Adakah Nabi dan para Imam memiliki Ilmu al-Ghaib?

Adakah Nabi dan para Imam memiliki Ilmu al-Ghaib?

Adakah Nabi dan para Imam memiliki Ilmu al-Ghaib? 1920 1080 The Office Of His Eminence Sheikh al-Habib

SOALAN:

Adakah para Nabi dan Imam memiliki [Ilm al-Ghayb]?


JAWAPAN:

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.
Allah limpahkanlah Solawat ke atas Muhammad dan Keluarganya, dan Semoga laknat-Nya ke atas musuh-musuh mereka.

Semua Nabi dan Imam (Selawat ke atas mereka) memiliki sedikit-sebanyak ilmu al-ghayb yang dianugerahkan kepada mereka berdasarkan kepada kedudukan mereka.

Segelintir orang cuba untuk merendahkan orang-orang Syiah dengan menuduh mereka mensyirikkan Tuhan yang Maha Besar kerana mempercayai bahawa makhluk boleh mengetahui perkara ghaib. Walaubagaimana pun, tuduhan sedemikian adalah salah dan tidak berasas.

Al-Qur’an yang suci menyatakan kebarangkalian Tuhan menganugerahkan ilmu al-ghayb kepada Nabi-Nya:

(Dia-lah) yang mengetahui perkara ghaib, dan Dia tidak memberikan sesiapa (ilmu tentang) perkara yang ghaib, kecuali dikalangan Rasul yang diredhai-Nya.
Qu’ran 72:27-28

Tidak ada orang Islam yang mendakwa Tuhan tidak redha kepada Nabi dan Rasul al-A’zham, Muhammad ibn Abdullah (SAWA). Maka, Nabi Muhammad (SAWA) sememangnya menerima ilmu tentang perkara ghaib daripada Tuhan.

Walaubagaimana pun, yang menjdi pertikaian di kalangan teologi-teologi Syiah adalah apakah bentuk dan setakat mana ilmu tentang perkara ghaib yang dianugerahkan kepada Nabi Muhammad dan para Imam (Selawat ke atas mereka)

Demikian juga, orang-orang Syiah percaya bahawa para Nabi dan Imam hanyalah para hamba kepada Tuhan (Maha Tinggi kedudukan-Nya) dna mereka tidak memiliki apa-apa ilmu yang sedia ada dan terkandung dalam diri mereka secara terasing. Ilmu dan kebolehan yang mereka perolehi dianugerahkan kepada mereka oleh Tuhan yang Maha Besar, dan ia Tuhan yang satu, yang segalanya berasal daripada ilmu-Nya yang Agung tentang perkara ghaib yang tersendiri yang tidak terikat dengan yang lain kerana hanya Dia-lah secara mutlak Maha-mencukupi, Maha Tinggi dan segala puji untuk-Nya.

Pejabat Syeikh al-Habib

The Office Of His Eminence Sheikh al-Habib