Adakah dibolehkan untuk berpuasa pada hari Ashura berdasarkan pada hadis ini?

Adakah dibolehkan untuk berpuasa pada hari Ashura berdasarkan pada hadis ini?

Adakah dibolehkan untuk berpuasa pada hari Ashura berdasarkan pada hadis ini? 1920 1080 The Office Of His Eminence Sheikh al-Habib

SOALAN:

Mohammad Ibn Hassan meriwayatkan melalui jalur perawi Ali Ibn Hussain Ibn Fadhil daripada Ya’qoub Ibn Yazid daripada Abi-Humam, daripada Abil-Hassan (Selawat ke atasnya), yang berkata:.»
Wasa’el al-Shia, Jilid 10, ms.457:

Apakah tafsiran hadis ini, tolong jelaskan? Dan mengapakah Rasulullah (SAWA) berpuasa pada hari Ashura?

Batul


JAWAPAN:

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.
Allah limpahkanlah Solawat ke atas Muhammad dan Keluarganya, dan Semoga laknat-Nya ke atas musuh-musuh mereka.

Setelah berbincang dengan Sheikh, beliau berkata antara satu perkara yang disampaikan oleh para Imam kepada kita untuk kita lakukan sekiranya kita ingin memastikan sesuatu hadis yang diriwayatkan atas nama mereka sama ada benar atau tidak adalah dengan melihat kepada sumber-sumber ‘Sunni’; jika kita mendapati riwayat yang sama disebutkan didalam sumber-sumber mereka, kita perlu menolaknya dan ketahuilah bahawa ia sama ada riwayat yang dipalsukan yang tidak sama sekali disebutkan oleh mereka (Selawat keatas mereka) atau pun ia disebutkan atas desakan untuk mengelakkan kejahatan orang-orang yang zalim. Riwayat yang datang daripada Imam al-Kadhim (Selawat keatasnya) ini jatuh pada kategori ini. Oleh itu kita tidak menerimanya. Sebaliknya kita hanya menerima hadis-hadis yang kita tidak temui yang setara dengannya didalam sumber-sumber ‘Sunni’.

Seperti juga hadis ini yang diriwayatkan bagi pihak Hussain Ibn Abi-Ghandar daripada bapanya, daripada Abi-Abdillah al-Sadiq (Selawat ke atasnya):

Aku bertanya tentang berpuasa pada hari Arafa. Beliau berkata: Ia adalah hari yang mulia ke atas orang Islam, dan hari untuk berdoa dimana seseorang boleh memohon keperluan-keperluannya. Aku berkata: Bagaimana pula dengan seseorang berpuasa pada hari Ashura? Beliau berkata: Itu adalah hari Hussain (Selawat keatasnya) dibunuh! Jika kamu bergembira atas tragedi yang menimpanya, maka berpuasalah!

Lalu beliau berkata lagi:

Bani Umayya bersumpah sekiranya Hussain (Selawat keatasnya) terbunuh, mereka akan menjadikan hari itu (hari terbunuhnya dia) sebagai hari yang mulia nbagi mereka, dimana mereka akan berpuasa untuk menyatakan kesyukuran dan memberikan kegembiraan kepada anak-anak mereka! Ia sudah menjadi tradisi dikalangan kaum keluarga Abi-Sufyan sehinggalah ke hari ini. Itulah sebabnya mereka berpuasa pada hari tersebut dan menunjukkan rasa gembira yang mereka rasai sempena hari itu kepada kaum dan keluarga mereka!

Beliau lagi berkata:

Berpuasa bukanlah untuk musibah dan ia adalah bentuk kesyukuran untuk kesihatan yang baik. Hussain (Selawat keatasnya) telah ditimpa musibah pada hari Ashura. Sekiranya kamu salah seorang yang merasa perasaan musibah yang melanda pada hari itu, maka janganlah kamu berpuasa. Dan jika kamu salah seorang yang bergembira atas musibah yang melanda orang lain dan salah seorang yang bergembira dengan kesihatan yang baik bagi Bani Umayya, silakanlah berpuasa untuk bersyukur kepada Allah Maha Tinggi kedudukannya
Wasa’el al-Shi’a oleh Al-Horr al-Amili, Jilid 10, ms 462

Antara lain hadis-hadis sebegini adalah hadis berikut bagi pihak Zaid al-Nursi, yang berkata:

Aku mendengar Ubayd Ibn Zurara bertanyakan Aba-Abdillah (Al-Sadiq – Selawat keatasnya) tentang berpuasa pada hari Ashura. Beliau berkata: Sesiapa berpuasa pada hari tersebut, nasibnya disebabkan puasa tersebut akan sama seperti Ibn Marjana dan keluarga Ziyad! Dia (Ubayd) berkata: Aku berkata: Apakah nasib yang menanti disebabkan hari itu? Beliau berkata: Neraka! Semoga Allah memberikan perlindungan kepada kami daripada api neraka dan perbuatan-perbuatan yang mendekatkan kami kepada api neraka!
Al-Kafi oleh Al-Kulayni, Jilid 4, ms.147

Anatara lain juga, riwayat ya disampaikan oleh Ja’far Ibn Isa, yang berkata:

Aku bertanya kepada al-Ridha (Selawat keatsnya) tentang berpuasa pada hari Ashura dan tentang apa yang telah diperkatakan oleh orang-orang tentangnya. Beliau berkata: Adakah engkau bertanyakan kepadaku tentang puasanya Ibnu Marjana?! Ia adalah hari dimana keturunan haram daripada keluarga Ziyad berpuasa sebagai tanda syukur atas pembunuhan Hussain (Selawat keatasnya), da ia adalah hari penuh kedukaan bagi keluarga Mohammad (Selawat ke atasnya dan keluarganya), dan hari kedukaan bagi seluruh umat Islam. Hari kedukaan sedemikian, bukanlah layak untuk mereka berpuasa atau pun mengambil berkah daripadanya.
Sumber yang sama

Pejabat Syeikh al-Habib

The Office Of His Eminence Sheikh al-Habib