Bagaimanakah Omar dapat menghalangi Nabi daripada menuliskan wasiatnya?

Bagaimanakah Omar dapat menghalangi Nabi daripada menuliskan wasiatnya?

Bagaimanakah Omar dapat menghalangi Nabi daripada menuliskan wasiatnya? 1920 1080 The Office Of His Eminence Sheikh al-Habib

SOALAN:

Telah diketahui umum dikalangan kita sejurus sebelum Rasulullah (SAWA) shahid yang disebabkan racun yang telah diberikan oleh Aisha (Laknat Allah ke atasnya), dia mengatakan berikut: “Bawakan kepadaku kertas dan pena supaya dapat aku tuliskan kepada kamu semua satu wasiat yang mana selepasnya kamu tidak akan sesat selamanya setelah ketiadaanku.” Mendengarkan itu, si zalim Omar Ibn al-Khattab (Laknat Allah ke atasnya) berkata: “Orang ini sedang berhalusinasi.” Serta-merta Nabi menjadi marah dan mengeluarkannya dan mereka yang ada bersama-sama dengannya, dan Nabi tidak jadi menuliskan wasiat itu selepasnya.

Saya pernah berbincang dengan seorang ‘Sunni’ yang bertanya beberapa soalan kepada saya, dan saya dapat menjawab kebanyakan soalan daripada mereka. Walaubagaimana pun, saya tidak dapat menjawab ini: Bagaimana Umar mampu menghalang wahyu daripada diturunkan kepada Rasulullah, lantas menghalanginya daripada menuliskan wasiatnya?

Adakah kamu mengatakan Allah tidak menjaga Nabi-Nya daripada Omar dalam perkara yang menyampaikan perintah Allah? Allah berkata: “Allah akan menjaga kamu daripada mereka.

Abu-Bukhayt


JAWAPAN:

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.
Allah limpahkanlah Solawat ke atas Muhammad dan Keluarganya, dan Semoga laknat-Nya ke atas musuh-musuh mereka.

Apa yang ‘Sunni’ ini akan katakan atas apa yang berlaku di Hudaibiya? Apa yang kita tahu, Nabi-ul A’zham (SAWA) telah ditemani oleh seluruh komunitinya menuju ke Baitullah al-Haram untuk melakukan Umrah seperti yang disuruh oleh Allah (Maha Agung dan Tinggi kedudukannya). Jadi bagaimana pula Allah tidak menjaga Nabi-Nya daripada orang-orang musyrik malah Dia menwahyukan kepadanya untuk pergi menuju Baitullah di Mekah? Dan bagaimana pula orang-orang Musyrik dapat menghalangnya daripada berbuat demikian, sehinggakan Nabi (SAWA) terpaksa menangguhkan Umrahnya?! Dan bagaimana pula Nabi (SAWA) terhalang daripada melaksanakan suruhan Allah (Maha Tinggi kedudukan-Nya) dalam melengkapkan perjalanannya ke Baitul Haram, kenapa tidak dia menentang orang-orang kuffar meskipun orang-orang Muslim melebihi orang-orang kuffar jika peperangan berlaku pada ketika itu?! Allah sudah tentulah menjamin keselamatan mereka kerana Dia (Yang Maha Agung) berkata berkaitan hal di Hudaibiya ini:

Sekiranya mereka yang kafir itu menentang kamu, sudah tentulah mereka akan berpaling diri dan mereka tidak akan mendapati pelindung mahupun pertolongan.
Qur’an 48:23

Sekiranya Nabi tidak diizinkan menahan diri daripada melaksanakan perintah Allah dalam hal menulis wasiatnya, maka samalah juga dia tidak diizinkan menahan diri daripada melaksanakan perintah Allah dalam hal berkaitan dengan Umrah tersebut. Sekiranya Allah benar-benar menjaga Nabi-Nya daripada orang-orang munafiq di dalam perkara menuliskan wasiat tersebut, maka samalah juga Dia menjaga daripada orang-orang musyrik dalam hal memasuki Masjid al-Haram. Jadi, apakah yang Sunni ini akan katakan?

Sekiranya dia mengatakan:

Sekiranya dia mengatakan: “Allah mengarahkan Nabi untuk menuju ke Masjid al-Haram dengan syarat tidak diberhentikan oleh orang-orang Musyrik, dan sekiranya dia akan diberhentikan oleh sesiapa saja daripada mereka, maka perlulah dia berdamai dengan mereka dan Allah akan menjaga Nabi-Nya dalam setiap keadaan

Kami mengatakan:

Samalah juga, Allah mengarahkan Nabi-Nya untuk memberitakan umatnya dalam tulisan pada hari Khamis tersebut dengan syarat tidak dihalang daripada berbuat demikian oleh mana-mana orang munafiq, dan sekiranya dia dihalang oleh sesiapa daripada mereka, dia perlu memberitakan umatnya dalam percakapan, dan Allah akan menjaga Nabi-Nya dalam setiap keadaan.

Tambahan pula, sekiranya Nabi (SAWA) berkeras untuk menuliskan wasiatnya, ia membuka ruang bagi orang-orang munafiq untuk meragui segala yang dia perkatakan bagi pihak Allah (Maha Tinggi kedudukan-Nya), termasuklah ayat-ayat Qur’an! Kenapa? Kerana orang-orang munafiq yang berada bersama dengannya (Laknat Allah ke atas mereka semua) pada ketika itu berkeras – jika sekiranya wasiat itu dituliskan – mengatakan yang Nabi telah dirasuk dan berhalusinasi, meracau dan tidak dalam keadaan fikiran yang waras! Ini akan memberikan peluang kepada mereka, kelak untuk meragui setiap perkara yang telah dibawakan oleh Nabi (SAWA), mengatakan dia juga dalam keadaan berhalusinasi dan mengalami kecelaruan mental ketika dia menyampaikan ayat-ayat Al-Quran atau mengatakan perkara-perkara tertentu kepada umatnya!

Dengan cara ini, Omar dan konco-konconya (Laknat Allah ke atasnya) berpeluang untuk memansuhkan mana-mana ayat yang mereka inginkan daripada Qur’an, dan menolak apa-apa hadis yang mulia yang mereka inginkan, yang akan membawa natijah yang menyebabkan orang ramai meragui Kenabian yang disandangnya dan ajaran yang dibawakan oleh Rasulullah (SAWA).

Nabi (SAWA) terpaksa daripada meneruskan niatnya menuliskan wasiat itu untuk mengelakkan daripada perpecahan yang lebih besar daripada berlaku kepada Islam dibanding sekiranya dia tidak menuliskannya. Setelah Omar dan yang bersama dengannya menolak arahannya awal-awal lagi dan bersikap biadab sehingga tahap yang melampaui batas terhadapnya dan menuduhnya berada dalam keadaan halusinasi dan minda yang bercelaru; tidak ada gunanya Nabi untuk berkeras untuk menuliskan wasiat kerana mereka tetap juga akan menolaknya dalam keadaan apa pun, dan mereka tidak akan berhenti daripada membuatkan orang ramai ragu dalam setiap perkara yang telah dibawakan Nabi pada masa depan.

Inilah sebabnya kami mendapati sejurus berlakunya kejadian yang tidak diingini pada Malapetaka Khamis itu, apabila sebilangan sahabat kembali mendapatkan Nabi dengan rasa sesal atas apa yang telah mereka lakukan dan bertanyakannya jika mereka perlu membawakannya apa-apa alatan agar dapat dia menuliskan pengakuannya; Dia (SAWA) menolak.

Mereka berkata:

Tidak patutkah kami mebawakan kamu tulang selangka dan apa-apa peralatan yang kamu perlukan, wahai Rasulullah?
Orang-orang sering menulis di atas tulang-selangka kambing kerana kekurangan kertas pada ketika itu.

Mendengarkan itu, dia berkata:

Setelah apa yang kamu katakan?! Tidak, Aku hanya mengarahkan kamu berpegang teguh kepada Ahlul-Baytku, itu lebih baik bagi kamu.
Al-Irshad, oleh Al-Mufid, Jilid 1, ms. 184

Selain itu, Umm Salama (Semoga redha Allah ke atasnya) berkata berkenaan pengakuan Nabi yang telah diberikannya secara lisan: “Aku mendengar Rasulullah (SAW) ketika sedang sakit yang membawa kematiannya, mengatakan ketika rumahnya dipenuhi dengan para sahabat:

Wahai manusia, aku khuwatir kematianku semakin mendekat dan aku akan pergi ke hadhirat Allah, maka akan aku bawakan hujah dihadapan kamu semua: Sesungguhnya, aku akan meninggalkan kamu dengan kitab Allah, Tuhanku (Maha Agung dan Tinggi kedudukannya), dan keluargaku, Ahlul-Baytku.’ Ketika itu dia pun memegang tangan Ali dan berkata: ‘Ali bersama dengan Qur’an, dan Qur’an bersama dengan Ali, mereka adalah kedua penggantiku yang saling bergandingan, dan mereka tidak akan terpisah hinggalah menemuiku di telaga al-Haudh, dan di sana kelak akan aku tanyakan pada mereka apakah yang telah kamu perbuat kepada mereka.’
Kashf-ul-Ghumma, olehAl-Irbili, ms. 43, dan versi yang sama teks ini dipetik dalam Al-Mu’jam-ul-Awsat, olehAl-Tabarani, Jilid 5, ms. 135

Mengenai ayat mulia yang berkata:

Wahai Nabi, sampaikan apa yang telah diturunkan kepada kamu daripada Tuhanmu, dan sekiranya kamu tidak melakukannya maka kamu sama-sekali tidak menyampaikan keseluruhannya. Allah akan menjaga kamu daripada manusia. Allah tidak sesekali memberi hidayah petunjuk kepada orang-orang kafir.
Qur’an 5:68

Maksudnya ialah Allah menjaga Nabi-Nya apabila ia berkenaan menyampaikan kepada orang ramai hal khilafah dan pengganti dirinya Ali Bin Abi-Talib (Selawat ke atas mereka berdua), dengan itu terpenuhilah hal itu dan menjadi lengkap setelah ayat ini diturunkan pada hari Ghadeer. Maka itu, hal nabi tidak menuliskan wasiat pengganti dirinya pada peristiwa Malapetaka Khamis tidak bertentangan dengan keselamatan yang Allah telah jamin sepertimana yang terkandung di dalam ayat tersebut. Allah akan menjaga Nabi-Nya dalam apa jua keadaan, dan penjagaan kepada Nabi-Nya dalam peristiwa itu adalah apabila DIa mengarahkan dia agar tidak menuliskannya setelah apa yang orang-orang munafiq itu telah lakukan.

Tambahan pula, Nabi (SAWA) telah pun menyampaikan perintah Allah berkenaan pengangkatan Ali (Selawat ke atasnya) dalam lebih daripada satu peristiwa, khasnya ketika hpada hari-hari terkahir kehidupannya. Perintah daripada-Nya menuliskan wasiat hanyalah untuk menguatkan lagi hal itu supaya ia menajdi lebih jelas pengangkatan Ali dikalangan orang ramai. Dan sejak Omar dan konco-konconya memilih untuk menolak perintah itu, tidak berapa bijak untuk terus berkeras menuliskannya kerana kemungkinan kejahatan-kejahatan yang lebih buruk pada masa akan datang; perkara itu akan menjadi lebih buruk; orang ramai akan akan mula meragui hatta Kenabian Rasul yang mulia (SAWA).

Allah (Maha Tinggi kedudukan-Nya) berkata:

Engkau tidak akan dapat menjadikan yang mati (hatinya) untuk mendengar, Tidak juga engkau dapat memberikan petunjuk kepada orang-orang yang buta yang berpaling daripada seruanmu. Tidak mendengarkannya melainkan mereka yang beriman dengan ayat-ayat keterangan Kami, itulah orang-orang yang berserah diri.
Qur’an 27:81-82

Maka, kamu akan mengetahui bahawa Nabi (SAWA) telah diperintahkan Allah untuk menyampaikan perintahnya dan dia telak melaksanakan tugasnya dalam menyampaikan wahyu. Walaubagaimana pun, sekiranya orang-orang kafir dan munafiq berpaling daripada seruannya, dia tidaklah menanggung kewajipan itu, kerana mereka mati, pekak dan buta! Inilah sebenarnya apa yang Omar Ibn al-Khattab dan dan gerombolannya (Semoga Allah melaknat mereka) lakukan, dengan itu Nabi (SAWA) tidak lagi wajib menuliskan wasiat untuk mereka kerana mereka mati, pekak dan buta. Apa lagi manfaatnya untuk menuliskan wasiat kepada orang-orang hipokrit itu?!

Tidak kiralah bagaimana sekali pun kritikan yang diberikan oleh ‘Sunni’ berkaitan peristiwa ini mereka tetap tidak dapat lari, kerana mereka juga lah yang meriwayatkan peristiwa Malapetaka Khamis, sekali pun sekiranya mereka tidak menerima bahawa dokumen dimana Rasulullah (SAWA) ingin tuliskan mengandungi keterangan yang jelas tentang pengangkatan Ali (Selawat ke atasnya), ‘Sunni’ perlu menjawab kritikan mereka sendiri dan menerangkan kenapakah Nabi (SAWA) menarik diri daripada meneruskan perbuatan itu setelah dia berkonfrontasi dengan Omar dan sahabat-sahabatnya (Laknat Allah ke atas mereka). Jawapan yang sama akan diberikan oleh ‘Sunni’ kepada soalan ini, adalah sama seperti apa yang kami perkatakan di sini.

Pejabat Syeikh al-Habib

The Office Of His Eminence Sheikh al-Habib