Bagaimana Fatima (Selawat ke atasnya) memiliki hak Fadak sedangkan para Wanita tidak mewarisi menurut Syiah?

Bagaimana Fatima (Selawat ke atasnya) memiliki hak Fadak sedangkan para Wanita tidak mewarisi menurut Syiah?

Bagaimana Fatima (Selawat ke atasnya) memiliki hak Fadak sedangkan para Wanita tidak mewarisi menurut Syiah? 1920 1080 The Office Of His Eminence Sheikh al-Habib

SOALAN:

Al-Shaykh al-Kulayni mengarang satu bab bertajuk

Para Wanita tidak mewarisi apa-apa daripada harta’ dimana dia meriwayatan daripada Imam abu Ja’far al-Baqir (Selawat ke atasnya) yang berkata: “Para Wanita tidak mewarisi apa-apa daripada tanah dan harta.

Dan Al-Shaykh al-Tusi meriwayatkan di dalam Tahdhib al-Ahkam daripada Muyassir bahawa dia berkata:

Aku bertanyakan Abu Abdillah (Selawat ke atasnya) tentang apa yang diwarisi para Wanita, maka dia berkata, ‘Mereka boleh memiliki bahagian daripada nilai batu-bata, bangunan, kayu dan bahan-bahan atap, tetapi mereka tidak boleh mewarisi tanah dan harta.

Dan daripada Abd al-Malik ibn ‘A’yan yang meriwayatkan daripada salah seorang daripada dua Imam (Abu Ja’far arau Abu Badillah) yang berkata:

Para wanita tidak menerima apa-apa daripada rumah-rumah atau harta.

Maka berdasarkan ini, Fatima (Selawat ke atasnya) tidak mempunyai apa-apa hak untuk menuntut daripada harta pusaka Rasulullah (SAWA).

Juga, apa yang diperuntukkan untuk Rasul adalah juga untuk Imam seperti mana riwayat:

Muhammad ibn Yahya, daripada Ahmad ibn Muhammad yang meriwayatkan secara marfu’ daripada ‘Amr ibn Shimr daripada Jabir daripada Abu Ja’far, yang berkata berikut:

Rasulullah telah berkata, ‘Allah menciptakan Adam dan mewariskan bumi ini kepadanya. Apa sahaja yang dimiliki oleh Adam juga dimiliki oleh Rasulullah dan apa sahaja yang dimiliki oleh Rasulullah dimiliki oleh para Imam daripada Ahlul Bayt Muhammad.

Dan Imam yang pertama adalah Ali (Selawat ke atasnya) menurut Syiah, maka dia lebih layak menuntuk tanah Fadak, dan kita tidak melihat dia melakukan begitu. Malah, dia lah yang berkata:

Sekiranya aku mahu, boleh saja aku mengambil jalan (kesenangan duniawi seperti) madu yang manis-manis, gandum yang terbaik dan pakaian sutera tetapi aku tidak sesekali meletakkan keinginan-keinginan dan ketamakan membuatkan aku memilih makanan yang enak-enak sementara di Hijaz atau di Yamamah masih ramai mereka yang tidak mempunyai harapan mendapatkan segenggam roti atau mereka yang tidak memiliki apa-apa makanan.


JAWAPAN:

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.
Allah limpahkanlah Solawat ke atas Muhammad dan Keluarganya, dan Semoga laknat-Nya ke atas musuh-musuh mereka.

Sheikh al-Habib telah mengatakan bahawa menggunakan riwayat-riwayat ini sebagai bukti hanya membuktikan kebodohan pihak musuh tentang perundangan Syiah. Riwayat-riwayat ini berkenaan isteri-isteri, dan bukan anak-anak perempuan! Seorang isteri tidak mewarisi apa-apa daripada tanah dan harta, manakala bagi anak-anak perempuan, mereka mewarisi harta dan tanah. Ini dipersetujui secara ijma’ dikalangan Syiah.

Jika orang-orang bodoh ini membaca dengan teliti, mereka akan memahami, dalam bab yang sama, ia diterangkan oleh hadis-hadis yang lain.

Telah diriwayatkan oleh Zurarah ib A’yan daripada Abu Ja’far (al-Baqir) (Selawat ke atasnya) bahawa dia berkata:

Seorang perempuan tidak mewarisi daripada suaminya apa yang ditinggalkan daripada harta tanah dan rumah-rumahnya.

Perhatikan perkataannya (Selawat ke atasnya),

daripada suaminya

bukannya dia tidak mewarisi daparipada apa yang ditinggalkan bapanya.

Pihak musuh juga telah memotong sebahagian daripada riwayat-riwayat yang digunakan untuk membuktikan dakwaan, setelah kata-katanya (Selawat ke atasnya):

Bagi tanah dan harta, maka tidak ada pewarisan yang ada di dalamnya untuknya”, dia (Selawat ke atasnya) menerangkan bahawa: “Ia kerana para wanita tidak memiliki pertalian nasab yang melayakkan mereka untuk mewarisi. Dia hanyalah tambahan kepada mereka. Ia juga kerana apabila dia berkahwin lagi dan membawa suami barunya atau anak-anak daripada orang yang lain, ia akan membawa masalah kepada pewaris-pewaris.

Di sini, Imam (Selawat ke atasnya) menerangkan alasan seorang isteri tidak mewarisi, dan ia adalah kerana dia merupakan orang luar, dan tidak ada pertalian nasab antaranya dengan suaminya. Bagi anak perempuan, dia dengan jelas bukanlah orang luar, dan dengan itu dia layak untuk mewarisi tanah dan harta.

Bagi isu kedua pula, pihak musuh beranggapan bahawa Fadak bukan warisan al-Zahra (Selawat ke atasnya) kerana ia merupakan warisan Amirul Mukminin (Selawat ke atasnya), dan ia difahami oleh si penanya bahawa hak para maksumin (Selawat ke atas mereka) adalah satu, seolah-olah mengatakan hak para Nabi (Selawat ke atas mereka) juga satu.

Hak pemilikan Nabi adalah juga hak pemilikan Fatima, ‘Ali, al-Hasan, al-Husayn dan seluruh para Imam Maksumeen (Selawat ke atas mereka semua). Tanah Fadak adalah pemberian Nabi (SAWA) kepada anak perempuannya, Sayyidatun Nisa’ il A’lamin (Selawat ke atasnya). Dia menerimanya ketika hayatnya dan ia berada dalam kepemilikannya ketika Baginda (SAWA) syahid.

Dan riwayat yang digunakan oleh musuh telah difahami secara salah olehnya, kerana ia bukanlah tentang harta pusaka. Ia hanyalah fakta bahawa para maksumeen adalah lebih berhak kepada tanah dan [owned]apa yang terkandung padanya, jadi apa yang dimilki oleh orang lain adalah apa yang telah dijadikan halal [made free]oleh para maksumeen, Jika tidak, tanah hanyalah milik Allah dan dia mewariskan kepada sesiapa yang dia kehendaki daripada hamba-hambanya, dan mereka adalah Hujah-Nya terhadap makhluk-makhluk-Nya.

Untuk penjelasan, riwayat itu bukanlah menidakkan pewarisan kepada Fatima (Selawat ke atasnya) kerana dia memegang hak bersama Imam dalam makna yang umum, kerana dia juga adalah hujah Allah ke atas kita, dan ke atas para Imam (Selawat ke atas mereka semua).

Pejabat Syeikh al-Habib

The Office Of His Eminence Sheikh al-Habib