Apakah hukum bagi seseorang yang mengikuti Ibn Arabi?

Apakah hukum bagi seseorang yang mengikuti Ibn Arabi?

Apakah hukum bagi seseorang yang mengikuti Ibn Arabi? 1920 1080 The Office Of His Eminence Sheikh al-Habib

SOALAN:

Tolong berikan saya nasihat berkenaan personaliti Ibn Arabi, yang juga pengarang Al Fotohat Al Makkya. Adakah dia Nasibi? Adakah dia Sunni? Adakah dia Syiah? Apakah hukum bagi seseorang yang mengkagumi idea-ideanya dan mengikuti kesimpulan-kesimpulannya

Mohammed Ibrahim Al Ibrahim


JAWAPAN:

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.
Allah limpahkanlah Solawat ke atas Muhammad dan Keluarganya, dan Semoga laknat-Nya ke atas musuh-musuh mereka.

Ibn Arabi adalah seorang Nasibi dan Zindiq. Sesiapa yang mengkagumi Ibn Arabi dan mana-mana Sudi yang lain menurut Ahlul Bayt akan menjadi musuh mereka. Apabila Imam Al Sadiq (Selawat ke atasnya) ditanyakan tentang Sufi, dia berkata:

“Mereka adalah musuh-musuh kami. Sesiapa yang cenderung kepada mereka, merupakan salah seorang kepada mereka dan akan dikumpulkan bersama-sama mereka di hari pengadilan. Akan ada sebilangan orang yang mendakwa mencintai kami tetapi cenderung kepada Sufi; mereka akan menyerupai mereka; mereka akan menggunakan gelaran-gelaran mereka; mereka akan sering menggunakan kata-kata mereka. Sesiapa yang cenderung kepada mereka, bukan daripada kami. Kami menolak mereka; sesiapa yang menyalahi mereka dan membalas kata-kata mereka akan dikurniakan status seperti berjuang bersama-sama dengan Nabi (SAWA).
Safinat Al Bihar, oleh Al Qumi, Jilid 2, ms. 57

Tidak ada amalan ibadah dalam Islam yang tulen atau manhaj yang dikenal sebagai Sufisme. Sufisme adalah bida’ah yang digalakkan oleh autokrat dan pemerintah bagi mengelakkan orang ramai daripada terlibat secara aktif di dalam urusan-urusan awam negara. Mereka menggalakkan orang ramai untuk memencilkan diri mereka. Jika tidak, kemunculan mereka secara aktif akan memberikan bahaya yang boleh menggoyahkan stabiliti rejim-rejim tirani tersebut. Rehim-rejim itu bertujuan agar membantutkan rasional orang-orang agama tersebut dan menenggelamkan mereka supaya mencari kedekatan dengan Allah dengan berzikir dan bentuk-bentuk ibadah yang lain dalam sementara mereka mengasingkan diri daripada masyarakat sehingga membolehkan mereka mencapai tingkatan yang tinggi.

Rejim-rejim tersebut dengan itu akan terselamat daripada sebarang kebangkitan berunsurkan agama menentang pemerintahan elit mereka. Pada awalnya itulah yang berlaku. Itulah bagaimana Sufisme pertama kali muncul. Sufi telah jatuh ke dalam perangkap. Mereka lupa bahawa Allah yang Maha Besar menjadikan setiap penganutnya harus berusaha dan mewujudkan kebenaran, keadilan, amar makruf dan nahi munkar. Setelah masa berlalu dan disebabkan pengasingan dan tabiat memakai pakaian kain suf, idea-idea dan konsep-konsep baru mulai berkembang sesama mereka. Sumbernya adalah syaitan. Dia meniupkan di dalam hati-hati mereka gaya-gaya tersebut disebabkan oleh pengasingan dan kesunyian mereka.

Adalah makruh perbuatan seseorang mengasingkan diri daripada persekitarannya berada. Sebagai tambahan, hanya terikat melakukan ibadah-ibadah praktikal seperti solat, puasa dan berdoa juga hukumnya makruh. Iman perlulah dalam keadaan yang holistik. Kamu perlukan kedua-duanya, praktikal dan ibadah-ibadah yang memerlukan tafakkur.

Satu jam berfikir lebih baik daripada setahun melakukan ibadah
Al Tuhfa Al Sunnia, oleh Al Jaza’airi, ms 72.

Antara keyakinan dan kepercayaan syaitan yang muncul di dalam Sufi adalah kepercayaan tentang Wahdatul Wujud dan Wahdatul Mawjud iaitu Kesatuan dengan Allah dan seluruh ciptaan-Nya. Mereka juga pergi lebih jauh apabila seseorang telah mencapai maqam spiritual yaqeen, ibadah seperti solat, puasa, haji sudah tidak lagi mempunyai keperluan dan makna. Dan juga, bila sampai kepada maqam itu, mereka boleh melakukan perkara-perkara yang maksiat dengan syarat telah mencapai yaqeen.

Manhaj ini bermula dikalangan ‘Sunni’ pada awalnya. Ia meresap dikalangan kita yang tidak mempunyai asas aqidah yang kuat. Satu menamakannya Sufisme; dan satu lagi memberikan nama ‘Irfan’; Misticism. Kedua-duanya adalah sisi lain pada syiling yang sama.

Imam Al Sadiq (Selawat ke atasnya) berkata:

Mereka, Sufi adalah musuh-musuh kami. Sesiapa yang cenderung kepada mereka, merupakan salah seorang kepada mereka dan akan dikumpulkan bersama-sama mereka di hari pengadilan. Akan ada sebilangan orang yang mendakwa mencintai kami tetapi cenderung kepada Sufi; mereka akan menyerupai mereka; mereka akan menggunakan gelaran-gelaran mereka; mereka akan sering menggunakan kata-kata mereka. Sesiapa yang cenderung kepada mereka, bukan daripada kami. Kami menolak mereka; sesiapa yang menyalahi mereka dan membalas kata-kata mereka akan dikurniakan status seperti berjuang bersama-sama dengan Nabi (SAWA).
Safinat Al Bihar, oleh Al Qumi, Jilid 2, ms. 57, dan Mustadrak Al Wasail, Jilid 12, ms. 323.

Imam Al Ridha (Selawat ke atasnya) berkata:

Sesiapa yang disebut di hadapannya, Sufi, dan dia tidak menyanggahi mereka dengan kata-kata atau secara peribadi, bukanlah daripada kami. Sesiapa yang menyanggahi mereka, akan dikurniakan status berjuang bersama-sama Nabi (SAWA).
Safinat Al Bihar, oleh Al Qumi, Jilid 2, ms. 57, dan Mustadrak Al Wasail, Jilid 12, ms. 323.

Imam al Sadiq (Selawat ke atasnya) mengisyaratkan akan terdapat segelintir Syiah yang mencintainya tetapi cenderung kepada Sufi, mereka akan menyerupai mereka, menggunakan gelaran-gelaran mereka, mengulang kata-kata mereka, mempertahankan mereka dan menjustifikasikan kata-kata Sufi. Semua itu telah berlaku pada zaman kita ini sehingga tahap salah seorang daripada mereka yang mendakwa sebagai seorang Syiah mengagung-agungkan Ibn Arabi. Khomeini mendedikasikan hidupnya untuk memberi komentar buku-buku yang dikarang oleh Ibn Arabi. Dia juga memuji Al Halaj di dalam rangkap-rangkap puisi, walau pun Hallaj telah dihukum dan dilaknat oleh penutup segala Imam kita (Selawat ke atasnya). Imam Zaman kita (Selawat ke atasnya) sendiri mengeluarkan ketetapan baraah daripada Al Halaj (Semoga kemurkaan Allah ke atasnya).

Oleh itu, kami merumuskan sesiapa yang mengikuti manhaj batil tersebut atau mendekatkan diri kepadanya, bukanlah seorang pengikut Ahl Al Bayt (Selawat ke atasnya). Misticism dan Sufisme adalah dua sisi pada syiling yang sama. Kedua-duanya berkongsi platfom yang sama, rasa yang sama dan kecenderungan yang sama. Mereka saling mengagungkan sesama mereka. Mereka yang dinamakan sebagai ahli mistik@mysticists yang berpakaian seperti pakaian agamawan Syiah mengagungkan Ibn Arabi dan Jalal Al Deen Al Roumi. Mereka berdua itu adalah yang tokoh utama jika pun tidak sebagai ikon utama orang-orang Sufi.

Ketika kami sedang berdiri, sekumpulan Sufi masuk ke dalam masjid. Mereka duduk di hujung penjuru masjid dan mulai berkata “Tiada Tuhan melainkan Allah’. Imam al-Hadi (Selawat ke atasnya) berpaling kepada sahabat-sahabatnya dan berkata kepada mereka:

Jangan berikan perhatian kepada penipu-penipu ini kerana mereka bersekongkol dengan syaitan-syaitan dan pemusnah-pemusnah kepada tiang-tiang agama. Mereka menjadi asetik hanya untuk melegakan tubuh-tubuh mereka dan berjaga hanya untuk memburu lembu…Mereka tidak mengamalkan ritual kecuali untuk menipu orang ramai, dan tidak mengurangkan makanan kecuali untuk membohongi si bodoh. Ibadah mereka hanyalah menari dan bertepuk tangan, dan pujian dan penghormatan kepada Allah hanyalah menyanyi dan menjerit. Tiada sesiapa yang mengikuti mereka kecuali si dungu dan yang terkeliru dan tiada sesiapa yang percayakan mereka kecuali yang terencat. Sesiapa yang meziarahi sesiapa daripada mereka, hidup atau mati, seperti dia pergi kepada Syaitan dan penyembah-penyembah berhala dan sesiapa yang menyokong sesiapa daripada mereka sama seperti orang yang menyokong Mu’awiya, Yazid dan Abu Sufyan.’ Lalu seorang sahabat berkata: ‘Sekalipun jika mereka mengiktiraf hak-hak kamu?’ Imam al-Hadi (Selawat ke atasnya) memarahinya dan meninggikan suara: ‘Jangan berkata demikian. Mereka yang mengiktiraf hak-hak kami, tidak akan sesekali menyanggahi kami. Adakah kamu tahu mereka itu adalah seburuk-buruk kumpulan Sufi?! Walaupun Sufi-sufi yang lain berbeza pendapat dengan kami dan cara mereka berlawanan dengan cara kita. Mereka itulah Nasrani dan Majusi bagi umat ini. Mereka sedaya-upaya memadamkan cahaya Allah dengan mulut-mulut mereka dan Allah akan menyempurnakan cahaya-Nya, walaupun orang-orang kafir tidak menyukai.
Hadiqatul Shia oleh al-Ardabili, ms. 602, diambil daripada al-Mufid.

Imam Al-Askari (Selawat ke atasnya) berkata kepada Abi Hisham Al Jaffari:

Wahai Abi Hisham! Akan tiba masanya apabila orang-orang tampak gembira tetapi hati-hati mereka penuh dengan kemuraman. Sunnah yang benar di kalangan mereka dikatakan sebagai bida’ah; bida’ah di kalangan mereka dikatakan Sunnah. Seorang mukmin sejati dikalangan mereka dihina; zindiq dikalangan mereka pula sangat dihormati. Orang-orang yang memerintah mereka adalah tirani. Ulama-ulama mereka berjalan menuju pintu-pintu kegelapan. Orang kaya dikalangan mereka merompak daripada orang-orang yang miskin. Orang-orang muda lebih bersemangat daripada yang tua. Sesiapa yang bodoh diambil sebagai ulama yang mahir. Orang ramai tidak dapat membezakan siapakah mereka yang beriman dan yang tidak beriman. Orang ramai tidak dapat membezakan antara manusia serigala dan manusia bebiri. Ulama-ulama mereka adalah seburuk-buruk ciptaan Allah kerana mereka cenderung kepada falsafah dan Sufisme. Demi Allah! Mereka itulah yang akan membawa kemelampauan dan penyelewengan kepada Islam. Mereka akan memesongkan Syiah-syiah kami. Sekiranya mereka mendapat jawatan yang tinggi, tidak akan cukup bagi mereka daripada korupsi; jika mereka tidak, dia menampakkan amal-amal ibadah tetapi hanyalah penyamaran. Merekalah penyamun-penyamun pada jalan-jalan orang beriman. Merekalah yang akan menyeru kepada jalan kekafiran. Berjaga-jagalah daripada mereka! Pastikan iman kamu selamat daripada mereka! Teguhkan iman kamu daripada mereka! Wahai Abi Hashim! Ini telah diberitakan kepadaku melalui datuk-datukku, maka, ingatlah dengan sepenuh hati dan sebarkannya dengan baik. .
Safinat Al Bihar, oleh Al Qumi, Jilid 2, ms. 58.

Misticism dan Sufisme sememangnya adalah dua sisi syiling yang sama. Satu-satunya yang menjadi faktor persamaan yang boleh didapati daripada keduanya adalah pengagungan mereka kepada simbol-simbol dan pemimpin-pemimpin ikonik Sufisme seperti Halaj, Ibn Arabi dan Jala al-Din Roumi. Seperti mana yang telah dijangkakan oleh para imam yang suci (Selawat ke atas mereka), Mysticism yang dikenali hari ini sememangnya pendekatan Syaitan yang mendakwa kemampuan untuk mencapai dzat Tuhan melalui kadah-kaedah yang haram seperti apa yang dinamakan sebagai Kashf (pengalaman mistik atau mukjizat), Shuhud (pengalaman secara langsung) dan apa yang dinamakan sebagai ‘Empat perjalanan spiritual’:

  1. Min al-Khalq ila al-Haq (Perjalanan daripada makhluk kepada Tuhan)
  2. Min al-Haqi Ila al-Haq (Perjalanan bersama-sama dengan Tuhan di dalam Diri-Nya)
  3. Min al-Haqi Ila al-Khalq (Perjalanan daripada Tuhan kepada makhluk)
  4. Min al-Khalq Ila al-Khalq (Perjalanan bersama dengan makhluk di dalam makhluk)

Seperti yang kamu dapat sedari, mereka tidak mempunyai apa-apa pun hubungan dengan Shari’a dan ajaran-ajaran Ahl Al Bayt (Selawat ke atas mereka). Apa yang lebih bahaya, kaedah Syaitan ini menganjurkan pengikut-pengikutnya untuk mempercayai konsep ‘Wahdat al Wujood Wal Mawjood’ iaitu Kesatuan dalam Wujud dan Kesatuan dalam Kewujudan, Pantheism dan oleh itu memberikan implikasi kemusyrikan.

Berikut adalah riwayat daripada pemimpin kami, Imam al-Sadiq (Selawat ke atasnya) yang merupakan satu cara yang berguna dalam menyanggahi konsep ini:

Tuhan itu bebas daripada makhluk-makhluknya, dan semua makhluknya tidak memiliki apa-apa pun persamaan dengan-Nya. Dalam apa-apa ekspresi ‘sesuatu’ terpakai, ia adalah makhluk kecuali Tuhan dan Tuhan itu adalah pencipta segala sesuatu. Betapa tinggi kemuliaan-Nya, tiada sesuatu pun menyerupai-Nya dan Dia Maha Mendengar lagi Maha Melihat
al-Kafi, Jilid 1, ms 82

Definisi ‘Irfan’ yang dikemukakan oleh Sheikh yang menepati Islam diambil daripada riwayat yang direkodkan di dalam Tafseer Al Ayashi. ‘Irfan’ Islami yang sebenarnya boleh diidentifikasi di dalam kata-kata Imam kita, Imam al-Baqir (Selawat ke atasnya). Dia menerangkannya di dalam jawapannya terhadap beberapa soalan yang diberikan kepadanya oleh Abu Hamza al-Thumali, seorang figur yang terkenal yang merupakan salah seorang pengikut setia Imam di kalangan pengikut-pengikut setianya (Selawat ke atasnya) yang lain.

Al-Ayashi meriwayatkan bahawa Abu Hamza berkata:

Abu Jaffar (Selawat ke atasnya) berkata kepadaku: ‘Wahai Abu Hamza, sesiapa yang mengenal Allah akan menyembah Allah. Bagi mereka yang tidak mengenal Allah, mereka akan menyembah selain daripada Allah dan demikian akan jadi terpesong.’ Jadi aku pun berkata: ‘Dan apakah ‘Irfan’ (pengetahuan) tentang Allah?’ (Di dalam teks Bahasa Arab: “Apakah Irfan Allah?”) Dia menjawab: ‘Percaya kepada Allah yang Maha Besar dan percaya kepada Pesuruhnya, Mohammed (SAWA) dan Wilayah Ali dan keimamahan Ali, menjadikan Ali sebagai Imamnya dan menerima Imam-imam petunjuk selepasnya, dan Bara’ah kepada Allah daripada musuh-musuh mereka. Itulah ‘Irfan’ (pengetahuan) tentang Allah’. “Aku berkata: ‘Apakah yang perkara-perkara yang perlu aku lakukan sekiranya aku telah memenuhi semua itu, adakah aku telah mendapatkan kebenaran bagi iman? Dia berkata: ‘Ikrarkan kebersamaan kepada Wali-wali Allah dan ikrarkan permusuhan kepada musuh-musuh Allah, dengan itu, kamu akan bersama-sama dengan Orang-orang yang benar seperti yang suruhan Allah yang diarahkan kepada kamu.’ Aku berkata: Siapakah Wali-wali Allah? Dan siapakah musuh-musuh-Nya?’ Dia menjawab: ‘Mohammed Rasulullah, Ali, Hassan, Hussain, Ali ibn Hussain, kemudian sampai kepadaku.’ Dia lalu menunjukkan dengan jari telunjuknya yang mulia k arah anaknya Jaffar dan berkata: ‘Sesiapa yang menerima mereka dan memperakui kewilayahan mereka telah mendapatkan kebersamaan dengan Allah dan menjadi antara Orang-orang yang benar seperti yang diarahkan oleh Allah.’ Aku berkata: ‘Dan siapa pula musuh-musuh Allah?’ Imam menjawab: ‘Empat berhala’. Aku berkata: ‘Dan siapakah mereka?’ Imam berkata: ‘Abu Bakr, Omar, Uthman, Muawyah dan sesiapa yang mengikuti syariat mereka, hukum-hukum dan kefahaman-kefahaman tentang Islam yang telah mereka ciptakan. Sesiapa yang menjadikan dirinya sebagai musuh kempat-empat berhala itu, telah menjadi musuh kepada musuh-musuh Allah.
Tafseer al Ayashi, Jilid 2, ms. 116).

Sekiranya seseorang memberikan perhatian dengan teliti kepada riwayat tersebut, dia hendaklah menggariskan frasa yang dinyatakan oleh Imam kita (Selawat ke atasnya) yang memberikan definisi ‘Irfan Allah’ sebagai kepercayaan kepada Wilayah dan kepercayaan kepada Baraah. Dengan kata mudah: ‘Irfan’ Allah adalah kepercayaan kepada Allah, kepada Rasul-Nya, Mohammed (SAWA), kepada apa yang telah dia iaitu Nabi (SAWA) arahkan berkaitan Wilayah Ali dan keimamahan Ali, menjadikan Ali sebagai Imam dan menerima para Imam petunjuk selepasnya. Maka itu, untuk menyempurnakan ‘Irfan Allah, Imam Al Baqir (Selawat ke atasnya) menambahkan mengikrarkan baraah kepada Allah daripada musuh-musuh mereka menjadikan ‘Irfan’ seseorang menjadi lengkap: dan dengan demikian itulah ‘Irfan’ Allah. Itulah kebenaran bagi Iman seperti yang dinyatakan oleh Imam Al Baqir (Selawat ke atasnya).

Inilah definisi ‘Irfan’ yang asli, menyeluruh, dan bersih. Definisi ini terkait atau terikat dengan apa yang sepatutnya seseorang lakukan secara praktikal berkenaan wilayah dan baraahm tidak lebih dan tidak kurang. Untuk lebih berterus-terang, kami sebenarnya sudah jemu untuk memberikan respon berkaitan tokoh-tokoh yang terpesong dan menyeleweng tersebut dan menjelaskan tentang apa yang mereka wakili.

Jadikan ini sebagai panduan: Sekirannya kamu mengetahui sesiapa yang cenderung kepada Sufisme, Mysticism atau Falsafah, maka dia terkeluar daripada ruang lingkup Syiah yang asli. Seorang Syiah sejati berlepas diri dan menjauhkan diri mereka daripada individu-individu sedemikian.

Ingat kepada apa yang Imam Al Ridha (Selawat ke atasnya) sebutkan:

Sesiapa yang disebut di hadapannya, Sufi, dan dia tidak menyanggahi mereka dengan kata-kata atau secara peribadi, bukanlah daripada kami. Sesiapa yang menyanggahi mereka, akan dikurniakan status berjuang bersama-sama Nabi (SAWA).

Sufisme menyerap masuk ke dalam dunia Syiah di bawah nama ‘Irfan’ (Mysticism). Ramai yang telah terjatuh kerananya dan lebih ramai lagi yang akan terjerumus ke dalam jurang itu. Kami bermohon kepada Allah agar dijauhkan kami daripadanya!

Pejabat Syeikh al-Habib

The Office Of His Eminence Sheikh al-Habib