Bagaimana seorang perempuan dapat membuktikan rogol?

Bagaimana seorang perempuan dapat membuktikan rogol?

Bagaimana seorang perempuan dapat membuktikan rogol? 1920 1080 The Office Of His Eminence Sheikh al-Habib

SOALAN:

Saya mempunyai satu soalan berkenaan hukum di dalam Islam tentang rogol. Al Quran menyatakan bahawa orang-orang perempuan untuk membawakan 4 orang saksi untuk membuktikan kesnya di mahkamah. Bagaimana seorang perempuan dapat membuktikan dia telah dirogol sekiranya dia tidak dapat membawa 4 orang saksi?

Mengapakah mereka tidak membawakan empat orang saksi membuktikan tuduhan itu? Oleh kerana mereka tidak membawakan empat orang saksi, mereka itu disisi Allah adalah orang-orang yang berdusta.
Qur’an (24:13)

Fahmy


JAWAPAN:

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.
Allah limpahkanlah Solawat ke atas Muhammad dan Keluarganya, dan Semoga laknat-Nya ke atas musuh-musuh mereka.

Petikan ayat Al Quran tersebut tidak mengarahkan perempuan-perempuan yang menjadi mangsa rogol untuk membawakan empat orang saksi sebaliknya mengarahkan mereka yang membuat tuduhan zina ke atas dua orang untuk membawakan empat orang saksi untuk membuktikan perbuatan tersebut.

Perempuan-perempuan yang menjadi mangsa rogol sebaliknya haruslah membawakan kes mereka kepada mahkamah Islam dimana perogol akan dipanggil dan disoal tentang kejadian itu.

Pejabat Syeikh al-Habib

The Office Of His Eminence Sheikh al-Habib