SOALAN:
Sekiranya Omar dan Abu Bakr adalah orang-orang yang kafir, jadi bagaimanakah Allah menerima Abu Bakr dan Omar dikuburkan bersebelahan dengan Nabi-Nya yang mulia di sebelah kanan dan kirinya? Bukankah Allah mengatakan berikut didalam Al-Quran kepada Nabi:
Dan kelak, Tuhanmu akan memberikan kamu (segala kebaikan) yang akan membuatkan kamu bersukacita.
Quran 93:6
Beritahukan kepada saya, adakah Allah redha apabila dua orang kafir dikuburkan bersama dengannya lebih daripada 1400 tahun yang kubur-kubur mereka merupakan lubang-lubang daripada api neraka?
Semoga keamanan, kasih-sayang dan rahmat Allah ke atas kamu.
Ali
JAWAPAN:
Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.
Allah limpahkanlah Solawat ke atas Muhammad dan Keluarganya, dan Semoga laknat-Nya ke atas musuh-musuh mereka.
Pertama: Pemakaman kedua orang yang terlaknat ini bersebelahan dengan Nabi (SAWA) bukanlah daripada perintah Allah (Maha Tinggi Kedudukan-Nya), tidak juga dengan perintah Baginda (SAWA) bukan daripada Wasinya yang sah, bukan juga Ahlul-Baytnya (Selawat ke atas mereka). Sebaliknya ia dilakukan dengan perintah daripada pemerintah yang tidak sah, dengan itu pengebumian mereka dilakukan secara paksa, dan dengan bersemadinya mereka bersebelahan dengan Nabi (SAWA); menjadikannya satu bukti yang jelas mencemar dan mencerobohi rumah Rasulullah (SAWA), itu saja sudah memadai menjadi bukti betapa buruknya keperibadian mereka dan orang-orang yang menyokong mereka. Allah (Yang Maha Tinggi) berkata:
Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu masuk ke dalam rumah-rumah Nabi kecuali setelah kamu diizinkan.
Qur’an 33:54
Untuk berhujah mengatakan ia telah dilakukan dengan keizinan Aisha (Laknat Allah ke atasnya); adalah tidak sah dan hujah yang ditolak. Kami sebelum ini telah menjelaskan dan membuktikan di dalam jawapan kami yang lain bahawa dia tidak memiliki rumah Nabi dan tidak juga dia mempunyai hak untuk berbuat sesuka-hatinya, kerana rumah itu bukanlah secara sah dimiliki olehnya.
Kedua: Jika sekalipun dengan beranggapan jenazah busuk mereka disemadikan bersebelahan dengan Nabi (SAWA), ini tidak memberikan sebarang kesan kepada Nabi; mereka berada di dalam lubang-lubang neraka, sementara dia (SAWA) akan berada di syurga yang paling tinggi. Di’bil al-Khuza’I seorang penyair Syiah yang terkenal dan juga merupakan sahabat Imam al-Riza (Selawat ke atasnya), berkata di dalam rangkap-rangkap syairnya berkenaan Haroun al-Rashid (Laknat Allah ke atasnya) yang disemadikan bersebalahn dengan Imam al-Riza (Selawat ke atasnya):
Dua kuburan di tengah Tous, yang dimiliki oleh orang-orang yang terbaik – Kuburan orang yang sangat jahat di antara mereka juga berada di sini; sesungguhnya padanya ada pengajaran yang besar! Yang najis tidak akan mendapati manfaat dengan hanya berdekatan dengan yang suci – Tidak menbawa bahaya sedikit pun pada yang suci hanya kerana berdekatan dengan yang najis!
Ketiga: Tubuh Nabi (SAWA) yang asal tidak lagi berada di dalam kubur itu. Sebaliknya, Allah (Maha Tinggi kedudukan-Nya) telah mengangkat tubuhnya ke syurga. Berikut adalah apa yang diriwayatkan dengan autoriti Abi-Abdillah al-Sadiq (Selawat ke atasnya):
Tidak ada seorang pun Nabi atau Wasi kepada Nabi yang bersemadi di bumi melebihi tiga hari selepas kematiannya, kecuali Allah mengangkat ruh, tulang-belulang dan tubuh badannya ke syurga.
Kamil-ul-Ziyarat, ms. 544 dan Al-Kafi, Jilid 4, ms. 567
Keempat: Mayat kedua-dua orang terlaknat ini juga tidak lagi berada di dalam kubur-kubur mereka. Sebaliknya, para malaikat memindahkan mayat-mayat mereka ke Lembah Barhout dimana mereka akan diazab dan mereka meletakkan sahabat-sahabta Nabi yang setia, Salman dan Abu-Dharr (Semoga redha Allah ke atas mereka berdua) di tempat mereka. Sheikh al-Tousi (Semoga Allah merahmatinya) meriwayatkan dengan jalur periwayatan dengan autoriti Abi-Baseer yang berkata:
Aku mengerjakan Haji bersama-sama Abi-Abdillah (Selawat ke atasnya). Dia kemudian singgah menziarahi kubur datuknya (SAWA) di Madinah, dan aku sama-sama berziarah dengannya. Kemudian datang seorang lelaki dari Bani-Yaqdhan berkata kepadanya: ‘Wahai anak Rasulullah, mereka (orang-orang) mengatakan bahawa mereka menziarahi Abu Bakr dan Omar di bawah kubah ini!” Dia (Selawat ke atasnya) berkata: ‘Tidak sekali-kali wahai saudara kaum Yaqdhan! Mereka berbohong! Demi Allah, sekiranya mereka menggali kubur-kubur mereka mereka akan mendapati Salman dan Abu-Dharr di tempat mereka. Kerana sesungguhnya, demi Allah, mereka lebih layak berada di tempat ini berbanding orang-orang lain.’ Kemudian aku (Abu Baseer) berkata: ‘Wahai anak Rasulullah, bagaimana mungkin orang yang sudah mati boleh berubah tempat dan orang lain pula berada di tempatnya?’ Dia (Selawat ke atasnya) berkata: ‘Wahai Aba-Mohammad, Allah (Maha Tinggi kedudukan-Nya) telah menciptakan tujuh puluh malaikat yang dinamakan ‘Al-Naqilah’ (yang bermaksud pembawa); mereka bertebaran di timur dan barat setiap penjuru bumi, dan mereka mengeluarkan tubuh orang-orang yang mati daripada keranda dan memasukkan orang lain di tempatnya, tanpa ada sesiapa pun yang menyedari. Sesungguhnya, ia bukanlah sesuatu yang mustahil (daripada realiti), dan Allah tidak sesekali berlaku zalim terhadap hamba-hamba-Nya.
Nafasul-Rahman di Fada’el Salman oleh Mirza Nouri, ms, 636
Kelima: Apabila Imam kami al-Mahdi (Selawat ke atasnya) akan muncul, dia akan mengeluarkan Abu Bakr dan Omar (Laknat allah ke atasnya) daripada kubur-kubur mereka setelah mereka dikembalikan oleh para malaikat ke kubur-kubur mereka yang asal. Ini akan berlaku sebagai ujian yang sungguh besar ke atas manusia yang ditetapkan oleh Allah, seperti mana yang telah kami jelaskan di dalam jawapan kami yang lepas.
Pejabat Syeikh al-Habib