Bagaimana ayat “Bagi setiap kaum ada pemberi petunjuk” dapat membuktikan Imamah?

Bagaimana ayat “Bagi setiap kaum ada pemberi petunjuk” dapat membuktikan Imamah?

Bagaimana ayat “Bagi setiap kaum ada pemberi petunjuk” dapat membuktikan Imamah? 1920 1080 The Office Of His Eminence Sheikh al-Habib

SOALAN:

Saya membawakan ayat berikut kepada seorang Wahabi

Sesungguhnya, kamu hanyalah seorang pemberi peringatan dan bagi setiap kaum ada orang yang memberikan petunjuk
(Qur’an 13:8)

yang mana Wahabi tersebut mengatakan bahawa syiah sering menggunakan ayat ini untuk mengatakan bahawa pada setiap zaman pasti akan adanya Imam yang maksum.

Bagaimana pendapat anda, sheikh yang dikasihi?


JAWAPAN:

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.
Allah limpahkanlah Solawat ke atas Muhammad dan Keluarganya, dan Semoga laknat-Nya ke atas musuh-musuh mereka.

Benar, ayat yang mulia ini sering digunakan sebagai hujah mustahil bahawa Kepimpinan dari Ilahi terputus pada setiap zaman. Ini kerana ia menerangkan bahawa Nabi yang mulia (Allah limpahkan Solawat ke atasnya dan keluarganya) hanya seorang pemberi peringatan dan menyampaikan bagi kaumnya dan seterusnya selepas itu, bagi setiap kaum dan generasi, pasti akan datang pemberi petunjuk yang mengemban tugas memberikan petunjuk bagi setiap kaum mereka (Allah limpahkan Solawat ke atasnya dan keluarganya) dengan petunjuk apa yang telah dibawakan oleh Nabi. Pemberi petunjuk ini tidak lain adalah Imam yang maksum dari kalangan Ahlulbaytnya (Allah limpahkan Solawat ke atasnya dan keluarganya).

Ini telah dirakamkan didalam hadis daripada Imam kami (Selawat ke atas mereka semua). Telah diriwayatkan oleh Muhammad Ibn Muslim, dia mengatakan:

Aku berkata kepada Abu Abdillah – al Sadiq- (Selawat ke atasnya), berkenaan ayat Allah (Azza wa Jal): “Sesungguhnya, kamu hanyalah seorang pemberi peringatan dan bagi setiap kaum ada orang yang memberikan petunjuk
(Qur’an 13:8)

Beliau kemudian berkata

Setiap Imam adalah pemberi petunjuk kepada setiap insan pada zamannya.

Telah diriwayatkan oleh Buraid Ibn Mu’awiya al-Ajali, yang berkata:

Aku berkata kepada Abu Ja’far -al-Baqir- (Selawat ke atasnya): Apakah maksud: “Sesungguhnya, kamu hanyalah seorang pemberi peringatan dan bagi setiap kaum ada orang yang memberikan petunjuk” (Quran 13:8). Beliau pun berkata: Pemberi ingatan adalah Rasulullah (semoga Tuhan memberkati dan keluarganya) dan Ali (Selawat keatasnya) adalah pemberi petunjuk, dan bagi setiap masa dan zaman ada Imam dari kalangan Kami yang akan memberikan petunjuk kepada mereka (kaum) tentang apa yang telah dibawakan oleh Rasulullah semoga Tuhan memberkati dan keluarganya)
(Sila rujuk Al-Imama wat-Tabsirah, oleh Ibn Babaway al-Qummi dan Ikmal-ud Din, oleh al-Saduq)

Tidak ada ruang bagi kepintaran akal untuk memesongkannya daripada maksud yang jelas didalam ayat ini iaitu kenyataan bahawa Kepimpinan Ilahi tidak terhenti, ia sudah memadai untuk bertanya tentang pemberi petunjuk untuk kaum dan umat ini dan siapakah yang mengemban tugas yang bersandarkan kepada ayat Allah (Azza wa Jal) ini. Siapakah dia?

Tidak ada penyelesaiannya untuk menafsirkan ayat ini secara kiasan dengan mengatakan bahawa ulama sebagai contohnya kerana “bagi setiap kaum ada pemberi petunjuk” tidak terpisah dengan “Seseungguhnya, kamu hanyalah seorang pemberi peringatan”. Sesiapa yang mahir dengan kaedah bahasa dan tafsir pasti memahami daripada ‘kata gabung’ ini sebagaimana seorang pemberi ingatan adalah daripada Allah, arahannya juga datang daripada Allah, maka pemberi petunjuk juga haruslah datangnya daripada Allah. Ulama tidak termasuk dalamnya, kerana Allah (Azza wa Jal) tidak meletakkan tugas ini ke atas mereka seperti mana yang ditugaskan kepada para Rasul.

Semoga mereka merenungkan tentang ayat ini mudah-mudahan Allah akan membawa mereka kepada kebenaran.

Pejabat Syeikh al-Habib

The Office Of His Eminence Sheikh al-Habib