimpa mereka. Kita adalah sebahagian daripada tradisi ini.
Revolusi Rafidi, yang berdasarkan pada penolakan kepalsuan, hampir sama tua dengan umat Muslim. Gerakan itu dimulakan pada hari Saqifah ketika Rafida bersuara menentang simbol kudeta yang secara langsung menentang perintah nabi yang jelas dan Ahl-ul Baytnya yang disucikan (Selawat ke atas mereka).
Namun, anda mendakwa bahawa apa yang kami lakukan bukan dari akhlak-akhlak Ahl-ul-Bayt (Selawat ke atas mereka). Kami kemudian meminta supaya kamu mengemukakan bukti mengenai bagaimana hal ini berlaku. Bagi pihak kami, kami telah membuktikan bahawa pendekatan ini memang selari dengan ajaran dan teladan mereka. Kami secara khusus membuktikan perkara ini dalam siri syarahan harian berkenaan topik Imam Hussain (Selawat ke atasnya), yang disiarkan di saluran TV Fadak yang diberkati pada sepuluh hari pertama bulan Muharram, bahawa mereka mendiskredit dan menolak Abu Bakar, Omar dan Aisyah. Kami mengatakannya dengan meneliti beberapa contoh yang terdapat dalam beberapa riwayat.
Oleh itu, apabila kamu mendakwa bahawa apa yang kami lakukan tidak selari dengan cara Ahl-ul-Bayt (Selawat ke atas mereka), maka itu hanya delusi anda.
Kami menggesa anda untuk teruskan mengkaji topik ini; jangan puas dengan serdak-serdak pengetahuan yang tidak lengkap dan dangkal. Jenis kejahilan inilah yang sebenarnya kami berjuang untuk menghapuskannya, sama ada ia terdapat dalam komuniti Syiah atau ‘Sunni’, atau mereka yang mengaku sebagai Syiah. Kami menyarankan anda untuk mengkaji dan menilai kesimpulan-kesimpulan yang kami sampaikan kepada anda secara kritikal. Apa sahaja yang anda anggap berguna, peganglah dahulu, apa sahaja yang selainnya, anda boleh tolak.
Anda juga mendakwa bahawa dengan membangkitkan perkara ini akan menimbulkan permusuhan yang sia-sia. Beri saya satu contoh Nabi yang misinya tidak menimbulkan perasaan tidak senang; berikan saya satu contoh. Tidak ada seorang pun Nabi yang melancarkan misinya tanpa mengguris sesetengah komuniti dimana dia diutuskan; ia sepatutnya sudah dijangka. Ini kerana bangsanya sudah terbiasa dengan nilai-nilai tertentu, penyembahan berhala menjadi salah satu daripadanya, dan tidak mahu berganjak dan tidak ingin melakukan perubahan apa pun. Ini bertentangan sepenuhnya dengan dakwah Nabi dan pasti akan membawa perseteruan antara Nabi dan orang-orang yang Nabi diutuskan kepadanya. Ini kemudian mungkin juga akan mengakibatkan pertumpahan darah.
Ambil contoh Nabi Isa (Selawat ke atasnya) dan orang-orang Israel, yang telah menganut kepercayaan agama yang rosak, sama seperti orang-orang Sunni pada masa ini. Agama Nabi Musa (Selawat ke atasnya) telah diubah sehingga Nabi Isa (Selawat ke atasnya) diutuskan untuk membawa orang Israel kembali ke dasar-dasar agama itu. Usahanya bagaimanapun disambut dengan permusuhan, dan dia (Selawat ke atasnya) dan pengikutnya dianiaya dengan teruk. Nabi Islam (SAWA) serta Wasinya yang sah juga menghadapi penganiayaan dalam misi mereka.
Imam Ali (Selawat ke atasnya) juga memulakan misi reformasi untuk memperbaiki keadaan yang salah dan nilai-nilai yang terpesong yang berlaku di kalangan umat Islam dalam pemahaman dan amalan mereka mengenai Islam. Imam (Selawat ke atasnya) berusaha membasmi penyelewengan yang diperkenalkan oleh pemerintah seperti Abu Bakar, Omar dan Uthman. Inilah sebabnya mengapa tiga kempen perang dilancarkan terhadapnya, yang menyebabkan pertumpahan darah. Sesama saudara berperang antara satu sama lain; Muhajir bin Khalid bin Waleed (yang berada di barisan Imam Ali) memerangi Abd-ur-Rahman ibn Khalid bin Waleed (yang berada di barisan Muawiya) dalam Pertempuran Siffin. Imam Ali boleh saja menyelamatkan orang-orang itu daripada pertumpahan darah dengan hanya meninggalkan misinya. Dia tahu apa harga yang harus dibayar jika dia memperjuangkan kebenaran, tetapi dia mempunyai misi yang harus ditunaikan.
Anda berhadapan dengan pilihan; anda boleh melepaskan agama dan menyebabkan agama itu hilang, atau anda boleh mengorbankan darah anda demi menyelamatkan agama tersebut. Mana yang lebih penting? Siapa yang sepatutnya melakukan pengorbanan? Perlukah agama dikorbankan di altar dunia ini, atau seharusnya kita rela dan sanggup mengorbankan diri untuk agama? Kita harus sanggup dan bersedia untuk melakukan pengorbanan untuk agama.
Sekiranya jalan agama Muhammad tidak diluruskan kecuali dengan terbunuhnya aku, maka, pedang-pedang cabutlah nyawaku!
Ini sebagaimana penyair memberi gambaran yang ampuh falsafah tentang Revolusi Imam Hussein.
Oleh itu, biarlah ada perasaan yang terguris! Ini bukan tanggungjawab saya. Allah SWT telah memerintahkan orang-orang yang beriman untuk menyeru kepada kebenaran dan ini adalah tugas saya sebagai orang yang beriman. Sebagaimana Al-Quran dalam Surat al Hijr memerintahkan kita:
Maka sampaikanlah berterus-terang apa yang diperintahkan kepada kamu dan berpalinglah dari orang-orang musyrik. Sesungguhnya, cukuplah kami untuk kamu, memeliharamu daripada orang-orang yang mempersenda
Quran 15: 95-96
Dan berapa banyak orang-orang yang mempersendakan kita ada hari ini? Malangnya, mereka yang mempersendakan kita tidak tahu apa yang ada di hati saya. Saya hanya mempunyai beberapa perkataan untuk mereka. Pada Hari Penghakiman, anda akan menyedari betapa besarnya kemelampauan anda dan siapakah orang ini yang anda telah lakukan ketidakadilan kepadanya. Anda akan menyaksikannya dengan mata kepala anda sendiri. Anda tidak tahu apa yang ada di hati saya. Adalah tugas saya untuk menyeru kebenaran dan berusaha untuk memperbaiki semua yang salah setelah Saqifah. Akibat daripada peristiwa tersebut, imej agama yang rosak kini tersebar luas dan agama dilihat sebagai jalan yang menyimpang. Inilah apa yang sedang kami perangi.
Kami berperang dengan bukti akademik untuk membuktikan pandangan kami; Ini adalah perang berdasarkan hujah, tuntutan bukti dan tuntutan balas. Sekiranya pihak lawan ingin membawa perang ini ke dalam situasi pertempuran yang sebenarnya dimana darah tumpah di jalanan, maka kesalahannya terletak pada tindakan dan pendekatan pihak yang satu lagi, bukan saya.
Ketika Nabi Islam melancarkan misinya, dia berdiri menentang penyimpangan. Masalah timbul apabila pihak lain terbukti tidak dapat memberikan tuntutan balas yang tepat terhadap mesejnya dengan kata-kata dan bukti-bukti intelektual. Bersediakah mereka berhujah dengan Nabi (SAWA)? Apakah mereka dapat mengemukakan balasan bukti yang kukuh bahawa agama pagan mereka adalah agama dan jalan yang benar? Adakah mereka sudah bersedia untuk melakukannya? Tidak! Oleh itu, mereka harus menggunakan pembohongan, dengan mendakwa Nabi (SAWA) adalah penyair, penyihir, gila, dll. Ejekan dan fitnah adalah senjata pilihan mereka. Mereka mendakwa bahawa dia adalah putra Abi Kabsha, anak yatim Abi Talib dan Abdul Muttalib. Apabila usaha mereka digagalkan, mereka menggunakan kekerasan fizikal dan melawannya dengan pedang.
Nabi diperintahkan untuk berterus-terang dan dengan tegas menyatakan perintah dan risalahnya. Sekiranya pihak lawan ingin mengangkat senjata, yang memaksa anda mengorbankan darah daripada pihak anda, maka anda terpaksa akur untuk melihat pertelingkahan itu semakin berkembang. Pihak lawan yang bersalah dan bukan anda. Anda harus terus maju.
Imam Ali harus menghadapi kesulitan yang sama, dan Imam kita (Semoga Allah mempercepat kezuhurannya), akan menghadapi situasi yang sama ketika dia akan muncul. Sejarah akan berulang sendiri. Imam akan datang untuk membasmi penyelewengan, bukan untuk berperang. Mari kita mengandaikan sejenak bahawa dia akan segera muncul, insya Allah. Sekiranya kerajaan-kerajaan ‘Sunni’, pihak-pihak dan mazhab-mazhab lain menerima seruannya dan tunduk pada perintah-perintahnya, tidak akan ada pertumpahan darah sama sekali. Tidak satu pun titisan darah akan tertumpah.
Ketegangan akan meningkat, bagaimanapun, ketika Imam akan menyatakan dirinya sebagai orang yang diperintahkan oleh Allah SWT dan Datuknya, Nabi Islam, untuk memimpin negara dan meluruskan segala kepincangan. Tindakan ini akan mengakibatkan semua kekuatan Iblis di bumi berkumpul dalam bentuk kerajaan-kerajaan, rejim-rejim, tentera-tentera dan kumpulan-kumpulan untuk memerangi Imam, sehingga menempatkannya dalam situasi di mana dia akan terpaksa akur untuk melawan.
Adakah anda berfikir bahawa jika Imam (semoga Allah mempercepat kezuhurannya) untuk muncul semula, Keluarga Diraja Saudi hanya akan duduk menyilangkan kaki mereka dengan selesa? Tidak! Mereka akan mengangkat senjata dan menggunakan semua kekuatan kewangan dan ketenteraan mereka untuk memerangi Imam (Selawat ke atasnya). Rejim ‘Sunni’ selebihnya akan mengikuti.
Lebih-lebih lagi, riwayat kita mendedahkan bahawa bahkan beberapa rejim yang mendakwa sebagai Syiah (Batri) akan melakukan hal yang sama. 16.000 pedang akan menghadap Imam di Iraq sahaja, sambil berteriak
Kembali, wahai anak Fatima, kami tidak memerlukanmu! kami inginkan Taqiya
Kami ingin melindungi konsep Taqiya yang sama yang diriwayatkan oleh Imam Sadiq (Selawat ke atasnya)
Mereka akan memberitahu Imam (Selawat ke atasnya):
nda akan menimbulkan kekacauan dan antagonisme, kami tidak perlu untuk menimbulkan kekacauan, kami tidak memerlukan penderitaan, kami tidak memerlukan masalah, kami tidak mahu orang-orang mati dan kami tidak mahukan perang saudara berlaku. Jadi kembali, wahai Imam! Kami tidak memerlukan anda, kami sedang ber Taqiya!
Menurut Imam al-Sadiq, itulah apa yang akan disebutkan orang-orang Syiah di Iraq kepadanya. Orang-orang Batri di Iraq akan melakukan itu, bukan semua Syiah, dan Syiah yang terhormat akan menyokong Imam (Selawat ke atasnya). Ortodoks sebenar, Syiah Rafidi akan menyokongnya. Tetapi untuk satu kumpulan yang lain, saya berlindung kepada Allah!
Kumpulan itu yang akan memberitahu Imam:
Kami tahu apa yang terbaik untuk kepentingan umum, kami tidak akan membiarkan anda terus mara.
Imam al-Sadiq berkata:
Taqiya akan lebih disayangimu di dalam hatimu daripada ayah dan ibu kamu sendiri.
Inilah gambaran betapa lemahnya yang sudah terjadi kepada anda. Imam juga akan dipaksa untuk menangani mereka yang melawannya dengan senjata dengan tindakan yang setara.
Kami menghadapi kesukaran yang sama di negara ini pada hari ini dan zaman ini, kerana kami ingin memberitahu orang-orang tentang perkara-perkara penting yang sebenarnya daripada sejarah dan agama. Saya tidak mahu melihat umat Islam mati tidak mengetahui siapa yang membunuh Nabi merek (SAWA). Saya memikul kewajiban agama untuk mengungkapkan kebenaran dan saya secara khusus menangani topik ini secara mendalam dalam satu siri tujuh ceramah yang diadakan sempena peringatan kesyahidan Nabi (SAWA). Saya mengemukakan bukti bahawa Nabi (SAWA) diracun dan dibunuh oleh Aisyah dan Hafsa yang kufur itu, dengan perintah bapa mereka yang khianat masing-masingnya, iaitu Abu Bakar dan Omar, yang bersekongkol melawan Nabi (SAWA). Saya menunjukkan banyak bukti yang jelas daripada sumber-sumber kami dan juga sumber-sumber mereka. Saya mahu kebenaran siapa yang berada di belakang kejahatan paling kejam dalam sejarah ini terungkap dan menjadi jelas kepada semua umat Islam. Itulah tujuan saya. Tidak ada yang berhak menghentikan saya, dengan alasan bahawa ia akan menimbulkan permusuhan. Biarkan itu berlaku. Mengapa saya mesti dipertanggungjawabkan untuk itu?
Patutkah saya menghentikan pembelaan saya terhadap Nabi dan usaha saya untuk mengungkap kebenaran – yang sememangnya fakta sejarah – hanya kerana sebilangan kecil yang tidak mahu mendengar dan menentangnya dengan keras? Oleh itu, mereka membela mereka dan mula menimbulkan permusuhan dan masalah. Mereka membunuh, melancarkan perang dan menumpahkan darah. Ini adalah kesalahan mereka dan bukan kami, anda harus menyalahkan mereka atas tindakan mereka dan bukan kami. Jika tidak, jika kami menggunapakai hukum ini sehingga harus menyerah kepada apa sahaja yang menyebabkan perasaan tidak senang dan antagonisme, marilah kita menyerah saja segala-segalanya.
Sekarang mari kita perhatikan keadaan semasa di Iraq, di mana pertumpahan darah terus berlaku sejak kejatuhan Saddam. Pembunuhan beramai-ramai, bom di tepi-tepi jalan, letupan dan pembunuhan mensasarkan kepada Syiah. Atas dasar apa? Salah satu sebabnya ialah hakikat bahawa Syiah akhirnya dapat memperoleh kekuatan politik di negara ini. Ini adalah sesuatu yang tidak dapat diterima oleh pihak Nasibi.
Sememangnya terdapat perubahan 180 darjah. Saluran TV yang sama yang digunakan untuk menyiarkan Saddam Hussein siang dan malam sekarang menyiarkan seruan azan
Aku bersaksi bahawa Ali adalah Wali Allah
Aku bersaksi bahawa Ali adalah Wali Allah”. Saya bukanlah memuji TV Iraq, saya hanya membantu anda memahami apa yang telah disaksikan oleh Nawasib selama beberapa dekad yang lalu. Mereka menghidupkan TV Iraq dan membandingkann:
Aku bersaksi bahawa Ali adalah Wali Allah
mereka melihat pengaturcara TV dilimpahi dengan pelbagai warna peristiwa dalam kalendar Syiah. Hitam semasa Ashura, hijau pada hari Ghadeer, merah pada peringatan Mubahala atau pada sambutan Kelahiran Imam (Selawat ke atas mereka) dan sebagainya. Pada Hari Ashura, mereka melihat terdapat siaran langsung dari Karbala, pembacaan maqtal, upacara-upacara, orang dalam jumlah massa dalam jumlah yang cukup banyak dalam perhimpunan dan perarakan. Ini adalah sesuatu yang mereka tidak dapat tahan.
Satu-satunya cara agar antagonisme dan pembunuhan beramai-ramai di Iraq berakhir adalah untuk Syiah melepaskan pengaruh politik yang mereka pegang di negara itu dan menyerahkan kembali kekuasaan kepada Nawasib. Tidak satu pun letupan akan berlaku, bahkan satu pun tidak akan berlaku. Ya, mereka akan membunuh mana-mana Syiah selepas itu yang memberontak terhadap kekuasaan mereka atau menjadi duri di pihak mereka. Sekiranya anda memberontak dan membuat pemberontakan lain di Iraq, mereka akan membunuh anda, kerana mereka ingin mengekalkan struktur kekuasaan dengan mereka berada di atas. Namun, jika ada Syiah yang sanggup bersekutu dengan mereka, dengan syarat menjadi hamba mereka yang terhina, mereka akan memeluk dan menyambut mereka. Majoriti dalam Parti Baath adalah orang-orang Syiah, bukan? Bahkan dalam jawatan kepemimpinan, ada yang diduduki orang-orang Syiah. Bukankah Sahaf adalah Syiah? Musaylima Al Sahaf, Al Kazab, dia adalah Syiah, dan banyak orang lain juga Syiah hanya dengan identiti. Mereka mempunyai Tokoh Syiah Parti Politik Kanan, yang juga menangis untuk Imam al Hussein setiap kali ada perhimpunan. Ketika diadakan perhimpunan, mereka juga turut menangis. Tetapi ini bukan Syiah yang benar dan bukan juga Syiah yang sejati. Ini adalah orang yang tidak bermaruah dan diperbudakkan. Bagaimanapun, pada masa itu tidak ada letupan. Ia masih selamat di Iraq.
Ia selamat di Pakistan pada masa sekarang misalnya. Syiah tinggal di sana, tetapi dengan kekurangan harga diri dan maruah. Sekiranya mereka pernah berfikir untuk bertegas menuntut hak yang sah atau mencari keadilan atas kekejaman atau kejahatan yang dilakukan terhadap mereka, mereka akhirnya akan menghadapi situasi yang sama dengan rakan-rakan mereka di Bahrain di negara yang mereka menjadi majoriti. Ini walaupun negara seharusnya memperlakukan semua rakyat dengan keadilan tanpa mengira pandangan ideologi mereka. Alternatif yang ada bagi Syiah Pakistan adalah agar mereka terus hidup ditakluk, dieksploitasi oleh Nawasib dan orang-orang ‘Sunni’. Kami sedih kerana menjadi terbiasa mendengar setiap hari bahawa Syiah dianiaya dan dibunuh oleh pemerintah yang tidak adil yang merasa terancam setiap kali mereka berusaha untuk mempertahankan hak dan maruah mereka. Dan ini pasti akan terus berlangsung, kerana Nawasib tidak boleh bertolak-ansur sekiranya Syiah cuba mempertahankan diri atau agama mereka, dan mahu mereka terus hidup sebagai warganegara yang tidak bermaruah dan tidak dipandang di negara mereka sendiri di bawah penguasaan ulama-ulama yang rosak. Ulama-ulama yang sama juga yang secara terbuka akan mempersenda dan menghina sentimen mereka dengan berapi-api atau cara-cara yang lain di mimbar-mimbar masjid mereka.
Ironinya adalah, para ulama yang rosak itu jugalah yang memakai jubah ulama dan pakaian mazhab mereka. Namun, ketika seorang Syiah berdiri untuk mempertahankan kepercayaannya sendiri, negara – yang berada di jalan penyimpangan, ketidakadilan dan kezaliman terhadap semua warganya – akan memerangi dengan cara yang paling keras. Di media, bila-bila masa pun yang mereka mahu, mereka secara terang-terangan menyerang sentimen Syiah, dalam kehidupan sehari-hari dan wacana umum. Meracuni pemikiran orang ramai terhadap mereka akan dimanifestasikan dan menunjukkan natijah buruk dengan serta-merta. Satu-satunya orang-orang Syiah yang terbunuh adalah mereka yang berpegang teguh kepada kepercayaan dan hak mereka yang sah. Tidak ada pun yang membunuh seorang Batri atau orang yang mengambil jalan singkat!
Pejabat Syeikh al-Habib