SOALAN:
Apakah pendirian Syiah tentang agama Zoroastrian?…dengan bukti dan jawapan yang terperinci…dengan jawapan yang disokong oleh hadis-hadis Ahlul-bait, selawat ke atas mereka semua. Dan terima kasih.
JAWAPAN:
Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.
Allah limpahkanlah Solawat ke atas Muhammad dan Keluarganya, dan Semoga laknat-Nya ke atas musuh-musuh mereka.
Agama Majusi, Zoroastrian, adalah agama samawi pada asalnya, tetapi mereka telah menyelewengkannya seperti mana Yahudi dan Nasrani – sebagai contoh – dan ia jelas sekali kumpulan yang menyimpang.
Antara soalan yang ditanyakan oleh seorang zindiq kepada Abu Abdullah, selawat ke atasnya tentang banyak perkara, dia berkata:
Dia berkata: Ceritakan padaku tentang orang-orang Majusi, adakah Tuhan mereka umar pilihan dan dikurniakan kepada mereka seorang Nabi?
Aku telah menjumpai di dalam kitab-kitab mereka dengan khutbah-khutbah yang jelas dan fasih, Dan kata-kata hikmah yang menyembuhkan, mereka juga mempercayai pahala dan dosa, dan mereka juga mempunyai hukum-hakam yang dipraktikkan.
Dia, selawat ke atasnya, berkata: Tidak ada satu pun umat yang tidak didatangkan kepada mereka pemberi peringatan, Dia diutus atas kehendak Tuhan, dan mereka menolaknya dan melanggari kitab-Nya.
Dia berkata: Orang-orang mengatakan dia adalah Khalid bin Sinan?.
Dia, selawat ke atasnya, berkata: Khalid adalah seorang Arab Badwi, dia bukanlah seorang Nabi, tetapi dia adalah seperti yang diperkatakan orang ramai.
Dia bertanya: Kalau begitu, adakah Zoroaster?
Dia, selawat ke atasnya, berkata: Sesungguhnya memang Zoroaster menyebabkan keributan ke atas mereka, mengakui kenabian, kemudian orang-orang di kalangan mereka ada yang percaya kepadanya dan sebilangan yang lain menolaknya. Maka mereka menghambatnya dan singa-singa memakannya di hutan yang buas.
Dia bertanya: Beritahukan kepadaku tentang orang-orang Majusi, adakah mereka lebih hampir kepada kebenaran atau pun orang-orang Arab?
Dia, selawat ke atasnya berkata: Orang-orang Arab pada ketika jahiliyyah lebih hampir kepada agama yang Hanif berbanding orang-orang Majusi, ini kerana orang-orang Majusi mengingkari seluruh Nabi, dan bangkit menentang kitab-kitab yang mereka bawakan, dan menafikah bukti-bukti yang mereka bawakan, Dan tidak mengambil apa-apa daripada sunnah dan ajaran mereka, Dan pada mereka adanya Kikhsru, raja kaum Majusi, pada era yang awal telah membunuh tiga ratus orang Nabi, dan orang-orang Majusi tidak mandi setelah bersetubuh, dan orang-orang Arab pernah mengamalkan mandi dan mengambil wudu’ daripada hukum-hukum Hanafiyah yang suci, dan orang-orang Majusi tidak bersunat sedangkan ini adalah sunnah para Nabi, dan orang pertama yang melakukannya adalah Ibrahim al-Khalil, dan orang-orang Majusi tidak memandikan jenazah atau mengkafankan mereka, sepertimana dilakukan oleh orang-orang Arab, dan orang-orang Majusi melemparkan orang-orang yang mati di tengah gurun dan keranda batu, dan orang-orang Arab menanam mereka di kuburan dan tempat-tempat persemadian mereka, dan ini juga adalah sunnah para Nabi, Orang pertama yang menggali kuburan adalah Adam, bapa kepada seluruh manusia, dan dia sendiri dikuburkan di dalam tanah, dan orang-orang Majusi bersetubuh dengan ibu-ibu mereka dan mengahwini anak-anak perempuan mereka dan adik-beradik mereka, tetapi orang-orang Arab mengharamkannya, dan orang-orang Majusi mengingkari (konsep) Bait-ullah dan memanggilnya rumah syaitan sedangkan orang-orang Arab pernah melakukan haji dan mengagungkannya, dan mengatakan: “Rumah Tuhan”, dan menerima Taurat dan Injil, dan bertanyakan kepada Ahlul Kitab dan mengambil daripada mereka, kerana itulah orang-orang Arab dalam semua sebab lebih hampir kepada agama Hanafi berbanding orang-orang Majusi
Al Ihtijaj oleh Tabarsi, bahagian 2
Dengan autoriti Abu Yahya al-Wasiti, dia berkata: Abu Abdullah, selawat ke atasnya, ditanya tentang orang-orang Majusi, dan dia berkata:
Mereka memiliki Nabi dan mereka telah membunuhnya dan membakar kitabnya. Nabi mereka diutuskan kepada mereka dengan kitab yang ditulis pada dua belas ribu kulit lembu, dan ia dipanggil: Ja Masb.
Tahdheeb Al-Ahkam oleh Al-Tusi
Telah diriwayatkan dengan autoriti Amir al Mumineen, selawat ke atasnya, dimana dia mengatakan:
Orang-orang Majusi akan dikumpulkan bersama-sama orang-orang Yahudi dan Nasrani dalam hukuman diyat (kerana membunuh Nabi), kerana mereka telah diberikan kitab pada masa lampau.
Wasaelu Shia oleh Hurr al Amily
Pejabat Syeikh al-Habib