SOALAN:
Kenapakah Imam Ali (Selawat ke atasnya) tidak menjadikan wanita-wanita didalam tentera Aisha sebagai tawanan-tawanan perang, dan kenapa dia tidak menjadikan Aisha sendiri sebagai tawanan sekiranya mereka orang-orang kafir, menurut kenyataan kamu sendiri?
Saya berharap kamu dapat membalas secepat mungkin.
Humam al-Joboury
JAWAPAN:
Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.
Allah limpahkanlah Solawat ke atas Muhammad dan Keluarganya, dan Semoga laknat-Nya ke atas musuh-musuh mereka.
Sheikh mengatakan dalam jawapan kepada soalan ini: Amirul Mukminin (Selawat Allah ke atasnya) bersikap belas kasihan terhadap Aisha dan orang-orang Basrah sama seperti bagaimana Rasulullah (SAWA) bersikap belas kasihan kepada orang-orang Mekah kerana maslahat yang lebih besar, iaitu untuk membiarkan dia terus hidup supaya Allah dapat terus meletakkan ujian-Nya melalui orang-orang ini. Beberapa riwayat daripada Ahlul-Bayt (Selawat ke atas mereka) telah menjelaskan hikmah disebalik tindakan Imam Ali ini seperti mana yang diriwayatkan oleh Sheikh al-Sadouq (Semoga redha Allah ke atasnya) daripada Imam al-Sadiq (Selawat ke atasnya) yang berkata:
Ali (Selawat ke atasnya) hanyalah bersikap belas kasihan terhadap mereka sama seperti bagaimana Rasulullah (SAWA) bersikap belas kasihan kepada orang-orang Mekah. Dan Ali (Selawat ke atasnya) tidak melakukannya (iaitu membunuh mereka dan menjadikan mereka tawanan perang) kerana dia tahu dia mempunyai orang-orang Syiah dan pada suatu masa pemerintahan yang jahat akan menguasai mereka. Jadi dia berharap ini dapat diikuti (oleh musuh-musuhnya) dengan cara yang sama terhadap Syiah-syiahnya, dan kamu sendiri dapat melihat kesannya; cara Ali (Selawat ke atasnya) ini dicontohi. Sekiranya Ali membunuh kesemua orang-orang Basrah itu dan merampas harta-harta mereka, ia sememangnya boleh saja dia lakukan. Walaubagaimana pun, dia bersikap belas-kasihan terhadap mereka supaya mereka juga akan bersikap belas-kasihan terhadap Syiah-syiahnya selepas ketiadaannya.
Ilal al-Shara’e’ oleh Sheikh al-Sadouq, Jilid 1, ms. 154, #1 #1
Pejabat Syeikh al-Habib