Kenapa meminta daripada orang mati sedangkan kita boleh meminta daripada Allah?

Kenapa meminta daripada orang mati sedangkan kita boleh meminta daripada Allah?

Kenapa meminta daripada orang mati sedangkan kita boleh meminta daripada Allah? 1600 1067 The Office Of His Eminence Sheikh al-Habib

SOALAN:

Saya masih tidak yakin tentang syafaat. Kenapa meminta daripada orang-orang yang telah mati -dengan sepenuh penghormatan kepada Nabi dan ahlul Bayt (Selawat ke atas mereka semua) – sekirangnya kitab oleh meminta terus daripada Allah? Tidakkah ia syirik? Mohon berikan pencerahan di atas kemusykilan ini.


JAWAPAN:

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.
Allah limpahkanlah Solawat ke atas Muhammad dan Keluarganya, dan Semoga laknat-Nya ke atas musuh-musuh mereka.

Sekiranya kita mengikut logik, maka kita tidak perlu pergi kepada doktor dan ahli perubatan professional untuk mengubati penyakit kerana Allah, yang Maha Tinggi, adalah satu-satunya penyembuh penyakit dan mengembalikan kesihatan kepada kita.

Dan apabila aku sakit, maka Dia yang mengembalikan kesihatan ku.
Al-Shu’ara, 26:81

Samalah juga, sekiranya kita lemas, kita tidak perlu meminta tolong kerana meminta tolong daripada, dan memohon selain daripada Allah, akan dikira sebagai syirik! Kamu mungkin mengatakan Allah, yang Maha Tinggi adalah penyembuh yang sebenar; Dia lah satu-satunya yang menyembuhkan segala penyakit dan para doktor dan pengamal perubatan tidak lain hanyalah sebagai perantara bagi penyembuhan. Demikian juga, meminta tolong ketika lemas tidak lain hanyalah cara-cara bagi mendapatkan pertolongan; kamu hanya akan diselamatkan dengan keizinan Allah dan bukan selainnya.

Dengan logik yang sama jugalah berlaku dengan syafaat Nabi dan keluarganya yang suci (Selawat ke atas mereka). Kami bergegas kepada Ahlul Bayt yang suci (Selawat ke atas mereka) kerana meraka adalah wasilah yang dengannya doa-doa kita akan diijabah. Dari sudut yang lain, Allah, yang Maha Tinggi sahajalah yang mengijabahi doa dan memenuhi segala hajat. Faktanya, kita diarahkan oleh Allah, yang Maha Tinggi, untuk bergegas kepada Ahlul Bayt (Selawat ke atas mereka) sebagai wasilah untuk sampai kepada-Nya dan memohon kepada mereka untuk memberikan syafaat mereka bagi pihak kita kepada Allah, kerana Dia berkata:

Wahai orang-orang yang beriman, bertaqwalah kepada Allah dan carilah yang boleh menyampaikan kepadanya dan berjuanglah pada jalan-Nya, supaya kamu beroleh kejayaan
Al-Maidah, 5:35

Nabi (SAWA) juga berkata: ’

‘Kami adalah wasilah kepada Allah.
al-Bihar, Jilid 25, ms. 23

Sebagai tambahan, di dalam Qur’an, kita mendapati:

Dan tidaklah kami mengutuskan seorang Rasul supaya ia ditaati dengan izin Allah. Dan kalaulah mereka ketika menganiaya diri mereka sendiri, datang kepadamu lalu memohon ampun kepada Allah, dan Rasulullah juga memohon ampun untuk mereka, tentulah mereka mendapati Allah Maha penerima taubat, lagi Maha Mengasihani’
An-Nisa 4:64

Dari sudut yang lain pula, kita malah dapat menemui bukti-bukti di dalam ktab-kitab ‘Sunni’ yang menyokong syafaat. Salah satunya adalah apa yang Ibn Kathir – iaitu salah seorang daripada ulama ‘Sunni’ – riwayatkan berkenaan ayat di atas (An-Nisa 4:64):

Sheikh Abu Mansour al-Sabbagh melaporkan di dalam kitabnya kisah yang masyhur tentang Al-‘Utbi yang berkata: ‘Sedang aku duduk di perkuburan Nabi, seorang arab badwi pun datnag lalu berkata: ‘Salam ke atasmu, wahai Rasulullah. Aku mendengar Allah menyebutkan: ‘Dan kalaulah mereka ketika menganiaya diri mereka sendiri, datang kepadamu lalu memohon ampun kepada Allah, dan Rasulullah juga memohon ampun untuk mereka, tentulah mereka mendapati Allah Maha penerima taubat, lagi Maha Mengasihani’ Maka, aku telah datang kepadamu, memohon keampunan atas dosa-dosaku, mengharapkan syafaatmu kepada Tuhanku.’ Kemudian dia mulai membaca beberapa potong syair. Kemudian dia beredar, dan aku terlelap dan melihat Nabi di dalam tidurku. Dia berkata kepadaku: ‘Wahai Utbi, kejarlah orang Badwi itu dan beritahukan kepadanya berita gembira bahawa Allah telah mengampunkannya
Tafsir Ibn Kathir, Jilid 1, ms.532

Lihat disini bahawa walaupun Nabi (SAWA) tampaknya sudah mati, dia memberikan syafaat bagi pihak badwi tadi dan memohon kepada Allah, yang MAha Tinggi agar mengampunkan dosa-dosanya.

Selain itu, Ibn Hanbal, Imam bagi mazhab Hanbali, meriwayatkan:

Seorang buta datang kepada Nabi (SAWA) dan berkata: ‘Berdoalah bagi pihakku supaya Dia mengurniakan aku penglihatan.’ Nabi membalas: ‘Sekiranya kamu berkehendak, aku tidak akan berdoa untukmu kerana menjadi buta mungkin lebih baik untuk akhiratmu, atau aku boleh berdoa.’ Orang itu akhirnya memilih agar dia diberikan kesembuhan daripada buta. Rasulullah memberitahukan kepadanya: ‘Ambillah wudhu, solat dua Rak’at dan kemudian berdoa kepada Allah dengan cara ini: ‘Ya Allah! Sesungguhnya permintaanku hanyalah kepadamu, dan aku menghadapmu dengan wasilah Nabi Muhammad, Nabi sang rahmat. Ya Muhammad, sesungguhnya aku menghadap Allah melaluimu, agar dia dapat mengembalikan penglihatanku. Ya Allah, jadikan dia sebagai wasilah ku.’ Penglihatannya kemudian kembali setelah melakukan apa yang diarahkan oleh Rasul untuk dia melakukannya.
Musnad Ahmad, Jilid 4, ms.138

Nabi (SAWA) menyuruh orang buta itu menghadap Allah, yang Maha Tinggi, melaluinya, dia menyuruhnya berkata: ‘Ya Muhammad’. Sebagai tambahan, walaupun Nabi (SAWA) tidak bersama dengannya ketika dia membacakan doa, Allah, yang Maha Tinggi, tetap menyembuhkannya dan mengembalikan penglihatannya.

Selain itu, tidak ada bezanya meminta daripada Nabi (SAWA) untuk memberikan syafaat bagi pihak kita pada ketika hayatnya atau setelah kesyahidannya, kerana dia kekal hidup dan diberikan nikmat daripada Allah.

Dan janganlah sekali-kali menyangka orang-orang yang terbunuh pada jalan Allah itu mati, bahkan mereka hidup (dan) mendapat rezeki daripada Tuhannya..
Ayah al-Imran 3:169

Seperti yang dibuktikan daripada riwayat Al-‘Utbi.

Tidak perlu diungkapkan lagi, syafaat melalui Ahlul Bayt yang suci (Selawat ke atas mereka semua) juga dibolehkan, kerana Imam Ali (Selawat ke atasnya) tidak lain adalah kesinambungan kepada keperibadian Nabi, seperti yang termaktub di dalam Al-Qur’an:

Kemudian sesiapa yang membantahmu mengenainya sesudah datangnya pengetahuan kepadamu, katakanlah, Marilah kita memanggil anak-anak kami dan anak-anak kamu, perempuan-perempuan kami dan perempuan-perempuan kamu, diri-diri kami dan diri-diri kamu, kemudian kita bermohon supaya laknat Allah ke atas orang-orang yang berdusta
Ayah al-Imran 3:61

Begitulah juga dengan Imam Hussain (Selawat ke atasnya), seperti yang Nabi (SAWA) katakana:

‘Hussain daripadaku dan aku daripada Hussain.

Banyak riwayat mengatakan hal yang sama tentang setiap ahli daripada Ahlul Bayt yang suci (Selawat ke atas mereka semua).

Pejabat Syeikh al-Habib

The Office Of His Eminence Sheikh al-Habib