SOALAN:
Apakah kriteria dalam menilai hadis?
Terdapat segelintir di kalangan kita yang mencambahkan keraguan tentang hadis-hadis kita. Sesetengahnya pergi lebih jauh seperti mencambahkan keraguan tentang kelahiran penuh mukjizat Amirul Mukminin (Selawat ke atasnya) di dalam Kaabah yang suci.
JAWAPAN:
Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.
Allah limpahkanlah Solawat ke atas Muhammad dan Keluarganya, dan Semoga laknat-Nya ke atas musuh-musuh mereka.
Sheikh mengatakan didalam jawapan yang lepas: “Bagi mendapatkan kepastian, pertimbangan dan kredibiliti bagi hadis-hadis, kriterianya harus lebih luas melampaui jalur periwayatan. Satu-satu hadis yang sahih tidaklah hanya dinilai kepada satu-satu jalur periwayatan yang sahih. Kesahihan pada jalur periwayatan hanyalah salah satu cara untuk mendapatkan kredibiliti dan pengiktirafan sesuatu hadis. Kualiti-kualiti yang lain juga membuatkan sesuatu hadis terpakai dalam aqidah dan perkara ibdat; sekalipun jika ia tampak seperti mempunyai jalur periwayatan yang lemah.
Sebagai contoh, sekiranya riwayat tersebut bertepatan dalam isi kandungan dan bahannya seperti yang terdapat di dalam Al-Quran, atau diketahui umum, tersebar luas, popular dan diterima pakai, atau secara moralnya diamalkan oleh para sahabat Imam yang beriman (Selawat ke atas mereka) atau disokong oleh bukti-bukti kontekstual, atau terdapat hadis-hadis yang lain yang serupa, atau ia boleh dikawal dengan hukum-hukm pembetulan dan prosedur yang bertentangan dengan apa yang terdapat oleh Sunni dalam hal tersebut, maka riwayat itu sendirinya menjadi sah dan diiktiraf.
Terdapat banyak riwayat yang sahih; walaubagaimana pun di dalam aqidah dan perlaksanaan, ia tidak dapat diiktiraf dan tidak dapat menjadi suruhan. Riwyat-riwayat sahih itu mungkin bertentangan dengan Qur’an, atau ianya janggal, atau sahabat-sahabat para Imam (Selawat ke atas mereka) mengenepikannya, atau riwayat-riwayat tersebut tidak mempunyai riwayat lain yang setara, atau ianya bersamaan dengan apa yang ada pada Sunni, maka ia menjadi tidak diiktiraf.
Maka, orang-orang yang keliru percaya sekiranya riwayat tersebut tidak memiliki jalur periwayatan yang sahih, ia sepatutnya tidak diiktiraf, atau sekiranya riwayat itu sahih kerana jalur periwayatnya sahih, maka ia memiliki autoriti untu digunakan – mereka patut belajar bahawa hukum yang longgar dan picisan itu hanyalah bersifat artifisial.
Terdapat juga orang-orang Syiah dikalangan kita yang menderita akibat sindrom ‘self-defeatism’ [bersikap kalah dengan diri sendiri tanpa ada yang memaksakan] apabila berhadapan dengan ‘Sunni’. Mereka ingin mencambahkan keraguan atas apa sahaja agar mencairkan perbezaan besar antara kita dengan ‘Sunni’. Keraguan mereka bukan sahaja terhad kepada riwayat-riwayat yang memiliki jalur periwayatan yang lemah; malah, keraguan mereka menjangkau kepada tahap yang tertinggi dalam mengakreditasi hadis, seperti yang dilakukan didalam Ziarat ‘Ashura.
Mereka, Syiah yang bacul itu iaitu ‘Batri’ mahu agar orang-orang percaya bahawa sebarang riwayat dengan jalur periwayatan yang lemah sepatutnya dikesampingkan. Sebaliknya, banyak juga hukum-hukum agama yang dideduksikan daripada riwayat-riwayat yang lemah. Riwayat-riwayat yang menyatakan tentang keutamaan-keutamaan, mukjizat-mukjizat, keajaiban-keajaiban dan merit yang tinggi bagi Ahlul Bayt (Selawat ke atas mereka) tidak sepatutnya ditolak ketepi kerana riwayat-riwayat tersebut tidak termasuk hukum-hukum yang mengikat kita kepada perkara-perkara wajib dan praktikal. Maka, riwayat-riwayat yang sedemikian hanya boleh diketepikan sekiranya ia terkandung elemen-elemen yang bertentangan dengan Al-Qur’an yang suci, riwayat-riwayat yang mulia daripada Nabi (Selawat ke atasnya dan keluarganya yang suci), intelek atau ijma’ ; yang menjadikannya mempunyai keabsahan!
Pejabat Syeikh al-Habib