Adakah riwayat-riwayat ‘Sunni’ menyebutkan tentang tahrif al-Quran?

Adakah riwayat-riwayat ‘Sunni’ menyebutkan tentang tahrif al-Quran?

Adakah riwayat-riwayat ‘Sunni’ menyebutkan tentang tahrif al-Quran? 1920 1080 The Office Of His Eminence Sheikh al-Habib

SOALAN:

Saya hanya ada satu soalan. Adakah terdapat mana-mana riwayat ‘Sunni’ berkenaan tahrif Al-Quran Al-Kareem atau sebarang kepercayaan bagi ‘Sunni’ berkaitan tahrif Al-Quran Al-Kareem?


JAWAPAN:

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.
Allah limpahkanlah Solawat ke atas Muhammad dan Keluarganya, dan Semoga laknat-Nya ke atas musuh-musuh mereka.

Memang benar, terdapat banyak riwayat yang sahih dilaporkan oleh al-Bukhari, Muslim dan lain-lain yang membuktikan tahrif Al-Quran yang suci. Ia seperti berikut:

Umar pernah duduk di mimbar dan berkata: “Allah mengutus Muhammad dengan kebenaran dan mewahyukan Kitab suci kepadanya, dan antara yang Allah wahyukan adalah ayat tentang rejam. Kami pernah membaca ayat ini, memahami dan menghafalnya. Nabi Allah pernah melaksanakan hukuman rejam begitu juga kami melakukannya setelahnya. Aku takut setelah masa berlalu, seseorang akan berkata: ‘Demi Allah, kami tidak mendapati ayat berkenaan hukum rejam di dalam Kitab Allah.’ Dan demikian mereka akan tersesat dengan meninggalkan kewajipan yang Allah telah wahyukan. Ketika itu kami pernah membaca antara ayat-ayat di dalam Kitab Allah: ‘Wahai manusia! Janganlah kamu mendakwa berasal daripada keturunan selain daripada bapa-bapa kamu, kerana ia adalah kekufuran (tidak bersyukur) bagi kamu bahawa kamu mengatakan daripada keturunan selain daripada bapa asal kamu.
Sahih al-Bukhari, Jilid 7, ms. 817

Sebagai tambahan, Aisha (Semoga kemurkaan Allah ke atasnya) meriwayatkan:

Telah diwahyukan di dalam Al-Quran ayat berkenaan 10 susuan, kemudian kepada 5 susuan. Nabi Allah meninggal dunia, dan ia terdapat di dalam Al Quran sebelumnya.
Sahih Muslim, Kitab 8, #3421

Malah, mereka juga melaporkan bahawa Abu Musa al-As’ari (Semoga kemurkaan Allah ke atasnya) berkata:

Kami pernah membaca satu surah yang hampir sama dalam panjangnya dan ancaman di dalamnya seperti Bara’a. Aku walaubagaimana pun, terlupa dan hanya mengingat potongan ini daripadanya: ‘Jika terdapat dua lembah yang penuh dengan segala kenikmatan bagi anak Adam, dia akan mengejar lemah yang ketiga, dan tidak ada yang akan memenuhi perut anak Adam itu kecuali debu-debuan. Dan kami juga pernah membaca satu surah yang menyamai salah satu surah Musabbihat, dan aku terlupa padanya, tetapi aku hanya mengingat (potongan) daripadanya: ‘Wahai orang-orang yang beriman, mengapakah kamu mengatakan apa yang tidak kamu perbuat dan ia akan dicatat di leher-leher kamu sebagai saksi (terhadap kamu) dan kamu akan ditanya tentangnya pada hari kebangkitan
Sahih Muslim, Kitab 5, #2286

Antara yang lebih melucukan telah dilaporkan, adalah riwayat berikut. Aisha (Semoga kemurkaan Allah ke atasnya) berkata:

Ayat berkaitan rejam dan susuan orang dewasa sebanyak sepuluh kali pernah diwahyukan, dan ia (dituliskan) di atas kertas dan disimpan dibawah katilku. Apabila Rasulullah telah pergi dan kami sangat terkesan dengan kematiannya, seekor haiwan tempatan masuk dan memakan kertas itu.
Musnad Ahmad, Jilid 6, ms. 269

Selain itu, dikalangan ulama yang percaya kepada tahrif Al-Quran, disebutkan secara umum seperti di dalam kenyataan berikut oleh Muhammad-al-Madani’s (iaitu salah seorang ulama di Universiti al-Azhar):

Seorang ulama Mesir pada tahun 1948 menulis sebuah kitab bertajuk ‘Al Furqan’ dimana dia telah mencetak riwayat-riwayat ini (iaitu riwayat berkenaan tahrif al-Quran) daripada karya-karya Ahl’ul Sunnah. Adakah kita pada dasar ini menyimpulkan bahawa Ahl’ul Sunnah tidak percaya bahawa Al-Quran itu lengkap? Atau adakah kita dengam berdasarkan riwayat-riwayat ini yang telah dicetak oleh seseorang atau dituliskan di dalam sekian atau sekian buku oleh sekian orang, mengambil sikap bahawa Ahl’ul Sunnah mempercayai bahawa Quran itu tidak lengkap?
Risala’tul-Islam, Edisi 11, ms 382-383, Bahagian 4

Pejabat Syeikh al-Habib

The Office Of His Eminence Sheikh al-Habib