SOALAN:
Patutkah kami percaya kata-kata kamu dalam cercaan ke atas Sahaba, atau pun lebih layak kami percayakan Kitab Allah yang memuji mereka?
Allah (Yang Maha Tinggi) berkata:
Muhammad itu adalah seorang Rasul-Nya dan mereka yang bersama-sama dengannya sangat keras terhadap orang-orang kafir dan belas kasihan sesama mereka. Kamu akan dapati mereka itu rukuk dan sujud, terdapat kesan tanda orang-orang yang bersujud.
Qur’an 48:30
Allah (Yang Maha Tinggi) juga berkata:
Allah redha terhadap orang-orang beriman bila mana mereka membaiah mu di bawah pohon.
Qur’an 48:19
Selain itu juga, banyak ayat-ayat yang menyatakan bagaimana Allah redha kepada Sahaba. Tetapi tuan, saya banyak melihat orang-orang syiah melaknat kebanyakan Sahaba dan mengatakan perkara-perkara yang buruk tentang mereka. Apakah yang patut saya percaya? Kitab Allah yang terjaga daripada sebarang kesilapan dari depan atau belakangnya, atau pun haruskah saya percaya kepada pandangan-pandangan sebegini?
Muhammad
JAWAPAN:
Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.
Allah limpahkanlah Solawat ke atas Muhammad dan Keluarganya, dan Semoga laknat-Nya ke atas musuh-musuh mereka.
Sememangnya, kamu harus mempercayai Kitab Allah (Maha Tinggi kedudukannya), dimana kamu juga perlu melaknat mereka yang kamu gelarkan sebagai ‘Sahaba’, dan berlepas diri daripada mereka demi Allah kecuali daripada mereka yang telah disahkan sebagai mukmin dan solihin kerana itu lah yang terkandung didalam kedua-dua ayat yang kamu nyatakan yang juga menjadi suruhan kepada kamu bukannya seperti mana yang kamu telah tanggapi.
Tentang ayat yang pertama, Allah (Maha Tinggi kedudukannya) berkata:
Muhammad itu adalah seorang Rasul-Nya dan mereka yang bersama-sama dengannya sangat keras terhadap orang-orang kafir dan belas kasihan sesama mereka. Kamu akan dapati mereka itu rukuk dan sujud, terdapat kesan tanda orang-orang yang bersujud. Mereka hanya mencari redha dan apa yang disenangi oleh Allah. Terdapat tanda di wajah mereka kesan daripada sujud. Ia sebagaimana yang telah diterangkan di dalam Taurat dan Injil; seperti tanaman yang mengeluarkan tunas lalu tunasnya itu menjadi kuat, kemudian ia menjadi bertambah kukuh dan tegak berdiri pada batang, ia menyenangkan orang-orang yang menananya supaya Dia hendak menjadikan orang-orang kafir berang dengannya. Allah telah menjanjikan diantara mereka yang beriman dan melakukan amal soleh; keampunan dan ganjaran yang besar.
Qur’an 48:30
Ayat tersebut menyebutkan bahawa sebahagian dan bukan kesemua Sahabat Nabi (SAWA) adalah mereka yang Allah (Maha Tinggi kedudukannya) janjikan kepada mereka keampunan dan ganjaran yang besar kerana Dia (Maha Tinggi kedudukannya) berkata:
Allah telah menjanjikan diantara mereka yang beriman dan melakukan amal soleh; keampunan dan ganjaran yang besar.
Qur’an 48:30
Kata-kata-Nya, “diantara mereka” bermaksud hanya sebahagian daripada mereka – bukan kesemuanya – adalah mereka yang beriman dan beramal soleh. Bagi yang tidak benar-benar beriman – seperti mereka yang menyatakan iman tetapi didalam sebenarnya menyembunyikan kekafiran atau kata lainnya munafiq – atau mereka yang tidak beramal soleh; mereka tidaklah termasuk dalam keampunan, tidak juga mereka beroleh ganjaran yang besar. Sebaliknya mereka akan dihambat ke dalam neraka.
Selain itu, ayat yang mulia tersebut menerangkan ciri-ciri mereka yang “bersama” dengan Rasulullah (SAWA) seperti mereka itu keras terhadap orang-orang kafir dan belas-kasihan sesame mereka. Demikian, sekiranya kita tidak mendapati ciri-ciri ini pada mereka yang kamu gelarkan sebagai ‘Sahaba’, kita juga dapat mengetahui mereka sebenarnya tidak benar-benar bersama dengan Rasulullah dan mereka tidak akan bersama-sama dengannya di syurga.
Apa yang orang-orang Muslim (iaitu Syiah) serukan adalah, supaya kamu menyelidiki biografi dan sejarah setiap seorang sahabat Rasulullah (SAWA). Jika kamu mendapati seseorang Sahabat itu benar-benar beriman dan melakukan amal soleh, keras terhadap orang-orang kafir dan belas-kasihan terhadap orang-orang beriman; kami juga bersahabat dengannya dan menghormatinya. Walau bagaimana pun, sekiranya kami mendapati mereka melakukan yang sebaliknya; kami berlepas diri daripadanya dan melaknatinya.
Sebagai contoh: kami tidak dapat menghormati seseorang seperti Omar Ibn al-Khattab (Laknat Allah keatasnya) kerana dia tidak benar-benar beriman. Banyak bukti-bukti bagi kekafirannya, seperti dia sering menghadiri kuliah-kuliah orang Yahudi setiap Sabtu untuk belajar daripada mereka! Dia sendiri membenarkannya dan mengakui dia adalah orang yang sangat disayangi oleh orang-orang Yahudi! Ia apabila dia mengatakan:
Aku sering berkumpul dengan orang-orang Yahudi pada hari mereka kuliah mereka. Mereka pernah berkata: ‘Tidak ada seorang pun sahabat-sahabat kamu yang lebih kami muliakan berbanding kamu kerana kamu sering datang kepada kami!
Kanz-ul-‘Ummal, Jilid 2, ms.353
Ini berlaku sekalipun setelah Rasulullah (SAWA) melarangnya daripada melakukan perbuatan itu, mengatakan:
Adakah kamu ragu-ragu, Wahai Ibn al-Khattab?!
Musnad Ahmad, Jilid 3, ms.387
Ia adalah satu pengetahuan umum bahawa orang yang sebenar-benar beriman tidak akan sesekali meninggalkan Sayyidul Anbia’ (SAWA) apatah lagi pergi kepada orang-orang Yahudi musyrik untuk belajar tentang agama daripada mereka! Ini membuktikan kekafiran Omar. Dia juga sendiri mengaku bahawa dia ragu-ragu dengan Islam dan Kenabian Rasul (SAWA) semasa peristiwa perjanjian damai di Hudaibiya! Dia berkata:
Demi Allah, aku tidak pernah meragui (Islam) semenjak aku memeluknya kecuali pada hari ini!
Al-Mu’jam-ul-Kabeer oleh Tabarani, Jilid 20, ms.14
Dan juga, seorang mukmin sejati tidak akan sekali-kali melampaui batas terhadap Rasulullah (SAWA) dan tidak akan menjawab dengan kata-kata keji terhadapnya! Inilah yang dilakukan Omar banyak kali, seperti pada peristiwa ‘Malapetaka Khamis’ dimana Omar menuduh Nabi sedang berhalusinasi dan meracau dan sangat tenat setelah Nabi menghalaunya dan para sahabat yang lain! Bukhari meriwayatkan daripada Ibn Abbas, mengatakan:
Apabila Rasulullah (SAWA) berada pembaringan teakhir di dalam rumahnya, terdapat beberapa orang antaranya Omar bin al-Khattab, Nabi (SAWA) berkata: ‘Ke sini, biar aku tuliskan untuk kamu semua amanat yang menjaga kamu daripada penyimpangan.’ Omar lalu berkata: Nabi (SAWA) sedang sakit tenat! Dan kamu memiliki Qur’an! Cukuplah bagi kita, Kitab Allah!’ Orang-orang di dalam mula berselisih dan mencetuskan pergaduhan kecil. Sebahagian mereka berkata sperti mana yang dikatakan Omar. Dan apabila suara mereka mula semakin tinggi dihadapan Baginda (SAWA), Baginda (SAWA) berkata: ‘Beransurlah!’ Ubaydullah berkata: ‘(Ibn Abbas) pernah berkata: Seseungguhnya ia adalah hari malapetaka apabila Rasulullah (SAWA) dihalang daripada menuliskan wasiat itu untuk mereka kerana kekecohan dan keriuhan yang terjadi.
Sahih Bukhari, Jilid 7, ms.9
Perbuatan-perbuatan jahat Omar terlalu banyak dan sememangnya tidak terhitung, seperti membunuh dan memukul orang tanpa hak yang benar, juga meminum Khamr. Apa yang lebih besar adalah arahannya membunuh Nabi ul A’zam (SAWA) dan membunuh anak perempuannya yang suci, Fatima al-Zahra (Selawat keatasnya). Terdapat perbahasan yang panjang-lebar tentang isu ini yang kami tidak ingin bahaskan di sini.
Perbuatan-perbuatan yang telah disebutkan bukanlah amalan-amalan yang soleh tetapi jenayah dan perbuatan dosa. Dengan alsan ini, Omar tidak akan sekali-kali mendapat keampunan ataupun ganjaran yang besar daripada Allah, malah membawanya ke neraka.
Mari kita meneliti ciri-ciri yang selebihnya. Ayat tersebut mengatakan” “keras terhaap orang-orang kafir dan belas-kasihan sesama mereka”. Sebagai satu contoh, kami dapati Aisha, Talha dan Zubair (Laknat Allah keatas mereka) berperang menentang khalifah yang sah, Ali Bin Abi Talib (Selawat ke atas mereka berdua) dan orang-orang mukmin yang bersamanya. Oleh itu, ciri-ciri yang dinyatakan didalam ayat tersebut tidak terpakai ke atas mereka bertiga dan orang-orang seperti mereka kerna menentang dan bersengketa adalah lawan kepada belas-kasihan. Sebagaimana itulah yang terjadi, mereka tidak akan bersama dengan Rasulullah (SAWA) sebaiknya berada di dalam neraka. Jika tidak, maka terpaksalah kita menolak Al-Quran, Na’uzubillah!
Jadi, ayat tersebut bertentangan dengan apa yang ‘Sunni’ perkatakan apabila mereka mengatakan semua “Sahaba” adalah adil yang mewajibkan kita untuk mengikuti dan menghormati mereka.
Tentang ayat yang kedua pula, Allah berkata, dan DIa adalah sebaik-baik yang berkata:
Allah redha kepada orang-orang mukmin yang meberikan bai’ah di bawah pohon. DIa mengetahui apa yang terkandung di dalam hati mereka lalu memberikan ketenteraman ke atas mereka serta menjanjikan kemenangan yang hampir.
Qur’an 48:19
Ayat ini tidak membuktikan apa-apa dengan apa cara sekalipun bahawa menjadi kewajiban kita mengikuti dan menghormati semua sahabat Nabi (SAWA) tetapi ia membuktikan sebaliknya.
Pertama: Jumlah mereka yang berbaiah di bawah pohon tidak melebihi 1500 orang pada tahap maksimum; jadi di manakah sahabat yang selebihnya yang jumlah mereka melebihi seratus ribu orang?!
Kedua: Keredhaan Allah di sini bukanlah bersifat umum, ia tidak juga terpakai pada setiap waktu dan keadaan tetapi ia terhad kepada baiah itu sendiri, kerana Dia (Maha Tinggi kedudukan-Nya) berkata: “apabila mereka memberikan bai’ah kepadamu” yang bermaksud Allah telah redha terhadap mereka atas bai’ah yang mereka berikan kepada Rasulullah, bukannya Dia sentiasa redha kepada mereka seperti yang diperkatakan sebahagian orang yang bodoh.
Ketiga: Redha Allah di sini adalah dengan syarat tidak memungkiri bai’ah mereka, seperti mana ayat-Nya:
Mereka yang memberikan bai’ah kepadamu hanya dengan memberi bai’ah kerana demi untuk Allah. Tangan Allah di atas tangan mereka. Barang siapa yang memungkirinya (Bai’ah), dia hanyalah memungkiri dirinya sendiri, dan siapa yang berpegang dengan janji yang telah dimeterai dengan Allah, Dia lah yang akan dikurniakan ganjaran yang besar.
Qur’an 48:11
Maka itu, mereka yang memungkiri bai’ahnya dan tidak mematuhinya, Allah tidak redha ke atasnya, tidak juga Dia mengurniakannya ganjaran yang besar.
Telah disahkan bahawa kebanyakan mereka yang berbai’ah di bawah pohon memungkiri bai’ah mereka! Kepalanya adalah Abu Bakar dan Omar dan juga Uthman! Ini kerana bai’ah tersebut adalah berkenaan untuk tidak melarikan diri daripada peperangan dan pertempuran. Muslim meriwayatkan daripada Jabir, yang berkata:
Pada hari Hudaibiya, kami berjumlah seribu empat ratus orang kesemuanya, dan kami memberikan bai’ah kepadanya. Omar memegang tangannya di bawah pohon lalu berkata: ‘Kami berbai’ah kepadanya untuk tidak lari daripada medan perang dan kami tidak memberikan bai’ah kepadanya untuk mati,
Sahih Muslim, Jilid 6, ms.25
Sebahagian besar mereka yang memberikan bai’ah melarikan diri daripada peranag dalam Pertempuran Hunayn kecuali Amirul Mukminin, Ali (Selawat keatasnya) dan Abbas dan juga Abu-Sufyan Ibn Harith Ibn Abdul-Muttalib, dan juga Abdullah Ibn Mas’oud. Ibn Abi-Shayba meriwayatkan daripada Hakam Ibn ‘Utayba yang berkata:
Apabila orang-orang mula bertempiaran lari daripada Baginda Rasulullah (SAW) pada Hari Hunayn, Nabi berkata: ‘Aku adalah seorang Nabi! Ini bukanlah pembohongan! Aku adalah anak Abdul-Mutallib!’ Tidak ada sesiapa yang tertinggal kecuali empat orang; tiga daripadanya daripada Bani-Hashim, dan seorang lagi daripada klan yang lain: Ali Bin Abi Talib, dan juga Abbas, dan mereka berada di depannya sementara Abu-Sufyan Ibn Harith di sebelah kanannya dan Ibn Mas’oud di sebelah kirinya.
Musannaf Ibn Abi Shayba, Jilid 7, ms.417
Daripada hadis ini, Abu Bakr dan Omar dan juga Uthman dan seluruh mereka yang kamu gelarkan sebagai ‘Sahaba’ melarikan diri seperti tikus semasa Peperangan Hunayn! Demikianlah, mereka telah memungkiri bai’ah yang memperolehi keredhaan Allah di Hudaibiya. Maka jika itulah keadaannya, keredhaan Allah tidaklah terlimpah kepada mereka. Mereka berada di neraka dan telah menerima nasib daripada hasil penyimpangan mereka.
Sebagai tambahan kepada ini, apa yang juga menimbulkan kelucuan dan mendebarkan adalah sebahagian daripada mereka yang berbai’ah di bawah pohon – dan mereka yang ‘Sunni’ dakwa bahawa mereka mendapat keredhaan Allah dan mereka berada di syurga – telah saling berbunuhan sesama mereka! Sebagai contoh, Abdul-Rahman Ibn ‘Udais al-Balawi, merupakan salah seorang yang terlibat membunuh Uthman Ibn Affan, sedangkan mereka berdua juga sama berbaiah di bawah pohon! Abul-Ghadiya Ibn Sab’, pula membunuh Ammar Ibn Yasir (Semoga Allah redha ke atasnya), sedangkan mereka berdua – sama juga seperti contoh tadi – berbai’ah di bawah pohon! Bagaimana seorang yang rasional boleh percaya kedua-dua mereka adalah sama yang membunuh dan yang dibunuh kedua-duanya berada di syurga?!
Kamu wajib percaya akan kata-kata Allah (Yang Maha Tinggi), yang menidakkan bahawa setiap seorang sahabat Nabi (SAWA) adalah adil dan bertaqwa, yang mereka harus penuhi setiap syarat-syarat yang temaktub ke atas mereka dengan itu mereka dapat mengesahkan syurga Allah bagi diri mereka. Kamu juga wajib percaya kalam Rasulullah (SAWA) yang mana Baginda telah mengkhabarkan bahawa sebahagian besar sahabatnya akan ke neraka dan mereka berpaling dari belakang mereka. Bukhari meriwayatkan hadis daripada Nabi (SAWA):
Aku akan mendahului kamu di telaga Haudh, dan ada orang-orang diantara kamu akan dibawakan kepadaku. Dan kemudian mereka akan dibawa jauh daripadaku dan aku akan berkata: ‘Wahai Tuhanku, mereka adalah sahabatku!’ Dan akan dikatakan: ‘Kamu tidak tahu apa yang telah mereka perbuat setelah ketiadaanmu!
Sahih Bukhari, Jilid 7, ms.206
Bukhari juga membawakan yang berikut daripada Nabi (SAWA):
Bukhari juga meriwayatkan hadis berikut daripada Nabi (SAWA): “Sekumpulan sahabatku akan dibawakan padaku pada hari perhitungan di telaga Haudh. Aku lalu berkata: Wahai Tuhanku! Mereka adalah sahabatku! Kemudian Dia akan berkata: ‘Kamu tidak tahu apa yang telah mereka perbuat setelah ketiadaanmu! Mereka berpaling dari belakang mereka sebagai orang-orang yang memberontak!’
Sahih Bukhari
Bukhari juga membawakan yang berikut daripada Nabi (SAWA):
Aku akan berdiri, kemudian sekumpulan manusia yang aku kenali akan dibawakan kepadaku, dan seseorang (malaikat) akan berdiri di antara aku dengan mereka, dan berkata: ‘Ke sini!’ Aku lalu berkata: ‘ke mana?’ Dia akan berkata: ‘Ke neraka, demi Allah!’ Aku akan berkata: ‘Apa yang telah mereka lakukan?’ Dia akan berkata: ‘Setelah ketiadaanmu, mereka berpaling dari belakang mereka sebagai pemberontak!’ Aku hanya nampak hanya sebahagian kecil saja yang terselamat seperti unta-unta yang terlepas daripada penggembalanya!
Sahih Bukhari
Kamu juga wajib meminggirkan orang-orang ‘Sunni’ yang bodoh yang menolak kalam Allah (Maha Tinggi kedudukan-Nya) dan kalam Rasulullah (SAWA); yang mengatakan bahawa kesemua yang mereka gelarkan sebagai ‘Sahaba’ berada di syurga! Allah terlalu adil daripada melakukan sedemikian.
Pejabat Syeikh al-Habib